Anda di halaman 1dari 3

KEK PISANG COKLAT URAI

BAHAN-BAHANNYA : 150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit) 200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)* 1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak) 100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor) 3 biji telur 100 ml susu segar 100 gram pisang, dilecek halus Beberapa titik esen pisang 50 gram coklat urai (chocolate rice) 1/3 cawan pisang yang didadu besar 1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya CARA MEMBUATNYA : 1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. 2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata. 3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus. 4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak.

KEK CARROT
BAHAN-BAHANNYA : 1 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1/2 camca teh soda bicarbonate* 1/2 camca teh garam halus* 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) 2 biji telur gred "A" 3/4 cawan minyak jagung 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan) 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar 1/2 cawan kelapa kering 1/2 cawan kacang walnut, cincang BAHAN CREAM CHEESE TOPING : 100 g mentega 125 g cream cheese 1 camca teh esen vanilla 1 1/2 camca besar gula aising, diayak CARA MEMBUATNYA : 1. 2. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan... UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

3.

4. 5.

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis nonstick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone

Anda mungkin juga menyukai