Anda di halaman 1dari 24

STRESS DAN PERINGKATNYA

1 PENGENALAN Stress berasal dari perkataan latin iaitu stringere (stictus) yang bermaksud menarik atau mengikat dengan tegang.Dalam bahasa Perancis klasik,perkataan estrece membawa maksud yang sama.Perkataan ini telah digunakan dengan berbagai maksud seperti kesusahan atau kekangan,tetapi dalam kurun ke 18,perkataan ini membawa erti daya.sebarang percubaan untuk mengatasi daya ini membawa kepada strain iaitu perubahan yang berlaku dalam objek yang menghadapi daya ini. Stress juga boleh diterangkan sebagai reaksi atau gerak balas fisiologi seseorang individu terhadap tekanan.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri. Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif. Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan 1.1 Definisi Stress. Stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan sesuatu peristiwa yang berlaku padanya.Kejadian stress biasanya dikaitkan dengan ketidakupayaan seseorang itu untuk menerima atau menyeimbangkan tuntutan perubahan yang berlaku akibat peristiwa tersebut. Stress boleh dilihat secara positif dan stress positif turut dikenali sebagai Eustres.Eustres dianggap baik untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi kehidupan.namun demikian stress yang negative atau distress akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan fizikal,mental dan perlakuan individu.Distres yang berpanjangan akan menghakis tenaga individu dan mendatang kan masalah yang serius. Menurut Miller dan Chat (1989) stress ialah merupakan ketidakmampuan untuk bertindak secukupnya bagi menghadapi bebanan emosi atau psikologi yang berlebihan. Ianya boleh menjdai burnout iaitu keadaan emosi atau fizikal yang lesu dimana kerja sudah tidak mempunyai makna lagi. Smither (1994) menakrifkan stress sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Rumusan definisi di atas ialah stress ialah reaksi psikologi dan fizikal kepada diri seseorang bila ia tidak boleh menyeimbangkan antara tugas atau tanggungjawabnya dengan kemampuan menyelesaikan tugas itu.

1.2 Kajian-kajian Terdahulu Mengenai Stress.

Mengikut kajian, tekanan atau stress ini sebenarnya dialami dan dibawa ketika kanak-kanak lagi. Stress yang berterusan akan membentuk perwatakan kanak-kanak itu sehingga watak itu menjadi kebiasaan dalam otaknya dan akan membesar menjadi remaja atau orang dewasa yang bermasalah. Orang seperti ini mungkin cerdik dan berjaya di dalam akademiknya, banyak ilmu tetapi sering rasa terancam. Mereka mungkin memegang peranan penting di tempat kerja sama ada dalam kerajaan, dalam korporat tetapi sikap negatif biasanya akan mengawal keputusannya setiap hari dan dengan itu mengawal hidupnya. Orang-orang ini sentiasa mementingkan dirinya, sombong, bongkak dan biasanya menganggap dia sahajalah yang pandai atau betul, orang lain salah atau bodoh. Perangai seperti ini tentu sekali akan membawa keburukan kepads dirinya dan orang lain yang berdamping rapat dengannya di tempat kerja. Noraini (1994), menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya negatif atau tidak sihat. Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang perlu dijangkakan dalam hubungan sesama manusia. Dapat dikatakan bahawa stress boleh juga menjadi pemangkin untuk seseorang pekerja itu bergerak dan bermotivasi untuk bekerja. Namun stress berpotensi membawa keburukan bilamana seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia boleh menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stress yang tidak membina. Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah dan menyepi diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stress yang tidak baik atau yang membawa keburukan kepada kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah kepada kita. Gejala ini perlu dibendung supaya tidak sampai ke tahap yang lebih teruk seperti tahap psikosis. Bagi Mc Grath (1970), jika punca stress dapat dikenalpasti ia akan dapat diurus lebih berkesan oleh organisasi mahu pun pentadbir itu sendiri serta kepuasan bekerja akan dapat dipertingkatkan. Ismail Alias (2004) pula berpendapat, stress juga mengakibatkan prestasi jatuh kecelaruan Berfikir dan ada keinginan untuk membunuh diri.Sebab itulah ianya dianggap Sebagai Pembunuh Senyap. Hans Selye salah seorang saintis yang telah mengkaji fenomena stress menyatakan bahawa stress adalah asam garam kehidupan stress is the spice of life Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guruguru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerjakerja perseidana guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian.

Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru. Dalam kajian ini, beberapa dapatan umum berkaitan dengan keseronokan bekerja sebagai guru, tahap tekanan guru dan pandangan responden tentang kebolehan diri menangani tekanan berbanding dengan rakan-rakan sejawat telah diperolehi daripada analisis data yang dijalankan.

Secara keseluruhan, 19.5% daripada responden mengatakan mereka seronok setiap masa dan 38.0% lagi mengatakan mereka kerapkali seronok dengan kerja guru. Hanya seorang atau 0.5% responden mengatakan tidak langsung seronok dengan kerja guru. Dari segi tekanan guru, 4.4% responden merasa tidak ada langsung tertekan, 25.2% responden merasa sedikit tertekan, 49.0% responden merasa sederhana tertekan, dan sejumlah 21.3% responden merasa sangat tertekan dan amat sangat tertekan. Ini bermaksud lebih dua pertiga atau 70.3% responden merasakan profesion guru sederhana tertekan dan melebihi tahap sederhana tertekan. Taburan tahap tekanan guru digambarkan di dalam Jadual 5 (rujuk lampiran).

2 JENIS-JENIS DAN KATEGORI STRESS Stress merangkumi segala aspek gerak balas mental dan fizikal terhadap perubahan dalam kehidupan seseorang individu.Charles (2000) mengklasifikasikan stress kepada 4 jenis yang utama : A) Stress yang dijangkakan (anticipatory stress) Stress ini biasanya berkaitan dengan sesuatu yang telah dianggarkan akan berlaku.Lazimnya individu akan lebih bersedia dan membuat perancangan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kejadian yang menyebabkan stress begini. B) Stress situasi (situational stress) Ianya stress yang berlaku secara tiba-tiba akibat kejadian tertentu yang tidak dijangka dan memerlukan anda untuk menghadapinya dengan segera. C) Stress yang kronik Stress ini lebih merupakan stress yang berlarutan untuk masa yang panjang.Mungkin terjadi akibat kejadian buruk atau pengalaman yang sukar untuk diterima. D) Stress berbaki (residual stress) Stress akibat dari peristiwa lampau yang sukar dilupakan.ianya mewakili ketidakupayaan atau ketidaksediaan seseorang untuk melupakan kenangan silam yang pahit.

