Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 Mata pelajaran dan Kelas Tema/ Tajuk Masa Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia Tahun 2D

Hidup Bersatu Padu Kerja yang Berat Menjadi Ringan 7.30 8.30 pagi 2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif Pada akhir pelajaran dan pembelajaran , murid dapat: Pembelajaran i. Membaca ayat majmuk dengan sebutan yang betul. ii. Membina ayat majmuk. EMK KBT: KB-menjanakan idea, BCB-bacaan luncuran KP-verbal-linguistik Nilai Murni bekerjasama, bersatu padu Ilmu - PM Sistem Bahasa : Kosa kata : cebisan, kagum Tatabahasa : kata adjektif ICT

Bahan Bantu Belajar

Langkah-langkah Pengajaran: Set Induksi: 1. Guru menayangkan teka-teki dengan menggunakan Powerpoint. 2. Murid membaca teka-teki yang ditayangkan. Kemudian, murid memberi jawapan bagi teka-teki tersebut. 3. Guru menayangkan gambar untuk memberi jawapan bagi teka-teki tersebut. Kemudian, guru mengaitkan gambar semut itu dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah 1 (Aktiviti Lisan) 1. Guru menayangkan gambar sambil menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Kerja yang Berat Menjadi Ringan. 2. Murid mendengar cerita dengan teliti sambil memahaminya. 3. Murid-murid diminta cuba menceritakan semula tentang apa yang disampaikan oleh guru. Langkah 2 (Aktiviti Membaca) 1. Guru menayangkan skrip cerita dengan menggunakan Powerpoint. 2. Murid disuruh membaca skrip cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid disuruh membaca skrip cerita secara perseorangan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 4. Guru bersoal jawab berdasarkan cerita tersebut. Contoh soalan: i. Siapakah yang mencari makanan di bawah pokok? ii. Apakah yang telah dijumpai oleh semut-semut itu? iii. Adakah semut-semut itu berjaya membawa makanan itu ke sarang? iv. Siapakah yang berasa kagum terhadap semut-semut itu? 5. Guru menayangkan kosa kata kemudian berbincang maksudnya dengan murid-murid. Kosa kata: i. cebisan = potongan kecil, serpihan, pecahan ii. kagum = hairan, takjub 6. Guru memperkenalkan aspek tatabahasa pada hari ini, iaitu kata adjektif. 7. Guru menjelaskan bahawa kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.

8. Murid-murid mencari kata adjektif yang terdapat dalam skrip cerita tersebut. i. kagum ii. kecil iii. besar iv. berat v. ringan vi. bagus 9. Murid diminta memberi contoh-contoh kata adjektif yang lain. Langkah 3 ( Aktiviti Menulis) 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 orang. Kemudian, guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid. (Rujuk Lampiran 1) 2. Murid-murid duduk dalam kumpulan untuk berbincang tentang tugasan yang diberikan, iaitu membina ayat majmuk berdasarkan gambar dan kata adjektif yang diberikan. 3. Murid membentangkan hasil kerja dan murid yang lain pula memberi komen tentang pembentangan rakan. 4. Guru membuat rumusan tentang pembentangan murid-murid. Langkah 4 ( Aktiviti pengayaan) 1. Guru menayangkan perkataan semut, makanan, burung, membantu dan biskut. 2. Murid diminta membina ayat majmuk daripada perkataan tersebut. Penutup 1. Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai murni yang dapat
disampaikan dalam pelajaran hari ini. 2. Guru memuji murid atas penglibatan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan secara aktif.

Refleksi:

Lampiran 1

Nama : ___________________ Kelas: ___________ Arahan : Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dan kata adjektif yang diberikan. 1. - besar

_____________________________________

2. - kecil

______________________________________

3. - berat

________________________________________

4. -ringan

________________________________________

5. -bagus

________________________________________