Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menyiapkan laporan untuk projek tahun akhir dalam masa yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu atau kelompok yang mana telah melibatkan diri samada secara lagsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini. Segala idea, sumbangan dan masa yang diberikan akan dihargai selamanya.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada penyelia iaitu Pn.Zuriana Abu Bakar yang sudi memberi tunjuk ajar, bantuan dan dorogan beliau membolehkan saya menyiapkan laporan projek tahun akhir ini.

Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menyiapkan laporan ini. Semoga laporan projek tahun akhir ini memberi faedah kepada semua.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN Menjelang era yang semakin maju dan berkembang selaras dengan pengguaan dan perkembangan teknologi maklumat telah menular jauh dalam kehidupan seharian manusia di dunia hari ini. Perkembangan teknologi maklumat bukan sekadar diperlukan oleh industri dan perdagangan, malah ianya mampu merangkumi berbagai-bagai keperluan dan cabag ilmu termasuklah bidang pendidikan baik di institusi pengajian tinggi, sekolah menengah, sekolah rendah atau pun tadika.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar (Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989). Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru.

Pakej pembelajaran Kanak-Kanak Mengenal Haiwan, Tumbuhan dan Pengangkutan Secara Interaktif adalah bertujuan untuk membangunkan satu pakej pembelajaran untuk memperkenalkan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan pengangkutan kepada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. Penggunaan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diterapkan dalam pakej ini supaya pelajar dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut untuk kepentinagn pada masa akan datang. Di harapkan agar pakej pembelajaran ini memberi manfaat kepada pengguna pakej ini.

1.2 OBJEKTIF

Objektif-objektif untuk pakej pembelajaran ini adalah:

i) Menjalankan kajian terhadap pembelajaran alam sekitar iaitu mengenali haiwan, tumbuh-tumbuha dan pengangkutan secara manual. ii) Menjalankan kajian terhadap konsep multimedia. iii) Mengimplementasikan penggunaan unsur-unsur multimedia yang telah dikaji ke dalam pakej yang dibangunkan. iv) Membangunkan satu pakej pembelajaran utuk mengenali alam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan pengangkutan untuk kanak-kanak.

1.3 SKOP

Di antara skop pakej pembelajaran ini adalah :

i) Untuk memperkenalkan alam haiwan, tumbuh-tumuhan dan pengangkutan kepada kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun. ii) Pakej pembelajaran yang berinteraktif dengan pegguna. iii) Unsur-unsur multimedia diterapkan daalm pakej ini untuk memudahkan proses pembelajaran selain memberi keseronokan kepada kanak-kanak menggunakan pakej ini. iv) Pakej ini dibangunkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris memandangkan kedua-dua bahasa tersebut penting dalam kalangan masyarakat hari ini.

BAB 6 PERBINCANGAN

6.1

PENGENALAN

Pakej pembelajaran ini telah dibangunkan mengikut perancangan yang ditetapkan bermula dari fasa awal hingga akhir pembangunan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku sebarang kelewatan dan proses pembangunan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

6.2

KELEBIHAN SISTEM

Setelah membangunkan pakej pembelajarn ini terdapat beberapa kelebihan antaranya ialah :

i) Pakej pembelajaran ini menggunakan perantaraan Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris supaya pengguna iaitu kanak-kanak dapat menguasai dan meningkatkan pemahaman dalam dua bahasa ini selaras dengan peringkat pembesaran mereka dalam proses pembelajaran. ii) Topik-topik pembelajaran dalam pakej ini mengikut kesesuaian pengguna dalam proses mengenal alam sekitar termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan pengangkutan iii) Pakej pembelajaran ini mampu meningkatkan pegetahuan dalam diri kanakkanak yang semakin membesar agar berminat untuk meneruskan proses pembelajaran pada masa akan datang sekaligus meningkatkan taraf pendidikan dalam subjek Sains yang berkaitan denagn alam sekitar. iv) Penggunaan aplikasi Multimedia yang interaktif menjadikan prose pembelajaran kanak-kanak lebih menarik. Ini bertujuan untuk meningkatkan proses pemahaman dalam proses pembelajaran dalam usaha membantu

mereka belajar berbantukan computer sekaligus meningkatkan penggunaan dalam teknologi maklumat. Kaedah interaktif adalah kanak-kanak boleh menggunakan tetikus berbanding penggunaan papan kekunci.