2.1 Petanda stress A. Perasaan Seseorang yang telah mengalami stress biasanya dia adalah orang yang cepat marah. Apabila dalam keadaan biasa (tiada stress) individu terbabit boleh mengawal keadaan apabila berlaku keadaan yang tidak menyenangkan. Bila sahaja masalah besar yang boleh menerbitkan stress melanda individu akan menjadi cepat marah. Dia juga cepat mengalami perasaan cemas dan bimbang bila menghadapi sesuatu perkara. Dadanya akan terasa berdebar-debar dan perasaan bimbang yang tidak tentu arah. Seseorang yang mengalami stress juga terasa dirinya cepat letih dan tidak bermotivasi. Dia juga mudah terkejut bila mendapat sesuatu berita. Amat bahaya jika individu memang sudah ada penyakit lemah jantung yang boleh membawa maut. Mereka ini juga akan berasa cepat bosan serta hilang minat untuk bekerja dan juga cepat berputus asa sekiranya apa yand dilakukannya gagal. Mereka ini juga sukar ketawa bila bersembang dengan rakan-rakan sekerja dan tak bergembira apabila mendapat sesuatu berita yang baik. Kadang-kadang keadaan ini membawa sikap sugul yang boleh mengakibatkan kerosakan pada otak.

B. Fikiran Seseorang yang mengalami stress juga biasanya fikirannya bercelaru. Fikirannya kacau-bilau dan bila ianya berlaku akan menyebabkan dia tidak dapat berfikiran secara rasional dan cepat keliru bila mendapat sesuatu arahan. Apabila menghadiri mesyuarat, seminar dan sebagainya, mereka ini kurang memberi tumpuan. Jika pelajar akan mengakibatkan tidak menumpukan pada pelajaran. Bagi pekerja pula tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasnya. Stress juga mengakibatkan seseorang itu amat takut pada kegagalan dan menjadi mudah lupa bila diberikan sesuatu tugas. Mereka ini juga sukar membuat keputusan bila diberi tanggungjawab.

C. Tingkah laku. Tanda-tanda stress juga dapat dilihat pada seseorang individu itu terutamanya tentang tingkah lakunya yang lebih cenderung bertindak secara melulu apabila stress berlaku. Mereka ini juga akan kehilangan selera makan atau makan secara berlebihan. Sekiranya pengidap stress itu seorang perokok, tabiat merokoknya juga akan meningkat. Penggunaan alkohol atau ubat-ubatan secara berlebihan juga akan dilakukan oleh seseorang itu. Tidur mereka juga sering terganggu dan mereka ini juga suka mengasingkan diri. Stress juga akan mengakibatkan seseorang itu akan mengulangi pertanyaan atau percakapan apabila berbual dan juga sering gagal menepati janji.

D. Fizikal Pengidap stress juga akan sering sakit kepala. Kadang-kadang boleh menyebabkan migran yang melampau. Mereka ini juga akan berasa sakit di ulu hati.dan juga sering mengalami sakit dada serta sering rasa berdebardebar. Pengidap juga akan berasa dirinya sukar bernafas dan rasa loya yang kerap. Mereka inin juga akan berasa badannya kurang selesa seperti sakit sendi-sendi dan otot. Mulutnya pula kering dan mudah haus. Selain itu, mereka ini juga kerap membuang air kecil dan terasa sakit di bahagian belakang dan pinggang. Antara petanda stress yang lain ialah : a) Menghadapi masalah makan dan tidur(b) Menyalahgunaan dadah(c) Kerja bertangguh(d) Masalah membuat keputusan(e) Sukar menguruskan diri sendiri(f) Sifat seteru, cepat naik angin(g) Tahap kekecewaan tinggi(h) Cepat terkejut(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku(j) Nafas sesak(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan(l) Gangguan Kesihatan - Gatal - Selsema - Letih, lesu - Panik - Gelisah - Ulser - Sakit kepala - Serangan jantung 2.2 Peringkat-peringkat stress. Konsep kendiri,faktor-faktor psikososial,keadaan persekitaran dan faktor-faktor biologi mempunyai pengaruh yang besar terhadap stress seseorang individu. Untuk mendalami kefahaman kita mengenai stress,kita harus memahami beberapa istilah yang penting.Stresor adalah sebarang keadaan fizikal,sosial dan psikologi yang menyebabkan badan kita menyesuaikan diri terhadap keadaan tersebut.Semasa kita cuba menangani masalah stressor ini,tubuh badan seseorang akan menghadapi strain untuk membuat adjustment (penyesuaian).Stress telah diterangkan sebagai reaksi atau gerak balas fisiologi terhadap tekanan.Secara am,stress yang merangsang pertumbuhan dan perkembangan individu dikenali sebagaieustress,manakala stress yang menyebabkan seseorang kurang senagn dikenali sebagai distress. 2.2.1 Peringkat-peringkat stress dari segi biologi : A) Peringkat alarm-reaction Ini merupakan peringkat permulaan bagi kejadian stress di mana tubuh badan akan menunjukkan tindakbalas terhadap perubahan yang berlaku dan bersedia untuk melawan semula dan mengatasinya.Lazimnya akan berlaku pelepasan hormone dari kelenjar endoktrin.Antara reaksi-reaksi biologi yang berlaku ialah: -Sakit perut/ketidakselesaan sistem penghadaman. - Tercungap-cungap atau bernafas dengan cepat. - Jantung berdegup kencang. - Perpeluhan yang berlebihan diikuti bau badan yang bertambah. - Sakit tengkuk atau sesak dada disebabkan urat yang tegang. - Pertambahan tenaga akibat peningkatan gula dan lemak dalam salur darah. B) Peringkat penentangan (resistance stage)

