Anda di halaman 1dari 5

Terapi Muzik

Pn Siti Aishah Mohamad

Pengenalan
TERAPI muzik berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.

Terapi Muzik merupakan alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.

Matlamat Terapi Muzik


Antara matlamat utama terapi jenis ini; untuk memulihkan kekuatan fizikal menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Teknik terapi muzik


Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik; mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, menari atau melukis menggunakan muzik.

Tujuan Terapi Muzik


Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.

Tahap kesihatan mental banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani. Ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.
Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.