Anda di halaman 1dari 4

Tajuk: Dog Day Afternoon Penulis Asal: Frank Pierson Olahan dan Adaptasi: Roydy Rokidy Pengarah Yang

Dinilai: Shikh Abdull Rashid Bin Shikh Abdullah (20113040)

Pemilihan Skrip Skrip ini adalh adaptasi dan olahan dari filem Dog Day Afternoon yang ditulis oleh Frank Pierson. Skrip ini dipilih berdasarkan kekuatannya dan mesej yang terdapat didalam skrip ini. Skrip ini juga ditulis mengikut isu-isu terkini pada era 70-an. Dog Day Afternoon sarat dengan isu-isu kemasyarakatan. Sinopsis Dog Day Afternoon mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sonny bersama rakannya Sal yang merompak bank ketika bank hendak tutup. Didalam bank terdapat beberapa orang pekerja termasuk pengurus bank dan pengawal keselamatan yang tidak bersenjata. Sesuatu yang mengejutkan kedua-dua perompak apabila duit didalam peti simpanan wang hanya ada USD 1100 sahaja kerana pada hari tersebut duit di bank itu telah dikutip oleh Bank pusat. Perkara ini membuatkan Sonny bengang. Kesilapan yang Sonny lakukan adalah membakar rekod pendaftaran yang menjadi petunjuk kepada pihak polis. Paling mengejutkan Sonny apabila dia menerima panggilan didalam bank. Polis mengsyaki ada rompakan di bank itu dan mereka mengepung bank tersebut. Polis yang bertanggungjawab sebagai perantara adalah Moretti iaitu seorang polis Bandar. Permintaan demi permintaan dibuat oleh Sonny kepada Moretti seperti Jet besar dan Helikopter. Sonny sangat menjaga kebajikan tebusan di dalam bank sehinggakan tebusan selesa bersama Sonny.

Tema dan Persoalan Tipu helah dan juga kehidupan yang terpesong dari aliran yang sepatutnya. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Pengorbanan. Percintaan sejenis yang membawa kepada musibah dalam hidup. Kasih saying dan penerimaan sesuatu yang baru sehingga menyebabkan akibat yang memudaratkan.

Latar 1) Tempat Didalam sebuah Bank 2) Masa Era 70-an 3) Masyarakat Masyarakat yang bijak dan serba tahu Masyarakat yang saling menghormati Masyarakat yang menjaga kebajikan orang lain

Sinografi Aspek sinografi yang dipilih adalah realism dengan beberapa set suggestion dan juga elemen mime.

Watak

Sonny Sal Moretti Mouth (Sylvia) Mulvaney Jenny Chaterine Maria Leon Howard FBI Penghantar Pizza Polis

Biodata Pengarah Yang Dinilai Nama: Shikh Abdull Rashid Bin Shikh Abdullah No Metrik: 20113040 Kursus: Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Teater Semester: Tahun 2 Semester 1 Taraf Pendidikan: Diploma In Broadcasting, Radio And TV, Limkokwing University. Pengalaman: Pernah menjadi Pembantu Produksi untuk Program Tv Gadis Melayu 2 pada tahun 2009. Beralih kebidang lakonan awal 2010 dengan lakonan pertama Filem Zaiton Ceritaku yang diarah oleh Fauziah Nawi. Kemudian menyambung pelajaran ke Aswara dalam jurusan Teater pada peringkat ijazah dengan berbekalkan Diploma Penyiaran dari Universiti Limkokwing. Juga pernah menyertai beberapa produksi independent seperti produksi Merocok-rocok dan The Les Chaises. Dengan sokongan dan bimbingan rakan-rakan yang berpengalaman, pengarah ingin mencabar dirinya untuk mementaskan Dog Day Afternoon.

Anda mungkin juga menyukai