Pada peringkat ini tubuh badan akan cuba untuk kembali semula kepada keadaan asal iaitu kepada imbangan yang normal (homeostasis) setelah tekanan berkurangan.Sistem tubuh akan ditenangkan semula dengan merendahkan semula tekanan darah,degupan jantung,perpeluhan dan menyeimbangkan suhu badan,namun demikian sekiranya punca stress tidak dapat dialihkan maka tubuh badan akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga. C) Peringkat kepenatan (exhaustion stage) Sekiranya stress berlarutan untuk jangkamasa yang panjang tanpa diatasi ia akan menyebabkan individu keletihan dari segi fizikal dan mental.Pendedahan berterusan kepada stress akan mengakibatkan individu menghadapi masalah kesihatan.Antaranya ialah: - kekurangan tenaga dan keletihan yang kronik. - Kerap sakit kepala dan sakit perut. - Kerap sakit atau sakit yang berkekalan. - Ruam - Kesukaran untuk tidur. - Mudah tersinggung. - Sukar untuk menikmati aktiviti rekreasi. - Rasa bersalah dan tidak berdaya yang berlebihan. - Sukar/tidak mampu membuat keputusan. - Pengasingan diri dan hilang minat untuk bergaul. 2.2.2 Peringkat-peringkat stress dari segi fisiologi : A) Keresahan (anxiety) Keresahan adalah hasil daripada peringkat pertama berhadapan dengan stress.Keresahan akan dirasai apabila kita merasa diri kita diancam.Tanda-tanda fizikal seperti peningkatan kadar respirasi menyedarkan kita bahawa badan kita mula bertindak terhadap rangsangan itu. Keresahan yang dirasa adalah hasil daripada perasaan tidak disukai oleh rakan kita,keseorangan atau tidak diterima oleh rakan-rakan.Keadaan ini juga wujud kerana ketidakpastian tentang arah tuju dan tujuan hidup. Keresahan yang sederhana adalah biasa dalam kehidupan seseorang.Contoh:Keresahan sebelum peperiksaan.Selagi kita dapat mengatasi atau mengawal krisis ini,keresahan akan hilang dan kita dapat mengimbangkan emosi kita. Apabila kita menghadapi keresahan yang berpanjangan,stress akan berlaku.Ini akan mengganggu fikiran,menyebabkan kelesuan dan membuat kita hilang kenyataan (reality).Keresahan yang berpanjangan juga kan membawa kepada kemurungan (depression). B) Kemurungan (depression) Kemurungan adalah tahap akhir dalam reaksi kepada stress.Kita selalu menerangkan kemurungan dengan kekosongan jiwa atau rasa tidak berguna.Individu yang mengalami kemurungan akan menjauhkan diri daripada rakan-rakan.Perwatakan tidak terurus,kesihatan terganggu,hilang minat kepada perhubungan seks dan kehidupan.Kegagalan dalam menghadapi stress dengan berjaya akan dimanisfestasikan sebagai kelesuan kronik atau kemurungan.Tanda-tanda somatik keadaan ini ialah penyendirian,kehilangan selera,imsonia,penyalahgunaan dadah dan kesakitan tanpa sebab.Tanda-tanda ini adalah keadaan seharian yang biasa sehingga tanda-tanda ini tidak diberi perhatian sebagai tanda-tanda kemurungan. Terdapat banyak jenis kemurungan,selalunya terjadi apabila seseorang kehilangan orang yang dikasihi dan mereka akan berkabung dengan cara bekerja yang berlebihan,bercakap atau menangis.Berkabung cara ini adalah sihat kerana individu akan meluahkan perasaan yang terpendam. Kemuringan reaktif dirasai apabila kita kehilangan sesuatu benda yang berharga seperti motosikal.Kemurungan manic dicirikan sebagai keadaan kemuringan yang berterusan.Wanita selalunya menghadapi kemurungan selepas bersalin.Kemurungan cyclicpula adalah kemurungan yang dirasai pada masa-masa tertentu dalam kehidupan seseorang.Contohnya semasa menopause.Flash depression pula adalah kemurungan apabila kita

mengalami kesedihan secara tiba-tiba disebabkan oleh bertengkar dengan rakan-rakan. Bukan semua kemurungan membawa keburukan.Kemurungan ringan yang membuatkan seseorang itu sedih dan berputus asa tetapi masih berkemampuan adalah sat unsur yang penting dalam perkembangan individu.Dalam keadaan ini kemurungan boleh dianggap satu tindak balas yang sihat dan jika keadaan dapat diatasi maka individu akan berasa segar semula.Pada masa yang sama jika keadaan ini berterusan ia adalah satu petanda yang sesuatu tidak kena pada diri kita.

2.2.3 Peringkat peringkat stress dari segi psikologi :

3 PUNCA-PUNCA STRESS 1. Faktor fizikal diri sendiri. Salah satu sebab ialah jika seseorang itu kurang beriadah atau bersenam. Kekurangan zat makanan boleh juga menyebabkan stress. Masa tidur yang mencukupi perlu untuk mengimbangi stress. Bagi pelajar yang sentiasa bergelumang dengan buku atau kata lain ulat buku adalah terdedah kepada stress untuk takut menemui kegagalan. Pekerja yang terlampau menumpukan perhatian kepada tugasnya juga terdedah kepada stress. Ada pula pekerja yang mengalami tekanan kerana dibebani dengan berbagai tugasan dan arahan dari pihak atasan yang perlu diselesaikan. Faktor Minda atau psikologi. Bagi individu yang lemah semangat akan cepat terkejut apabila perkara yang tidak dijangka berlaku seperti kematian dalam keluarga, kemalangan, gagal dalam peperiksaan dan tidak berjaya dalam temuduga.

Faktor Sosial atau alam persekitaran. Individu yang bermastautin di kawasan bandar yang sibuk dan bising akan mengalami stress. Oleh sebab itu ramai daripada mereka yang ingin berehat di kawasan pedalaman yang tiada kesibukan dan kebisingan. Bagi yang duduk di kawasan taman perumahan yang tidak mengamalkan sikap kejiranan akan mudah mengalami stress. Di kebanyakan tempat di taman perumahan di kawasan bandar lebih mementingkan diri sendiri. Jadi pergaulan antara masyarakat setempat tidak begitu menyenangkan.

PUNCA PUNCA STRESS Keadaan Fizikal 1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja. 2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung. Psikologikal Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti : 1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru. 2. Memulakan alam rumahtangga. 3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda. 4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita cita. STRESS DI TEMPAT KERJA Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya : 1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan. 2. Beban kerja terlampau banyak. 3. Bekerja dalam tempoh yang panjang. 4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor. 5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama. 6. Konflik peranan. 7. Kekaburan tugas. 8. Sikap ketua di tempat kerja. Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah: Personaliti A Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal hal lain adalah tidak penting. Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan. Personaliti B Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik, Personaliti Bimbang Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil. Personaliti Tidak Asertif Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak. Label: BAHAN ILMIAH

diposkan oleh zalma bt zakaria ( CHEQMA ) @ 12/12/2009 06:07:00 PM 0 komentar link ke posting ini

http://bersamacikgu.blogspot.com/search/label/BAHAN%20ILMIAH

Rawatan & Terapi Stress by NURY

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga.

Jantung yang cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menhasilkan tenaga itu. Responnya biasanya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memukul, merosakkan barang-barang atau lain iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk).. Kita namakan ini respon survival, iaitu melawan atau lari dan kita namakan respon binatang mammalia atau reptilia. Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif: - Menarik nafas panjang - Mengucap - Menyempurnakan solat dan cepat bertenang

- Menyempurnakan exercise relaxation dan visualisation.


TANDA - TANDA STRESS:

Orang yang menerima amarah ini juga akan dengan itu respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenaline yang berlebihan.. Jika orang itu berakal, dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibu bapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum3 tahun ini bermakna anak itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama Autisma. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau Schizophrenia. Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan akan dengan itu membentuk perangainya,keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang sentiasa dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak menghidap sawan tarik atau di lahirkan anak kurang upaya. Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress.
Di ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH : Otot-otot muka bergerak

Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap Menggigit kuku atau bibir Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan Menggoyangkan kaki Jantung berdebar

