Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t.

kerana dengan limpah, kurnia dan inayah-Nya kita menikmati kehidupan yang aman. Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala keindahan di dunia dan setiap isinya. Selawat dan salam dituturkan ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. , ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, para tabi tabiin, serta muslimin dan muslimat yang hebat memperjuangkan kesucian Islam di atas muka bumi ini. Minggu ini, Universiti Teknologi PETRONAS telah menerima kehadiran orang baru ke gedung ilmu yang hebat ini. Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh kepimpinan Rakan Masjid UTP mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru ambilan Januari 2013 ke Universiti Teknologi PETRONAS. Semoga kedatangan anda semua menatijahkan sesuatu yang hebat kepada universiti ini dan kepada diri anda masing-masing. Suatu kata-kata arab yang terkenal ada menyebut: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad Menuntut ilmu merupakan suatu proses yang berterusan untuk membentuk diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berada di kampus ini, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempersiapkan diri dengan ilmu supaya kita dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada Islam, negara dan masyarakat. Sejajar dengan visi UTP iaitu untuk menjadi peneraju dalam pendidikan teknologi dan kejuruteraan serta menjadi pusat kreativiti dan inovasi di Malaysia. Kehebatan warga baru UTP ini adalah sangat-sangat dinantikan oleh semua orang. Sabda Rasulullah: Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain Bagi pihak Rakan Masjid UTP, kami mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru ke kampus yang hebat ini yang juga tersenarai sebagai Universiti yang mendapat penarafan 5 bintang dalam MyRA dan juga tersenarai di kedudukan Tier-5 dalam SETARA. Kami juga membuka pintu seluas-luasnya kepada anda semua untuk bersama menyertai Rakan Masjid dan menjadi sebahagian dari keluarga besar Rakan Masjid UTP. Kehebatan anda semua amat kami nantinantikan. Akhir kata, selamat maju jaya dan tempuhilah kehidupan sebagai mahasiswa dengan penuh kehebatan.

Anda mungkin juga menyukai