Anda di halaman 1dari 14

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL KHATAM AL-QURAN TAHUN 1

1. PENDAHULUAN Bahagian panduan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Model Khatam al-Quran dan cara pelaksanaannya. Panduan ini menyentuh takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran, serta penilaian. 2. TAKRIF Model Khatam al-Quran ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran. 3. OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 4. Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra. Murid dapat mengenal dan membaca Iqrak 1-6 dengan lancer dan bertajwid.. Murid dapat menghabiskan bacaan Buku Iqrak 1-6.

KUMPULAN SASARAN Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu Sekolah Rendah.

5.

STRATEGI PELAKSANAAN 5.1. Tempoh Pelaksanaan Murid Tahun Satu akan mengikuti aktiviti Model Khatam al-Quran sepanjang tahun bermula Januari hingga Oktober dengan member penekanan kepada penguasaan kemahiran bacaan al-Quran berdasarkan Buku Iqrak.

5.2.

Peruntukan Waktu Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu berfokus kepada penguasaan kemahiran membaca Iqrak 1-6 mulai Januari hingga Jun dengan peruntukan masa empat waktu seminggu dan tiga waktu daripada Julai hingga November.

5.3.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

i.

Murid Tahun 1 hendaklah menggunakan buku Iqra 1 hingga 6 dengan berdasarkan Agihan Bacaan Iqra Model Khatam al-Quran di Lampiran A.

ii.

Proses P&P model ini bermula dengan penentuan tahap pencapaian murid melalui satu ujian ringkas (Lampiran B) untuk tujuan diagnostik.

iii.

Ujian ini boleh juga dilakukan dengan menggunakan instrumen yang disediakan oleh pihak sekolah.

iv.

Berdasarkan hasil ujian guru membahagikan murid kepada beberapa kelompok mengikut tahap kebolehan masing-masing. Bagi murid yang belum membaca Iqra dimulakan dengan Iqra 1 manakala murid yang telah membaca Iqra dan menguasainya mereka menyambung bacaan pada buku Iqra yang seterusnya. Murid-murid yang telah menguasai bacaan al-Quran boleh meneruskan dengan aktiviti bacaan al-Quran model khatam alQuran. Murid yang telah khatam akan mengulangi bacaan untuk tujuan peningkatan mutu bacaan alQuran.

v.

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara individu menggunakan pendekatan talaqqi dan musyfahah.

vi.

Proses talaqqi dan musyafahah dalam kelas dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dan 3 orang guru j-QAF. Proses ini dilakukan secara langsung oleh guru untuk setiap murid. Guru hendaklah menetapkan sasaran minima lima minit masa bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu P&P. Bagi kelas yang ramai murid sasaran ini sukar dicapai, oleh itu guru boleh meminta dua orang murid yang berkebolehan membaca secara serentak.

vii.

Penilaian hendaklah dilakukan pada setiap bulan pengajaran dijalankan. Laporan penilaian Iqra hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005.

viii.

Penilaian khatam al-Quran hendaklah dijalankan dengan berpandukan kepada agihan markah di halaman 8.

ix.

Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang tercicir.

x.

Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik.

5.4

Agihan Iqra dan Agihan Rancangan Mingguan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A adalah sebagai panduan di mana

murid cemerlang boleh meneruskan bacaan al-Quran tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan. 6. AGIHAN TUGAS 6.1 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam, Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan 6.2 Guru Besar bertanggungjawab

i. mengadakan
program j-QAF;

mesyuarat

penyelarasan

pelaksanaan

ii. memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan


sempurna; iii. memantau pelaksanaan program;

iv. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar


ke Jabatan Pelajaran Negeri. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang Analisa Pencapaian Murid. 6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;

i. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana


peringkat sekolah;

ii. mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan


program j-QAF;

iii. bekerjasama dengan Guru j-QAF menyediakan keperluan


pelaksanaan program j-QAF; dan iv. menyemak laporan.

6.4

Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab

i. membimbing guru j-QAF dalam melaksanakan P & P; ii. penyelarasan P & P dalam bilik darjah; iii. memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan
al-Quran; dan

iv. bersama guru j-QAF membuat pengesahan bacaan setiap


murid seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran. 6.5 Guru j-QAF

i.
murid

bersama guru Pendidikan Islam membahagikan muridkepada beberapa kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan;

ii. iii. iv. v.

membantu dan membimbing murid secara individu; mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan alQuran mengikut kelompok masing-masing; mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Mengajar; dan membuat laporan pencapaian murid sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Oktober.

7.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Khatam Al-Quran Model 6 Bulan menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut: 7.1 7.2 7.3 7.4 Murid mendengar bacaan contoh dari guru, kaset contoh bacaan, CD atau lain-lain. Murid membaca dengan bimbingan guru PI, guru j-QAF atau murid turus. Guru PI, guru j-QAF atau murid turus membetulkan bacaan murid. Guru PI, guru j-QAF atau murid turus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian.

8.

PENILAIAN

Penilaian bacaan Iqra perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru PI dan guru j-QAF. Laporan penilaian hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005. Laporan penilaian yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan dihantar ke pihak yang bertanggungjawab seperti berikut: 8.1 Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada setiap bulan Julai dan Okt). 8.2 PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Okt). 8.3 JPN kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI, BPK dua kali setahun iaitu Julai dan Oktober). Penilaian menyeluruh bagi model khatam al-Quran hendaklah dilakukan pada Julai dan Oktober bagi menentukan tahap pencapaian bacaan alQuran (Buku Iqrak) setiap individu. Laporan analisa pencapaian murid hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dihantar ke JPN pada bulan Julai dan Oktober. Pihak JPN akan menghantar laporan analisa tersebut ke BPI, BPK pada Julai dan Oktober. Penilaian hendaklah menggunakan ayat bacaan semasa murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut: Agihan markah i. ii. Jumlah ayat Kualiti bacaan : : 60 markah 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca oleh murid iaitu : ayat tertinggi X 60 Jumlah ayat keseluruhan =

Kualiti bacaan seseorang murid dinilai berdasarkan aspek bacaan berikut:

POTONGAN MARKAH 40 30 20 10 39 29 19 9 38 28 18 8 37 27 17 7 36 26 16 6 35 25 15 5 34 24 14 4 33 23 13 3 32 22 12 2 31 21 11 1 i. ii.

PERKARA YANG DINILAI Berulang-ulang menyebut kalimah yang sama Menyalahi makhraj dan sifat huruf. Bertukar-tukar kalimah. Wajibul Ghunnah, Makhraj dan Sifat Huruf, Hukum Mim, Nun Sakinah, Mad dan Qalqalah.

iii. iv. v. vi.

Catatan: Pemotongan hendaklah mengambilkira kemahiran yang ada di dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Markah Keseluruhan

Catatan :

i.
ii. iii.

Potongan dibuat bermula dari angka 40 (contoh pemotongan 40) Setiap satu kesalahan dipotong satu markah. Setiap kesalahan yang berulang dipotong satu markah sahaja. Apabila menggunakan elemen dalam perkara yang dinilai, guru perlu mengambil kira keupayaan murid di tahun satu, tidak disamakan dengan keupayaan murid sekolah menengah atau orang dewasa.

Lampir an A
Agihan Bacaan Iqra Model Khatam Al-Quran

10

11

12

13

14

Anda mungkin juga menyukai