Pernafasan cepat Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan Muka merah atau pucat Tangan sejuk dan berpeluh (basah) Rasa loya atau tidak lalu makan Mulut kering Rasa takut sesuatu akan terjadi Kerongkong rasa tersekat Sentiasa menelan air liur Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur Tidak boleh memberi tumpuan Selalu pening kepala atau sakit Lemah lutut Fidgetiness, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera binatang Senang panik Senang lupa Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan Kencing malam Mengigau HYSTERIA atau menjerit-jerit tanpa sebab Merajuk Keadaan STRESS, sekiranya tidak dikawal dikalangan orang dewasa akan menyebabkan tekanan darah naik tinggi (melebihi 120/80)

secara berterusan, yang akhirnya boleh menyebabkan jantung lemah, paru-paru lemah dan otak lemah, dan juga sistem ketahanan dalaman atau sistem imuniti lemah dan sistem lain juga lemah termasuk pengaliran darah. Jadi ini lah penyebab penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, lemah jantung,sakit sendi, gastrik, ulser, penyakit-penyakit kronik dan malahan kanser.
MAKANAN DAN STRESS : Makanan dan minuman udara dan air boleh juga menyebabkan stress. Kekurangan oksigen atau bertambahnya karbon dioxida dan carbon monoxida atau ketiga-tiganya atau bertambahnya bahanbahan racun yang akan menyumbatkan saluran darah dan usus. Diantara makanan yang diberi nama Junk Food atau makanan dera diri ialah makanan atau minuman yang terlalu banyak gula pasir, kafin dalam kopi, tannin (dalam teh) xantin (dalam coklat) dan makanan dan minuman yang terlalu banyak perasa, pengawit, pewarna dan monosodium glutamate atau MSG. Minuman dalam tin dan kotak termasuk susu lembu juga termasuk dalam katogeri makanan dera diri atau JUNK FOOD

Semua makanan ini menyebabkan stress dan dengan itu kesan-kesan stress seperti penyakit alahan dan kelemahan sistem imuniti yang menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya, yang menyebabkan pula kita sering marah dan lain-lain yang menambahkan lagi Stress itu. Rokok merupakan satu lagi faktor penting yang bukan sahaja merbahaya kepada penghisapnya tetapi juga kepada orang atau anak-anak yang menyedut asapnya. Asap ini mengandungi karbon monoxida yang merosakkan oksigen dan jika disedut oleh ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan janin dan jika disedut oleh anak kecil, akan mengurangkan potensinya untuk menjadi cemerlang, dan mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kronik di usia awal.
FREE RADICAL :

Free Radicals atau habuk-habuk api merupakan faktor baru yang dikesan yang boleh menyebabkan sel terbakar dan jika berterusan

boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti Kanser, Arthritis dan penyakit-penyakit lain. Makanan dan minuman sekarang secara am telah diproses dan tidak ada lagi enzim, vitamin dan galian yang boleh menghadamkan sepenuhnya makanan dan minuman itu. Ini akan menambahkan Stress, menambahkan racun darah dan menambahkan lagi Yis atau Ragi yang dikenali sebagai Candida, yang akan menjadi punca penyakit-penyakit Alahan, Asthma, Arthritis, sering marah dan lainlain. Amalan berpuasa akan membantu mengatasi masalah ini dan di perkuatkan dengan amalan MENU pusingan, cara makan yang betul, cara minum yang tepat dan menambahkan kekuatan itu dengan makan vitamin dan galian tambahan yang sesuai.
SALURAN DARAH TERSUMBAT :

Hasil dari emosi yang negatif dan makanan dan permakanan dera diri yang menyebabkan STRESS, badan kita banyak mengeluarkan kolesterol berat dan protein atau LDL (Low Density Lipo protein) yang akan menyumbat saluran-saluran darah. Yang penting sekali ialah saluran darah ke otak dan jantung. Tiga puluh peratus dari jumlah oksigen yang dihidu mesti sampai ke otak pada setiap ketika. Jantung juga memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi dengan baik supaya darah yang membawa oksigen dan makanan ke otak cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Demikian juga dengan sisa-sisa hasil dari metabolisma dari otak dan tubuh mesti di proses dan di bawa keluar melalui air kencing, najis, peluh dan penafasan.
APAKAH RAWATAN YANG DI SEDIAKAN ?

RAWATAN YANG DI SEDIAKAN DI KLINIK INI IALAH : Chelation Therapy di beri melalui drip 2 - 3 jam satu sesi. Vitamin c drip yang diberi melalui drip dalam dos yang tinggi untuk menguatkan sistem ketahanan dalaman. Injection B-komplek dan B-12 secara rutin bersama dengan semua jenis terapi yang diberi.

Cuci usus ( Colon Hydrotherapy ) Ozone dan Infra-Red terapi yang diberi bersama multi-mineral drip. O2CO2 Therapy AIT (Auditory Pendengaran) Integration Training) (Latihan Integrasi

Rawatan Anak Istimewa seperti Cerebal Palsy, Downs Syndrom, Autisma, Attention Deficit Syndrome, anak yang hyperaktif dan lainlain yang kami beri satu nama sahaja iaitu Brain Injury atau kecederaan otak. Laser Therapy.

Labels: NURY, P3K - Kreatif-Konstruktif-Kritikal

No comments:
Post a Comment

Newer PostOlder Post


http://mindaperkasa.blogspot.com/2011/03/rawatan-terapi-stress-by-nury.html

tress di Kalangan Guru


by K ULA NZ SA LL EH on 09/08/2010 37 C OM ME N TS

Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi. Punca profesional 1. Persekitaran kerja Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah

dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara. 2. Perubahan Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan. Punca peribadi 1. Kesihatan Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga. 2. Perhubungan Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut. 3. Kewangan Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. 4. Taraf hidup Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar. 5. Aktiviti riadah Gaji yang rendah membataskan

pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut: 1. Kenal pasti reaksi emosional Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan. 2. Komitmen sosial Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting. 3. Kehidupan fizikal Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya

menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. 4. Intelek Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993). Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Rabu, 20 Januari 2010

STRES KERJA
Ringkasan Eksekutif Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait dengan factor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Malah Murdock dan Scott (1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu tindak balas terhadap kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang tidak selaras ataupun ketidakupayaannya untuk mengawalnya. Dalam hal ini, kecerdasan intelektual atau IQ semata-mata tidak memadai untuk menangani stres. Sebaliknya kecerdasan emosi (EQ) yang akan menjadi penentu kejayaan menangani stres. 1.0 PENGENALAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan penggunaan budi bicara di kalangan pengurus sekolah ketika mengambil tindakan seperti berikut : Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan; Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan; Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis Kepentingan penggunaan budi bicara di atas adalah selaras dengan dimensi-dimensi kecerdasan emosi yang merupakan formula penting kejayaan sesebuah organisasi terutama sekolah. Menurut Bar-On, (1997); Slaski dan Cartwright, (2002), stres berhubung rapat dengan kecerdasan emosi yang tinggi seharusnya dapat menguruskan stres dengan lebih baik. Slaski (2003) mendapati mereka yang mempunyai kecerdasan emosi yang lebih tinggi, lebih memahami nilai dan kepercayaan diri, mempunyai visi dan matlamat yang jelas, keyakinan diri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta menggunakan kualiti ini untuk mengurus emosi sendiri dan mengurus hubungan dengan orang lain. Akibatnya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh stres. Manakala Jolly (2001) dalam kajiannya melalui satu projek meditasi telah berjaya membuktikan bahawa para peserta yang tinggi pencapaian dalam aspek kesedaran kendiri dan empati berjaya secara signifikan dalam mengurangkan stress. Stres dalam pengajaran adalah fenomena yang merangkumi kesemua institusi pendidikan seluruh dunia terutama di sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan di Australia (McCormick, 1997), Hong Kong (Hui dan Chan, 1996), Israel (Yagil, 2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996), United Kingdom (Griffith,Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell, 1999) menunjukkan trend ini. Dalam beberapa kajian; (Chaplain, 1995; Kyriacou, 1980a; Manthei et al .., 1996) didapati bahawa dikalangan empat orang guru, seorang guru akan menyatakan bahawa kerjaya guru adalah kerjaya yang menimbulkan stres yang tinggi. 2.0 DEFINISI KONSEP Laman web www.athealth.com, di bawah tajuk mental health touches, stres kerja di definisikan sebagai Tindakbalas-tindakbalas secara fizikal atau emosi yang berlaku apabila keperluan dan kepatuhan kerja tidak dapat dipenuhi kerana tiada keserasian kebolehan, sumber dan kehendak pekerja. Cox (1983) mendefinisikan stress kerja sebagai Kesan daripada perhubungan yang khusus antara seseorang itu dengan persekitaran kerjanya Cox menyatakan stress timbul disebabkan harapanharapan menggunung yang dipinta dipenuhi oleh seseorang walaupun beliau tidak mampu.

