Anda di halaman 1dari 3

6.

0 REFLEKSI

6.1 PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan antara syarat bagi mendapatkan status Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dimana melalui pelaksanaannya akan melatih pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru pelatih yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. Program Bina Insan Guru semester keenam ini secara ringkasnya adalah merupakan sebuah lawatan penanda aras bagi mendapatkan maklumat mengenai guru cemerlang dan diajalankan atas beberapa rasional, antaranya supaya guru pelatih semester enam memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan tugasnya setiap hari dan memahami serta menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

Program Bina Insan Guru kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani Kedah selama sehari yang bernama Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang. Mengikut keperluan dalam pro- forma yang diberikan, program kali ini seharusnya dilaksanakan dalam tempoh tujuh jam interaksi bersama guru cemerlang yang telah dipilih. Guru cemerlang yang dimaksudkan ialah En. Abdul Rashid B. Abdul Latif yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2000 dan 2009 sebagai seorang guru Pendidikan Khas.

6.2 KEKUATAN Selama tempoh sehari Program Bina Insan Guru ini berlangsung, terdapat dua faktor utama yang boleh ditonjolkan sebagai kekuatan di mana faktor pertama terletak pada pemilihan guru cemerlang. Pemilihan guru cemerlang untuk program Program Bina Insan Guru kali ini, En. Abdul Rashid B. Abdul Latif merupakan penerima anugerah cemerlang

sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2009 sebagai guru Pendidikan Khas. beliau juga merupakan seorang Jurulatih Utama Pendidikan Khas pada peringkat kebangsaan. Ilmu yang dicurahkan beliau sebagai seorang guru yang pernah menuntut di University of Monash, Australia dalam bidang Pendidikan Khas amatlah bertepatan kepada kami bakal-bakal guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, sikap dedikasi dan komited serta pengalaman beliau selaku bapa yang mempunyai anak penghidap Autisme ini telah memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan tenaga bagi membolehkan kanak-kanak istimewa menerima peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal lain. Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi kami yang masih mentah dalam bidang keguruan.

Faktor kedua adalah faktor aktiviti yang telah dirancang bagi Program Bina Insan Guru kali ini. Program yang dinamakan sebagai Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang mempunyai perjalanan aktiviti yang tersusun dan sistematik. Semua aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Tambahan lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, guru-guru pelatih telah menerima input-input yang berguna berkaitan dengan dunia Pendidikan Khas. Contohnya berkaitan Program terapi yang telah diasaskan oleh penceramah program iaitu Bilik Snoozelen yang amat berfaedah kepada murid-murid khas dimana ia merupakan satu program yang unik yang hanya terdapat di sebuah sekolah di Malaysia.

6.3 KELEMAHAN Kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek masa. Ini kerana masa yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru cemerlang tersebut amatlah singkat. Oleh itu, masih banyak lagi maklumat yang belum kami terima untuk dijadikan panduan. Masa yang suntuk juga tidak membolehkan kami untuk melihat beliau mengajar murid-murid khas di sekolah tersebut.

6.4 CADANGAN Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih banyak maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai