Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBAE1403

MENGGAMBAR

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

761223135495001 761223-13-5495 019-8633197 jerrybarat@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN SANDAKAN

1.0

PENGENALAN.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya akan dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub-tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.

Menggambar adalah suatu bentuk gambaran secara visual tentang sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia biasanya mengandungi komposisi artistik yang terhasil daripada aplikasi warna. Ia juga merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Selain daripada itu, menggambar juga boleh ditakrifkan sebagai ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Ianya juga boleh digambarkan dengan menggunakan gambaran huruf. Representasi ini biasanya dihasilkan di dalam bentuk dua dimensi.

Bidang ini sebenarnya menekankan kepada perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seorang kanak-kanak. Ia meliputi proses penerokaan kesan seni serta proses mengenali pelbagai alat serta bahan dan kegunaannya. Aktiviti menggambar membolehkan seorang kanak-kanak untuk mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran kanak-kanak terhadap persekitarannya melalui pemerhatian adalah fokus utama bagi aktiviti menggambar.

Semasa menggambar, kanak-kanak akan dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak juga akan dapat membina idea baru dari benda konkrit.

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak untuk membuat hubungkaitan yang lebih bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza jika dibandingkan dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan oleh mereka adalah bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni visual sebagai salah satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif kanak-kanak. Karya seni visual kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Lukisan juga merupakan satu bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ia adalah satu cara untuk kanak-kanak untuk berinteraksi dengan berkesan. Aktiviti menggambar terutama sekali melalui lukisan dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan emosi dan perasaan mereka disamping dapat menguatkan otot-otot mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan dapat menajamkan intuisi mereka.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta mampu untuk berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Oleh itu, dapat kita nyatakan bahawa Pendidikan Seni Visual, terutamanya bidang menggambar mempunyai kepentingan di dalam perkembangan seorang kanak-kanak dan kepentingan ini boleh dibahagikan kepada beberapa aspek.

1.1

Aspek Kognitif. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang akan dapat melahirkan

kanak-kanak yang mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah serta mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

1.2

Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan akan dapat memberikan satu bentuk latihan yang

berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

1.3

Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka pula akan dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

1.4

Aspek Persepsi Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan

deria mereka melalui proses penghasilan serta hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

1.5

Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial mereka selain dapat

meningkatkan tahap keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menggalakkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

2.0

BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR.

2.1

Lukisan. Lukisan boleh didefinisikan sebagai lanjutan daripada aktiviti membuat lakaran demi

lakaran dengan menggunakan pelbagai jenis media kering seperti pensil, pensil warna, krayon, arang lilin, comte dan sebagainya. Ianya dilakukan di atas suatu permukaan yang rata.Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan dan ton yang tersendiri. Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, grafito, gosokan, campuran dan sebagainya.

Pemilihan untuk menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan ia perlulah disesuaikan dengan jenis kertas yang hendak digunakan. Proses pemilihan ini hendakla dilakukan sebelum sesebuah lukisan itu mula dihasilkan. Garisan adalah satu unsur seni yang sangat penting dn berguna untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai pelbagai teknik.

Sebelum mula melukis, seseorang itu perlu mengenalpasti terlebih dahulu tema dan subjek kerana ia sangat penting dalam memastikan aktiviti ini dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Selain daripada itu, teknik gabung jalin pelbagai aspek juga perlu diambil kira dalam menghasilkan sebuah lukisan yang bermutu.

2.2

Catan. Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara

menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata. Ia dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan yang rata. Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air.

Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal. Warna air pula bersifat lutsinar dan lembut manakala cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas. Cat minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas. Cat tempera yang lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas. Cat gouache yang cepat kering dan fresko sesuai untuk digunakan di permukaan dinding atau mural. Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan. Berus yang berbagai jenis pula mempunyai fungsi yang tersendiri. Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan.

Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam sesuatu hasil karya. Warna mempengaruhi kehidupan manusia. Warna terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira manakala warna gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Warna asas adalah terdiri daripada tiga warna iaitu warna merah, biru dan juga kuning. Warna sekunder pula ialah hasil campuran dua warna asas. Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder. Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam. Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna. Warna harmoni pula terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.

Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek. Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza. Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.

2.3

Teknik Kolaj. Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Kolaj dihasilkan

dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal atau menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Bahantara yang biasa digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.

Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj tema harus difikirkan terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.

Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar. Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu. Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.

2.4

Teknik Cetakan. Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya

cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas.

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata.

Chew Teng Beng dan Long Thien Shih adalah di antara pakar seni grafik tanahair. Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang. Jenis cetakan pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan. Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. Tema dan tajuk cetakan yang berbagaibagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah. Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

2.5

Teknik Resis. Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-

warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis bertindak menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.

Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warnawarna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis.

Resis secara positif dan negatif pula menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain menggunakan menggunakan kaedah canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

2.6

Teknik Gosokan. Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu

permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia. Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak. Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.

Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik. Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik. Cadangan-cadangan positif dan negatif yang dikemukakan sekurangkurangnya dapat memberi perubahan dan mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan murid di masa akan datang.

2.7

Teknik Percikan. Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini

setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.

Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas. Percikan dan titikan atau stippling adalah dua kaedah yang berlainan. Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.

Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu. Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna. Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama. Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan, manakala percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata. Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan. Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.

2.9

Teknik Mozek. Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan

tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.

Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunanbangunan di luar sekolah.

Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara direct method, indirect method dan double direct method. Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.

Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.

Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul. Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik. Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur. Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.

2.10

Teknik Montaj. Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari

berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Teknik superimpose dan image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya. Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden.

Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931. Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti seni. Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada.

Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja.

Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

3.0

PORTFOLIO KANAK-KANAK

4.0

MAKLUMAT SOKONGAN.

4.1.0 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain. 4.1.1 Peringkat Scribbling (2 4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak akan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dri peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

4.1.2 Peringkat Preschematic (4 7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

4.1.3 Peringkat Schematic (7 9 Tahun) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diulang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Contoh: Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan

membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

4.2.0 Teori Perkembangan Artitik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet.

4.2.1 Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.

4.2.2 Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapakan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan secara berulang kali.

4.2.3 Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa mereka lihat. Bentuk lukisan yang dilukis lebih ringkas tetapi dilukis dengan lebih baik.

4.2.4 Peringkat Visual Realism Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar bandingan.Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi doi atas kertas dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian yang baik.

5.0

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan di sini bahawa bidang menggambar terutama sekali aktiviti lukisan adalah sangat penting kepada kanak-kanak. Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

6.0

RUJUKAN

1.

Dauer, V. P., & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children, New York:Macmillan Publishing Company. http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/peringkat-peringkat-pengutaraankanak.html

2.

3.

http://www.google.com.my/search?hl=en&client=firefoxa&channel=s&rls=org. mozilla%3AenUS%3Aofficial&hs=TYp&q=peringkat+tampak+kanakkanak&btnG=Search&meta= Lowenfeld, & Brittain, (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan Pica, R. (2000). Experiences in movement with music, activities & theory. New York: Thomson Delmar Learning. Mayesky, M (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson Delmar Learning.

4. 5.

6.