3.0 PUNCA STRES Kajian oleh Cooper dan Kelly (1993) di United Kingdom menyatakan terdapat empat punca stress dikalangan guru. 1. Beban kerja 2. Perhubungan antara guru, staf dan pengurus 3. Pengurusan sumber 4. Memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran Kajian oleh Carr (1994) di Australia Selatan menunjukkan bahawa terdapat tiga punca stress 1. Kekurangan sokongan dan tolak ansur dari Jabatan Pelajaran 2. Memenuhi beban kerja yang semakin bertambah 3. Harapan tinggi daripada pengurus sekolah Laman web www.athealth.com di bawah tajuk Stress at Work menyatakan bahawa kajian saintifik menunjukkan bahawa suasana atau persekitaran kerja mempengaruhi stres di tempat kerja. Dalam kajian oleh Ostell dan Oakland (1995) mereka mengkelaskan punca stres kepada 1. Organisasi sekolah terutama pembahagian tugas-tugas 2. Rungutan daripada pihak luar terutama ibu bapa 3. Motivasi dan sokongan moral daripada pengurus sekolah 4. Hubungan interpersonal antara guru dengan pengurusan sekolah 4.0 PROFAIL SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan .mula beroperasi pada bulan Januari 2001 degan hanya mengambil murid-murid tingkatan satu sebagai kohort pertama. Sekolah ini berada bersebelahan dan kemasukan murid-murid ke sekolah ini ialah berdasarkan pencapaian cemerlang UPSR dan PMR. Bilangan murid-murid sekolah ini (Penyata Bulanan ..) ialah 984 dan peratus murid Melayu ialah 70%, murid India 16% dan murid Cina 12% . Tenaga pengajarnya ialah seramai .. orang yang terdiri dari 62 siswazah dan 2 orang bukan siswazah. Seramai 3 orang guru telah ditauliahkan sebagai guru cemerlang Matematik, Kimia dan Sejarah pada tahun 2008 dan seramai 6 orang guru lagi telah memohon guru cemerlang tahun 2009.

5.0 Usaha-usaha yang telah saya jalankan untuk mengawal stres kerja dalam kalangan kakitangan sekolah saya 5.1 Kumpulan Think Tank Sekolah Mesyuarat Think Tank sekolah yang melibatkan pengetua ,penolong-penolong kanan (middle managers) dan guru kanan (lower middle managers) diadakan sebulan sekali dan apabila difikirkan perlu. Pada peringkat awal, saya akan mengulas kembali pernyataan misi dan visi sekolah supaya mereka faham, dihayati, diuar-uarkan kepada semua warga sekolah dan disebar-luaskan. Saya juga menyatakan harapan saya dan impian saya supaya dapat dikongsi dan diimpi bersama supaya halatuju sekolah selari dengan hasrat misi, visi sekolah. Apabila ini dipersetujui bersama, tidak akan timbul konflik yang boleh membawa stres kepada pentadbir-pentadbir sekolah dan kemudian tiris pula kepada guru dan staf sokongan. 5.2 Membincangkan Permasalahan Yang Ada Mesyuarat Think Tank akan juga membincangkan permasalahan yang masih ada dan cara penyelesaian bersama kerana permasalahan-permasalahan ini berkemungkinan menimbulkan stres kepada guru dan staf sokongan jika tidak dapat diselesaikan. 5.3 Mesyuarat Guru Setelah perbincangan selesai diperingkat Think Tank, saya akan membawa perkara-perkara yang dibincangkan ke mesyuarat guru untuk mendapat pandangan dan ulasan pihak mereka. Ini ialah

perkara yang penting kerana pentadbir dan guru akan berkerja dalam satu pasukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah. Untuk memudahkan saya menzahirkan apa yang dirancang, saya menggunakan kemudahan IT dalam bentuk persembahan Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan kadang-kadang Microsoft Movie Maker. Kaedah begini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan stres kepada guru jika mesyuarat dijalankan terlalu lama. Perbincangan secara dua hala dan bukan satu hala pasti dapat mengurangkan stres yang akan dihadapi oleh guru-guru. Saya percaya idea-idea, pandangan, rungutan dan ketidakpuasan hati guru-guru mesti didengar oleh pihak pentadbir supaya tidak timbul konflik yang akan mencabar kewibawaan dan imej sekolah. Apabila ada orang yang sudi mendengar keluhan atau pandangan orang lain, orang yang meluahkan perasaannya merasakan dia dihargai. 5.4 Program Pembimbing Kakitangan (Sentuhan Rasa) Satu jadual pertemuan secara bersemuka antara pengetua dengan guru atau staf sokongan akan disediakan dimana guru dan staf sokongan diberi peluang berjumpa dengan pengetua untuk berinteraksi. Secara begini, pengetua lebih mengenali dengan dekat guru atau staf berkenaan dan timbul persefahaman yang lebih baik. Guru dan staf sokongan lebih selesa dengan keadaan begini dan pengetua dapat mengetahui harapan dan visi mereka terhadap sekolah dan berkongsi bersama misi dan visi sekolah.

5.5 Naik Taraf Infrastruktur Sekolah 5.5.1 Naik Taraf Kemudahan dan Keselesaan Bilik Guru Setelah meneliti dan mendapat maklumbalas daripada guru-guru semasa mesyuarat guru dan juga melalui Program Sentuhan Rasa, saya telah berusaha dengan jayanya untuk menaikkan taraf dan keselesaan bilik guru dengan menambahkan lagi bilangan komputer desktop di bilik guru dan memasang sistem rangkaian kabel dan peranti wifi (menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh kilang Intel)dalam bilik guru. Guru-guru merasa lebih selesa dengan ini kerana mereka tidak perlu lagi berebut-rebut menggunakan komputer desktop dan bagi guru yang mempunyai komputer riba dengan peranti wifi, mereka boleh terus mengakses rangkaian sekolah dan juga internet. Kalau dahulu mereka berebut-rebut untuk dapatkan kemudahan komputer di bilik guru, sekarang mereka begitu selesa. Ini ialah caranya mengurangkan stres. 5.5.2 Naik Taraf Kemudahan Bilik Makan Guru Di Kantin Bilik makan guru telah dinaiktaraf dengan meletakkan set sofa dan coffee table agar guru dan staf sokongan yang selesai menjalankan tugas dan menunggu pesanan makanan dan minuman dapat menggunakan kemudahan ini. Walaupun tidak sebaik suasana di hotel, kemudahan ini menambahkan lagi keselesaan guru dan staf sokongan.

5.5.3 Naik Taraf Kemudahan Tandas Guru Dan Staf Sokongan Peruntukan yang diperturunkan kepada pihak sekolah terutama peruntukan penyelenggaraan telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk menaik taraf kemudahan tandas guru dengan memastikan segala kerosakan diperbaiki dengan segera. Seorang Pembantu Am Pejabat ditugaskan untuk memantau kerosakan yang terdapat pada tandas-tandas di sekolah termasuk tandas guru dan staf. Kemudahan tandas yang berfungsi dengan baik dan dalam keadaan selesa dapat mengurangkan stres guru dan staf sokongan 5.5.4 Naik Taraf Kemudahan ICT Dengan Sistem Rangkaian Kabel Dan Wifi Setelah saya memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, saya dapati bahawa sistem rangkaian LAN dan WAN yang ada di sekolah hanya terdapat di pejabat sekolah sahaja. Oleh kerana saya sudah biasa dengan sistem rangkaian LAN dan WAN di sekolah lama saya ia itu SMK . (Sekolah Rintis Bestari), saya telah memohon bantuan PIBG untuk menaiktaraf infrastruktur ICT di sekolah. Saya juga bersyukur kerana Kilang Intel telah menyalurkan RM16,800.00 ke sekolah ini hasil usahasama Intel dengan sekolah saya. Sebelum ini guru-guru merungut kerana terpaksa berebut-

rebut menggunakan kemudahan komputer (yang mempunyai rangkaian) yang hanya terdapat di pejabat (dua buah sahaja untuk kegunaan guru) dan di bilik pentaksiran. Komputer yang ada di bilik guru pada waktu itu ialah komputer yang tidak dirangkaikan. Guru-guru ini merungut kerana tarikh akhir memasukkan data atau menyediakan laporan kadangkala tidak dapat dipenuhi dan menimbulkan kegelisahan dan stres pada mereka. Sekarang, guru-guru sekolah saya berasa lebih selesa dan masalah yang lalu dapat diselesaikan. 600226-07-55155.6 Perkembangan Staf 5.6.1 Program Pengurusan Stres Dan Mengenali Personaliti Kendiri Satu program pengurusan stres (Sila rujuk lampiran)telah diadakan pada tahun 2009 khusus untuk guru dan staf sokongan dimana seorang penceramah telah dijemput untuk mengendalikan program ini. Borang soal-selidik telah diedarkan kepada semua yang hadir dimana peserta diminta menjawab soalan-soalan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian, perasaan mereka dalam sesuatu suasana, respons kepada beberapa keadaan dan lain-lain lagi. Setiap jawapan yang diberikan mempunyai angka nilai dan rumusan terakhir dibuat kepada setiap peserta berdasarkan kebolehan peserta menguruskan stress. Rumusan juga secara tidak langsung menyerlahkan personality sebenar seseorang. Syukur Alhamdulillah, kebanyakan guru dan staf sokongan saya (80%) dapat menguruskan stress di tempat kerja. Baki guru dan staf sokongan (20%) perlu diberikan motivasi dan juga coaching. Saya pasti gunakan Program Sentuhan Rasa bersama-sama penolong kanan saya untuk membantu guru dan staf sokongan. 5.6.2 Program Rekreasi dan Bina Pasukan Di Jerejak Resort Program rekreasi dan bina pasukan telah diadakan pada awal bulan Disember 2008 yang melibatkan staf sokongan sekolah saya (Sila rujuk lampiran). Program ini menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Saya bersama-sama staf sokongan saya telah menjalani aktiviti-aktiviti yang meliputi aktiviti meredah hutan, flying fox, berjalan merentasi titi besi dan aktiviti-aktiviti sukaneka yang memerlukan semangat pasukan yang utuh dan kerjasama yang erat. Pada akhir aktiviti-aktiviti, hadiah disampaikan kepada mereka yang menang. Cabutan bertuah juga diadakan dimana salah satu hadiah ialah bermalam 2 hari satu malam di Jerejak Resort. Staf sokongan berasa gembira dengan aktiviti ini yang julung-julung kali diadakan dan telah meningkatkan keakraban antara pihak pentadbiran dan staf sokongan. 5.7 Ganjaran , Penghargaan Dan Ingatan Kepada Guru Dan Staf 5.7.1 Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Penghargaan ini diberikan kepada guru dan staf sokongan yang telah memberi sumbangan disegi pencapaian bidang kurikulum, kokurikulum dan bidang-bidang yang lain. Walaupun amat payah memilih calon-calon, pandangan daripada penolong kanan-penolong kanan dan guru kanan-guru kanan diambilkira. Seperkara lagi, guru dan staf sokongan diberi peluang untuk membuat penilaian kendiri dengan mengisikan markah-markah pada salinan fotostat borang prestasi (yang diperkecilkan). Kaedah ini mengurangkan ketidakpuasan hati dan juga stres apabila guru dan staf berkenaan membandingkan markah yang mereka berikan dengan makah yang diberikan pentadbir dan perbincangan antara staf sokongan dan guru dijalankan untuk memperbaiki prestasi. 5.7.2 Pencalonan Guru Cemerlang Seramai 6 orang guru telah dialonkan untuk guru cemerlang tahun 2009 setelah 3 orang guru ditauliahkan guru cemerlang tahun 2008. Ini ialah sebagai penghargaan kepada pengorbanan guruguru ini dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah. Pencalonan ini merangsang guru-guru lain untuk meningkatkan lagi keupayaan mereka memberikan yang terbaik kepada murid-murid sekolah ini. Pencalonan ini sebagai menghargai stres yang positif yang ditunjukkan oleh guru-guru ini. 5.7.3 Menziarah Guru Dan Kakitangan Yang Terlantar Sakit Di Rumah Atau Di Hospital Saya bersama-sama penolong kanan dan beberapa orang kakitangan meluangkan masa menziarah guru dan staf sokongan yang terlantar sakit di rumah atau di hospital. Secara begini, beban kesakitan dan penderitaan dikurangkan dan mereka merasakan diri mereka dihargai. Saya juga menasihatkan guru dan staf saya agar tidak terlalu memikirkan urusan sekolah dan menyerahkan

