Anda di halaman 1dari 11

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]


PENDAHULUAN

Teater Syajar karya Ismail Kassan adalah merupakan sebuah persembahan untuk dinilai dalam kursus Estetika Pengarahan (ATE 5343) dan pelajar dinilai ialah pelajar Fakulti Teater untuk program Ijazah iaitu Erwan Azzaly Hj Awang Taip (20113051) pada 31 Oktober 2011 - Isnin (bermula jam 8.30 malam, di Blackbox, ASWARA) di bawah kelolaan Fakulti Teater ASWARA. Secara umumnya, kelahiran produksi ini adalah sebagai satu tugasan yang perlu dilengkapkan oleh pelajar tersebut untuk memenuhi penilaian akhir kursus ini. Selain itu, ianya merupakan suatu usaha pelajar untuk Merakyatkan seni di kalangan masyarakat demi menyahut seruan Kementerian Kebudayaan, Penerangan dan Komunikasi Malaysia untuk Merakyatkan Seni. Oleh yang demikian, usaha ini dianggap sebagai pemangkin anjakan seni dan budaya serta jati diri yang lebih proaktif dan positif terhadap sahsiah ahli jawatankuasa yang terlibat serta seluruh masyarakat di sekitarnya. Di samping itu juga, kelahiran produksi ini bertujuan untuk memastikan khazanah seni sastera dan seni budaya masyarakat Malaysia tidak akan pupus ditelan zaman yang serba global ini. Seluruh ahli produksi berharap aktiviti seni sama ada dalam bentuk pementasan teater, persembahan tarian, pengucapan puisi serta penghasilan karya-karya sastera yang agung akan sentiasa berkesinambungan daripada generasi veteran sehinggalah ke generasi perintis yang lebih muda yang bakal memantapkan lagi seni, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia di seantero dunia.

Tempat, Masa Dan Tarikh Persembahan Blackbox, ASWARA. 31 Oktober 2011 Isnin. 8.30 Malam.

Visi Persembahan

Visi persembahan ini adalah untuk memantapkan jati diri para pelajar yang terlibat di dalam pementasan ini dari segi penguasaan terhadap seni, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia tanpa melupakan Budaya Malaysia yang kukuh dan berwibawa.

Mempraktikkan ilmu yang dipelajari sepanjang menuntut di ASWARA.

Page | 1

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Menilai tahap kemampuan pelajar. Menyampaikan idea dan konsep pengarah kepada umum.

Objektif Persembahan Untuk memenuhi permintaan untuk penilaian akhir Estetika Pengarahan (ATE 5343),

Membentuk satu budaya organisasi yang lebih proaktif, efektif dan berinovasi di kalangan ahli
produksi,

Membentuk jati diri masyarakat Malaysia yang lebih disegani dunia dari segi pengamalan
budaya, seni dan adat tradisinya,

Mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan produksi serta warga intelektual,


Menyampaikan mesej melalui tema yang dipilih,

Satu usaha untuk menarik minat generasi muda untuk menjadi pelapis dan seterusnya
peneraju kepada usaha untuk mempertahankan budaya masyarakat Malaysia.

Untuk mempromosikan satu budaya hidup dalam aspek kesenian sebagai sebuah platform
yang akan mendidik, memelihara, menyebar dan juga memperlengkapkan lagi jati diri masyarakat sekitar ASWARA.

Pemilihan Skrip Skrip Syajar karya Ismail Kassan ini dipilih berdasarkan kekuatan dan mesejnya yang mendalam selain ingin mempraktikkan Teori Realisme seperti yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Penyelia Akademik. Skrip ini menyentuh hal ehwal semasa berkenaan kehidupan masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain di samping hubung kaitnya dengan alam semula jadi yang dilambangkan sebagai sebatang pohon sena.