6.3 PERLUASAN SISTEM

Pakej pembelajaran ini berpotensi dibangunkan secara meluas kerana permintaan tinggi terhadap proses pembelajaran berbantukan komputer menjelang Wawasan 2020 ini. Tujuannya untuk menambahkan penggunaan komputer sebagai keperlua peribadi supaya dapat menguasai bidang teknologi maklumat sesuai dengan penggunaan pelbagai teknologi canggih di dunia ini. Selain itu, kanak-kanak diterapkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris lebih awal selain bahasa ibunda masing-masing. Kesemua topik yang disediakan mempunyai modul latihan untuk menguji kefahamn mereka terhadap proses pembelajaran dan mungkin boleh dimuatkan lagi dengan bentuk soalan yang berlainan daripada yang telah disediakan bagi mencipta kelainan pada corak pemikiran kanak-kanak tersebut.

6.4 KEKANGAN SISTEM

Terdapat beberapa kekangan yang telah dikenalpasti setelah pakej pembelajaran ini dibangunkan iaitu : i) Pakej pembelajaran ini hanya sesuai dimainkan pada persekitaran Windows sahaja. ii) Pakej pembelajaran ini memerlukan pemacu CD-ROM dan speaker sebagai perkakasan tambahan.

6.5

KESIMPULAN

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupaka langkah awal kea rah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pedidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding denagn institusi-institusi lain kearah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenunya.

Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.

Pakej ini merupakan salah satu daripada perkembangan dalam bidang teknologi maklumat di mana proses pembelajaran berbantukan komputer dapat mendekatkan diri pengguna iaitu kanak-kanak kepada penggunaan komputer. Proses pembelajaran dan pengajaran kini bukan sahaja tertumpu di dalam bilik darjah malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Dengan konsep bantuan komputer, seseorang palajar dapat mempelajari subjek-subjek yang dipelajari di sekolah dengan menggunakan pakej pembelajaran berkomputer yang dibangunkan khusu untuk tujuan ini.

Dengan terhasilnya pakej ini, diharap dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran mengenali alam haiwan, tumbih-tumbuhan dan pengangkutan. Di samping itu, pakej ini juga menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penguasaan dalam Bahasa Inggeris amat penting pada masa sekarang kerana ia adalah bahasa perantara di seluruh dunia. Jadi dengan adanya pakej ini dapat menerapkan penggunaan bahasa Inggeris dalam diri kanakkanak tersebut sejak dari awal lagi.

Pakej ini merupakan satu aplikasi yang mampu berinteraksi secara interaktif dengan pengguna kerana penggunaan elemen-elemen multimedia dalam pakej ini. Bagi kanak-kanak, proses pembelajaran menjadi menarik dan mudah untuk difahami. Akhir sekali, dengan terhasilnya pakej ini diharap dapat member manfaat kepada pengguna yang menggunakannya sebagi satu panduan untuk proses pembelajaran.

RUJUKAN

Che Hilmiyatil Badriah Bt. Ramli, (2002/2003), Pakej Pembelajaran Metematik Tahun Satu Dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Tekologi, KUSTEM

Che Nor Ashimah Binti Che Ibrahim, (2001/2002), Pakej Multimedia Interaktif Pembelajaran Sains Teras SPM-Jirim dan Bahan-Bahan, Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Teknologi, KUSTEM.

Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris, Zaidatun Tasir.(2001). Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing.

Nurul Huda Bt. Mustafa, ( 2002/2003), Pakej Pembelajaran Asas Komputer Untuk Kanak-Kanak Menggunakan Multimedia, Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Teknologi, KUSTEM

Timothy J.O Leary,Linda I.OLeary,( 2000/2001). Computing Essentials 2000-2001, International Edition. Arizona State: The McGraw-Hill Companies. Inc.

Anda mungkin juga menyukai