tugas yang mereka jalankan di sekolah kepada guru dan staf sokongan yang sedia ada. 5.7.4 Kelulusan Pemberian Cuti Rehat Khas Pemberian dan kelulusan cuti rehat khas adalah satu isu yang menghantui guru dan staf sokongan sekolah saya. Walaupun cuti rehat khas bukan hak mereka tetapi hanya satu keistimewaan, saya akan meluluskan cuti rehat khas terutama jika ia melibatkan kes kecemasan dan juga kesihatan ahli keluarga. Saya memaklumkan bahawa kebajikan dan kesihatan ahli keluarga perlu diberi perhatian dan saya pasti guru dan staf saya tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada tugas jika permohonan cuti rehat khas ditolak. Kesan dari ketidakbolehan menumpukan perhatian kepada tugas akan menimbulkan stres yang tinggi. 5.7.5 Konsep Turun Padang Bersama Guru Dan Staf Setiap kali berlangsungnya Sukan Sekolah atau Merentas Desa, saya akan turun padang membantu guru dan staf saya mengendalikan acara-acara berkenaan. Saya berasa rimas jika hanya duduk di bawah khemah dan memerhati sahaja. Konsep turun padang ini dihargai oleh guru dan staf sokongan saya kerana ialah adalah satu petanda bahawa saya bersama-sama dengan mereka dan bukan sebagai pemerhati yang static dan hanya memberi arahan. Hasilnya, guru dan staf sokongan saya bersungguh-sungguh menjayakan acara-acara berkenaan dan menghargai pengorbanan saya. 5.8 Pakar Rujuk 5.8.1 Sistem Rangkaian LAN dan WAN Setelah sistem rangkaian LAN dan WAN dibina serta kemudahan ICT ditingkatkan, saya menjadi pakar rujuk kepada perkara-perkara berkaitan sistem rangkaian dan ICT. Latar belakang saya sebagai peneraju sekolah bestari di SMK dahulu, memudahkan saya memberikan panduan dan maklumat yang diperlukan oleh guru dan staf sokongan. Saya juga merupakan pengendali laman web sekolah (www..edu.my) ataupun dikenali webmaster dan dengan kebolehan ini, guru-guru saya akan merujuk kepada saya jika mereka ingin memuatnaik maklumat atau artikel di laman web sekolah. Guru dan staf sokongan berasa selesa dengan keupayaan saya menyelesaikan masalah berkaitan sistem rangkaian dan ICT dan telah membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan tanpa ada gangguan stres yang tinggi. 5.8.2 Kaedah Mengendalikan Sistem sms sekolah Penggunaan sms sekolah yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran telah dipergiatkan penggunaannya sejak saya mula bertugas di sekolah saya sejak bulan April 2008. Penghantaran memo dua hala secara percuma dan maya (melalui telefon bimbit) antara pihak pengurusan dengan kakitangan mempercepatkan pengurusan sesuatu tugas dan boleh dibuat dimana-mana sahaja tanpa mengira masa. Ini memudahkan kakitangan saya untuk memaklumkan sesuatu perkembangan terkini yang berlaku dan penting tanpa perlu berjumpa saya. Mereka juga dengan segera dapat menerima keputusan saya tanpa menunggu tempoh yang lama terutama jika ia melibatkan keputusan segera. Secara begini stres dapat dikurangkan kerana kakitangan saya tidak perlu memikirkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menelefon (melalui telefon bimbit mereka) atau menghantar sms biasa. Kakitangan saya juga merasa selesa tanpa stres apabila saya memberikan keputusan saya atau nasihat dengan kadar segera. Sistem ini juga memudahkan saya memaklumkan kepada semua kakitangan saya perkembangan terkini yang berlaku terutama yang melibatkan kepentingan perkhidmatan mereka (terutama peluang kenaikan pangkat, tawaran guru cemerlang atau kursuskursus yang wajib hadir) tanpa memerlukan surat siaran dikeluarkan secara dalaman. Maklumbalas yang saya terima daripada kakitangan saya ialah mereka berterima kasih di atas maklumat atau berita yang dikirimkan walaupun pada ketika itu, saya tiada di sekolah.

5.8.3 Kaedah Mengoptimumkan Penggunaan E Mel Di Antara Guru Dan Staf Sebelum saya bertugas di sekolah sekarang, guru-guru yang menghadiri kursus perlu menyediakan minit curai secara cetakan dan diserahkan kepada PK1 atau kepada pengetua. Sekarang, guru dan kakitangan saya hanya perlu menghantar minit curai kepada saya atau PK1 melalui e-mel tanpa

perlu menyerahkan cetakan minit curai bila berjumpa dengan saya atau PK1. Kaedah e-mel ini juga memudahkan saya untuk membuat suntingan minit mesyuarat atau surat rasmi yang perlu dihantar terutama jika saya sedang berkursus atau bercuti di tempat lain. Guru dan kakitangan saya berasa selesa dengan kaedah ini kerana mereka tidak berada dalam keadaan stres untuk menunggu saya kembali dari kursus atau percutian terutam dalam keadaan terdesak. 5.8.4 Kaedah Memuatkan Data Ke Dalam Pelayan (server) Sekolah Sistem rangkaian di sekolah saya adalah dalam bentuk kabel dan wifi menggunakan Sistem Operasi Terbuka Linux. Pelayan komputer atau lebih dikenali server dimuatkan dengan folder-folder pentadbiran, folder guru yang boleh dikongsi bersama-sama, folder staf sokongan dan folder individu yang hanya boleh diakses oleh individu itu dan pentadbir sebagai super administrator. Data-data dimuatnaik ke folder-folder berkenaan oleh pentadbir , guru atau staf sokongan. Datadata ini memudahkan pentadbir, guru atau staf mengakses maklumat dengan segera tanpa perlu merujuk kepada guru-guru yang berkenaan atau mencari fail-fail yang berkaitan. Saya juga memuatnaik maklumat terkini ke dalam folder bertajuk maklumat terkini di dalam pelayan yang boleh diakses oleh semua guru dan staf sokongan. Antara maklumat terkini ialah surat pekeliling Kementerian Pelajaran, surat siaran JPN atau PPD yang telah dimuat turun dari laman web. Secara begini, guru dan staf dapat mengakses maklumat dan kemungkinan dicetak untuk rujukan. Maklumat begini amat penting untuk mereka membuat persiapan awal dan tidak berada dalam keadaan stres jika belum bersedia. 5.8.5 Kaedah Memuat Turun Bahan Dari Internet Khusus Untuk P&P Guru-guru sering menghadapi masalah mencari pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran terutama di sekolah saya kerana murid-murid sekolah saya adalah daripada kalangan prestasi tinggi. Ini telah menimbulkan keadaan stress kepada guru-guru saya. Pengetahuan yang sedia ada pada saya dan pasukan IT saya, kami telah memuat turun bahan IT dari internet yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan dikongsi bersama. Kami telah mewujudkan satu folder bertajuk Bahan It Untuk P&P dalam pelayan komputer sekolah. Satu taklimat cara memuat turun bahan IT untuk P&P dengan menggunakan perisian YouTube Downloader telah diadakan dan kami telah meminta panitia-panitia membina bahan-bahan IT untuk P&P dalam panitia masing-masing. Sekarang, guru-guru tidak perlu risau untuk mendapatkan bahan IT untuk P&P dan nyata, murid-murid saya amat gembira dengan perkembangan ini.