Sinopsis Mengisahkan cerita tentang sebatang pohon Sena yang rendang. Al- Syajarah yang bermaksud sebatang pokok yang rendang. Pokok sena ini melambangkan sebuah kepimpinan seorang

Page | 2

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

pemimpin yang pada satu ketika dahulu tegap, gagah dan mampu memberi perlindungan terhadap semua makhluk dibawah naungannya. Terdapat pelbagai kisah atau sejarah yang brlaku pada di bawah pohon sena ini kerana itulah Pencinta Alam sangat taksub dengan Pohon Sena ini. Gadis yang begitu setia dengan janjijanjinya yang menunggu kekasih hatinya yang tidak kunjung tiba. Penikam Ekor pula merupakan watak yang malas dan agak taksub dengan perkara tahyul dan dia tetap mengharapkan sesuatu dari pokok sena itu iaitu dengan percaya bahawa pohon sena itu akan dapat memberi kesenangan padanya satu hari nanti. Tukang Tilik pula menjalankan perniagaan menilik di bawah pohon sena. Timbullah satu masalah pada satu ketika dimana anak Cik Puan yang nyaris ditimpa dahan pohon sena dan mahu menebang pohon sena itu. Berbagai konflik yang melanda setiap watak yang mahu mempertahankan pokok sena supaya tidak ditebang.

Tema dan Persoalan Pegangan janji Ketaksuban diri terhadap sesuatu yang sangat dipercayai. Konfrontasi manusia atas kepentingan diri.

Latar / Zaman Latar yang dipilih oleh pengarah adalah pada zaman semasa (era tahun 1990an).

Lokasi Lokasi yang dipilih ialah sebuah kawasan laluan kampong yang terdapat sebatang pohon sena yang redah, rimbun dan besar.

Sinografi Dari aspek sinografinya pula, jenis pentas yang dipilih adalah pentas jenis proscenium dengan. Tata cahaya adalah dalam bentuk realistik. Begitu juga dengan penggunaan busana dan tatarias juga mengikut latar yang telah dipilh

Page | 3

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Pengarah, Pelakon dan Tenaga Produksi

Pengarah Erwan Azzaly Haji Awang Taip berasal dari negeri Sabah di bawah bayu. Bergiat di dalam bidang kesenian sejak tahun 1995 (penulisan puisi dan cerpen), kemudian beralih kepada bidang teater sejak tahun 2000. Seorang Jurulatih Seni Budaya Negara tahap 2 untuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Malaysia) dan merupakan Ketua Biro Teater Persatuan Ikatan Penulis Sabah (2009 kini).

Barisan Pelakon PENCINTA ALAM KASEH TUKANG TILIK CIK PUAN INTAN PENIKAM EKOR 1 PENIKAM EKOR 2 PEGAWAI PEKAN PENGGERAK Taufik (Fakulti Filem Dan Video) - Shariezan Shasha (Fakulti Teater) - Siti Hafizah (Fakulti Tari) - Syuhadah (Fakulti Teater) - Syafiqah (Fakulti Teater) - Mohd Amir Amiezan (Fakulti Teater) - Maaruf Lim (Fakulti Teater) - Mohd Ajim (Fakulti Teater) - Emma Tosh, Nurliyana, Sharizan (Fakulti Tari) & Nik Raihan (Teater)

Tenaga Produksi Pengarah Penolong Pengarah Sinografer Pengarah Senimatografi Pengurus Pentas Pen. Pengurus Pentas - Erwan Azzaly Hj Awang Taip (Fakulti Teater) - Ikhsan Samad (Fakulti Teater) - Norashikin (Fakulti Teater) - Timothy Stephen (Fakulti Filem & Video) - Nadzirah Mustaffah (Fakulti Teater) - Norasila Laily (Fakulti Teater)

Page | 4

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]


- Izzati Jamal (Fakulti Teater) - Mohd Amir Amirul (Fakulti Animasi) - Fatimah (Fakulti Teater) - Remi (Fakulti Teater)

Penata Rias & Busana Penata Cahaya Penata Set & Prop Penata Bunyi & Efek

Page | 5

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Jadual Pelaksanaan Proses Latihan & Kerja Produksi FASA LATIHAN & GERAK KERJA Fasa 1 ( 15 hingga 20 Ogos 2011 ) a) Edaran skrip kepada semua pelakon b) Aktiviti Pengupasan skrip, watak perwatakan oleh semua pelakon c) Pembentukkan tenaga produksi d) Pelaksanaan kerja di peringkat pengurusan produksi CATATAN

Fasa 2 ( 22 hingga 25 Ogos 2011 ) a) Latih lakon, nyanyian dan gerakan bersama-sama tenaga produksi b) Pembentukkan babak lakun di ruang lakun c) Pocket Rehearsal

Fasa 3 ( 06 hingga 10 September 2011 ) a) Latihan nyanyian dan lagu dalam lakon b) Pembentukkan babak lakun di ruang lakun c) Penghasilan Tatarias & Busana.

