Anda di halaman 1dari 14

PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain

Sistem Perbankan Konvensional Islam

Jenis Bank Bank pusat Bank Perdagangan - Bank Islam Bank saudagar Bank badan berkanun Bank koperasi

Institusi Kewangan Lain Syarikat kewangan Syarikat pajakan Syarikat pemfaktoran Syarikat jaminan kredit Malaysia

Perkhidmatan Bank Perdagangan


Menerima simpanan Kemudahan pembayaran Kemudahan pembiayaan Perkhidmatan lain

Jenis cek Cek terbuka Cek berpalang Cek lain

SISTEM PERBANKAN
1. PERBANKAN KONVENSIONAL - Mengamalkan sistem kapitalisme - Bertujuan untuk mendapatkan keuntungan - Penyimpan dan peminjam wang di beri atau dikenakan faedah 2. PERBANKAN ISLAM - Hukum Islam ~ prinsip-prinsip syarak dan syariah - Berteraskan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat - Mengharamkan unsur-unsur gharar (ketidakpastian), riba (faedah), dan maisir (perjudian) - Mengamalkan pembahagian risiko antara pengusaha (peminjam) dengan pembiaya (bank) 3. PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL DENGAN PERBANKAN ISLAM - Dasar perniagaan - Prinsip-prinsip perbankan - Tujuan operasi perbankan - Undang-undang perbankan - Corak pelaburan

JENIS BANK

Bank yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada :

BANK PUSAT
BANK PERDAGANGAN - BANK ISLAM BANK SAUDAGAR BANK BADAN BERKANUN BANK KOPERASI

BANK PUSAT

Bank pusat di Malaysia dikenali sebagai Bank Negara Malaysia Ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan untuk mengawal dan melaksanakan dasar kewangan negara Fungsi Bank Negara Malaysia ialah;

Mengeluar dan mengawal mata wang negara Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan Melaksanakan dasar kewangan kerajaan Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

BANK PERDAGANGAN

Bank yang ditubuhkan oleh pihak swasta sebagai sebuah institusi kewangan yang menjalankan perniagaan untuk memperoleh keuntungan dalam bentuk syarikat berhad Operasi bank tertakluk kepada Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang mengawal skop operasi dan aktivitinya Sebuah bank perdagangan hanya dapat beroperasi di Malaysia setelah mendapat lesen daripada Kementerian Kewangan ayas nasihat Bank Negara Malaysia Terdapat 2 jenis pemilikan iaitu milikan tempatan dan milikan asing

BANK ISLAM

Bank Islam ditubuhkan pada 1 Mac 1983 di bawah Akta Bank Islam 1983 Operasi Bank Islam adalah berlandaskan hukum syarak Bank Islam mengamalkan prinsip asas berikut yang membezakannya dengan bank konvensional

Riba (faedah) tidak dibenarkan Mudharabah dan musyarakah (perkongsian untung) diamalkan menggantikan faedah Unsur maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) tidak dibenarkan

Pengurusan dan perjalanan Bank Islam adalah berdasarkan tiga konsep utama;

Wadiah Mudharabah Musyarakah

BANK SAUDAGAR

Sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat korporat dan perniagaan besar sahaja Bank ini tidak menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai Secara amnya, bank saudagar menjalankan lima fungsi utama iaitu;

Menerima simpanan Memberi pinjaman Memberi khidmat nasihat kepada syarikat Mengurus pelaburan Menanggung jamin terbitan syer

BANK BADAN BERKANUN


Bank berkanun merupakan bank yang ditubuhkan oleh kerajaan Tujuannya: menyediakan perkhidmatan dalam sektor tertentu yang biasanya tidak diberikan perhatian oleh bank perdagangan Bank berkanun yang terdapat di Malaysia ialah
BANK BERKANUN

BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

BANK PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR MALAYSIA

BANK SIMPANAN NASIONAL

Bank Simpanan Nasional @ BSN ditubuhkan pada 5 Disember 1975 ~ dikenali dahulu sebagai Bank Simpanan Pejabat Pos Ditubuhkan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan wang secara kecil-kecilan Simpanan wang di BSN dijamin oleh kerajaan dan faedah simpanan dikecualikan daripada cukai Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan ialah;

Skim Simpanan Tetap Skim Simpanan Biasa Skim Sijil Simpanan Premium Skim Sedar Baucar hadiah Skim Akaun GIRO Skim Pinjaman Kemudahan akaun gaji

BANK PEMBANGUNAN DAN INFRASTUKTUR MALAYSIA BERHAD (BPIMB)


Ditubuhkan pada 28 November 1973 di bawah kawalan Kementerian Perusahaan Awam Bertujuan ~ menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan ialah; Memberi pinjaman jangka pendek dan jangka panjang Membiayai projek pembangunan Menyediakan skim sewa bagi jentera dan lain-lain Memberikan nasihat dan teknikal dalam pengurusan Menganjurkan kursus dan latihan kepada usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan kewangan dan teknikal Mengadakan Tabung Usahawan baru

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD


Bank Pertanian Malaysia Berhad ditubuhkan pada 1 September 1969 Fungsi-fungsi Bank Pertanian termasuklah

Menggalakkan pembangunan dan perkembangan sektor pertanian Menyediakan kemudahan kredit bagi projek-projek pertanian Menggerakkan simpanan ke sektor pertanian

Bank Pertanian turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Antaranya ialah;

Memberikan pinjaman untuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil-hasil pertanian Memberi pinjaman berfaedah rendah kepada para petani untuk membeli tanah pertanian, mesin, dan membiayai pelajaran anak-anak mereka Memberi perkhidmatan biasa seperti akaun simpanan, akaun GIRO, dan akaun simpanan tetap

BANK KOPERASI

Bank yang dimiliki oleh koperasi dan mematuhi prinsip-prinsip koperasi Ditubuhkan di bawah Ordinan Koperasi 1948 Tujuannya : melindungi kepentingan dan memberikan kebajikan kepada ahli-ahlinya Bank ini mendapat modal daripada penjualan syer kepada ahliahlinya Aktiviti bank adalah terhad. Antara perkhidmatan yang dijalankan; Memberikan pinjaman kepada ahli-ahlinya Menyediakan kemudahan simpanan dan simpanan tetap Membuat pelaburan dalam projek-projek pembangunan dan sebagainya Bank koperasi tidak terlibat dalam; Mengendalikan akaun semasa Mendiskaunkan bil Beroperasi di pasaran tukaran mata wang asing

PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN


Kos
Saiz, kuantiti & berat muatan

Jenis barang

Faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan Keselesaan

Anda mungkin juga menyukai