5.8.6 Kaedah Menilai Pencapaian Murid Melalui Headcount On Line Kaedah Headcount yang telah saya perkenalkan pada bulan April 2008 dan digunakan hingga kini telah memudahkan tugas guru untuk melihat pencapaian prestasi murid yang terdahulu (TOV), sekarang (OTI) dan masa depan (ETR). Pengisian markah secara dalam talian atau dikenali on-line melalui sistem rangkaian sekolah secara kabel atau wifi memudahkan semua guru untuk melihat prestasi murid-murid mereka dan membantu Jawatankuasa Kurikulum, panitia matapelajaran dan juga pihak kaunseling untuk mengenalpasti subjek-subjek prestasi rendah dan senarai murid-murid yang perlu diberi bimbingan. Langkah-langkah yang perlu diambil boleh dibincangkan dan dirancangkan dengan segera sebelum dibentangkan dalam Jawatankuasa Kurikulum. Persiapan awal memudahkan guru-guru untuk bertindak dengan lebih berkesan dan mengurangkan stres kerana persiapan awal telah pun dirancang dan kemudian dibentangkan dan tidak perlu kekerapan mesyuarat. 5.8.7 Rumusan Sebagai Pakar Rujuk Hasil daripada kepakaran saya, kakitangan terutama guru-guru saya amat berterima kasih dan berasa yakin dengan stail pengurusan yang berasaskan ICT yang telah saya perkenalkan. Hasilnya, saya telah dianugerahkan Tokoh Kepimpinan IT Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009 (Sila rujuk lampiran) dan juga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 (Sila rujuk lampiran)

5.9 Kaedah Pencerapan 5.9.1 Pencerapan Yang Dipersetujui Bersama Setelah menghadiri kursus Penilaian Prestasi Guru anjuran IAB Utara Di Hotel Copthorne pada awal tahun ini (2009), saya telah memaklumkan kepada semua guru dalam satu mesyuarat bahawa kaedah pencerapan akan diubah mengikut proses-proses yang dicadangkan supaya guru-guru yang dicerap termasuk pengetua tidak berasa stres apabila pengajaran mereka dicerap secara dalaman. Kaedah yang digunakan ialah Sesi perjumpaan sebelum pencerapan antara pencerap dengan guru yang akan dicerap. Perkara dibincangkan ialah aspek-aspek yang akan dicerap dan dipersetujui bersama. Sesi perjumpaan selepas pencerapan dimana pencerap dan guru yang dicerap akan membincangkan kembali aspek-aspek yang telah dipersetujui bersama semasa pencerapan Maklumbalas yang diterima daripada guru-guru ialah mereka berasa selesa dengan perubahan kaedah pencerapan ini dan tidak lagi merasa stres yang tinggi malah bersikap positif dengan kaedah ini. 5.9.3 Pencerapan Menggunakan Kaedah Rakaman Video Pencerapan menggunakan kaedah ini baru diperkenalkan dan akan hanya dilaksanakan sekiranya pihak yang dicerap bersetuju dengan kaedah ini. Guru yang bersetuju dengan kaedah ini, dapat melihat dengan mata sendiri secara visual apa yang berlaku semasa P&P dijalankan dan bagaimana respons yang diberikan oleh murid-murid di dalam kelas mereka. Secara begini juga, guru dapat melihat body language yang ditonjolkan mereka dan juga murid-murid yang diajar kerana ini dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ini adalah paling berkesan untuk membimbing atau coaching guru supaya P&P akan datang akan lebih menarik dan berkesan. 5.10 Pembahagian Tugas Di Sekolah 5.10.1 Memberi Peluang Kepada Guru Untuk Memilih Tugas Yang Sesuai Supaya Job Rotation Dapat Dijalankan Pada setiap penghujung bulan Oktober, saya akan arahkan penolong kanan-penolong kanan saya mengedarkan borang pemantauan kepada semua guru untuk memberi peluang kepada guru-guru saya memilih tugas yang sesuai dengan mereka di sekolah dan memberi penerangan ringkas kenapa mereka memilih untuk menjalankan tugas berkenaan. Walaupun cara begini tidak dapat menyelesaikan masalah job rotation secara 100%, ia memberi peluang kepada untuk memilih walaupun mereka tahu akhirnya pihak pentadbir yang akan membuat keputusan setelah perbincangan terakhir dibuat dengan penolong kanan-penolong kanan. Kaedah ini memberi peluang mereka melahirkan keupayaan dan juga menanam sikap toleransi kepada keputusan pentadbiran. 6.0 PENUTUP Stres yang dialami kakitangan sesebuah sekolah mempengaruhi kehidupan orang lain dan guru-guru yang berada dalam keadaan stres yang tinggi akan memberi kesan kepada prestasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Staf sokongan yang berada pada keadaan stres akan menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada urusan pejabat, urusan makmal, bengkel dan layanan kepada orang awam yang datang ke sekolah. Keutamaan latihan kepada kakitangan yang baru bertugas perlu diberi perhatian untuk menyediakan mereka menghadapi realiti kerja. Kakitangan baru perlu mempunyai asas-asas menangani stres di tempat kerja. Sokongan daripada pihak pentadbiran dengan inisiatif-inisiatif yang diambil untuk mengurangkan stress di tempat kerja adalah penting. Saya mengharapkan agar inisiatif-inisiatif yang telah saya jalankan dapat dijadikan panduan kepada pentadbir-pentadbir dan mereka yang bakal menjadi pentadbir sekolah.

7.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN ISTEM RANGKAIAN DAN WIFI (HUB DAN ROUTER)

ACCESS POINT 8.0 RUJUKAN-RUJUKAN Chan, D.W. (2002). Stress, self-efficacy, social support and psychological distress among prospective Chinese teachers in Hong Kong Cherniss, C. (2004) Emotional intelligence: What it is and why it matters Chaplin, R.P. (1995) Stress and job satisfaction: A study of English primary school teachers Cooper, C.L.& Kelly, M(1993) Occupational stress in head teachers: A national UK study Chaplin, R.P. (2001), Stress and job satisfaction among primary headteachers: A question of balance? Cox, T.(1983). Stress London : The Macmillan Press Danial Zainal Abidin(2004). 7 Formula Individu Cemerlang Kyriacou,C, (1987). Teacher stress and burnout : An international review Kyriacou,C & Sutcliffe,J(1977). Teacher stress : A Review Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1978). Teacher stress : Prevalence, sources, and symptoms Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1979). A note on teacher stress and locus of control Nordien Sulaiman (2001). Kepintaran emosi di kalangan guru sekolah menengah di daerah Kota Setar.
Dicatat oleh LOGIK di 2:58 PG

Tiada ulasan: Catat Ulasan http://logik-guru.blogspot.com/2010/01/stres-kerja.html

Anda mungkin juga menyukai