Fasa 4 ( 12 hingga 14 September 2011 ) a) Pocket Rehearsal b) Costume Parade c) Fasa 5 ( 20 hingga 24 September 2011 ) a) Pocket Rehearsal b) Latihan nyanyian dan gerag dramatik

Page | 6

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Fasa 6 ( 26 September hingga 1 Oktober 2011 )

a) Full Rehearsal.

Fasa 7 ( 10 hingga 14 Oktober ) a) Rehearsal Teknikal b) Full Rehearsal c) Ubahsuai terakhir

Fasa 8 ( 21 hingga 23 Oktober 2011 ) a) Bump in di studio Blackbox

Fasa 9 ( 17 Jun 2007 ) a) Persembahan teater Syajar jam 8.30 malam di Studio Blackbox, ASWARA b) Sesi Viva c) Bump out d) Post Mortem Pada peringkat permulaan, latihan dapat dilaksanakan dengan lancar. Namun ianya menghadapi sedikit kekangan apabila memasuki bulan September apabila terdapat banyak program di dalam Fakulti Teater seperti Seminar Teater Kebangsaan, Add-pose pelajar tahun akhir dan pelaksanaan Teater Kanak-Kanak pada bulan Oktober.

Anggaran Belanjawan Teater Syajar

Page | 7

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]


Debit (RM) Kredit (RM) Jumlah (RM) 500.00 500.00

Perkara A) Anggaran Peruntukan. i) Simpanan Peribadi

ii) Anggaran Perbelanjaan. a) Produksi & Kreatif i. ii. Set & Prop Lampu & Penataan Cahaya 250.00

iii. Muzik & Kesan Khas Bunyi iv. Grafik & Visual v. Set Pakaian Pelakon (18 Orang)

vi. Make-up

b) Kebajikan Produksi (Makan & Minum) JUMLAH KESELURUHAN (RM)

250.00 500.00

Aspek Estetika Persembahan

Page | 8

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Secara keseluruhannya persembahan berjalan berjalan dengan lancar berdasarkan pelan asal sinografi serta teknik lakonan yang telah digarapkan pada peringkat latihan. Tidak terdapat begitu banyak kesilapan pada pemilihan warna melainkan hanya teguran panel penilai terhadap penggunaan warna yang seakan-akan merah jambu (pink) pada ketika babak seram atau mistik.

Dari segi komposisi set, saya berpuas hati dengan terhasilnya sebuah pohon sena yang besar yang menjadi lambing tempat watak-watak dalam cerita ini bernaung. Namun saya mendapat teguran dari panel penilai terhadap konsep dan stail yang ingin diangkat. Walaupun saya telah menjelaskan bahawa saya ingin mengankat konsep Realisme itu sendiri. Saya menghadapi kekangan untuk mendapatkan maksud asal serta visi yang tepat kerana penulis skrip tidak dapat bersama-sama saya ketika sesi latihan dilaksanakan. Tidak ada sebarang masalah dalam membangunkan set mahupun dalam proses merealisasikan pelan sinografinya kerana ianya digarap oleh diri saya sendiri sebagai seorang pengarah.

Kesimpulan

Page | 9

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Saya amat berpuas hati dengan karya persembahan saya ini meskipun mendapat kritikan daripada pihak panel penilai dari aspek tempo lakonan dan konsep serta stail pembawakan naskah ini ke pentas. Ini kerana, ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk mengarah sebuah teater yang menggabungkan pelbagai aspek di dalam teater seperti lakonan, nyanyian, aluan muzik dan gerakan dramatik. Di samping itu, saya telah mendapat satu pengalaman yang begitu berharga apabila inilah juga pengalaman saya yang pertama kalinya mengarah sekumpulan pelakon yang ramai daripada pelbagai bidang kesenian (fakulti). Insyallah, saya akan cuba untuk mempertingkatkan lagi mutu pengarahan saya pada persembahan-persembahan yang akan dating. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus ini, Encik Ahmad Yatim kerana memberikan saya tunjuk ajar yang begitu berguna bagi diri saya dalam usaha untuk menjadi seorang pengarah teater yang baik dan berkualiti

Gambar-Gambar sesi latihan teater Syajar

Page | 10

ESTETIKA PENGARAHAN (ATE 5343)

[PENULISAN LAPORAN KERJA PENGARAHAN]

Page | 11

Anda mungkin juga menyukai