Anda di halaman 1dari 4

KEMUDAHAN DAN PRASARANA PROGRAM PEMULIHAN KHAS - Peruntukan Kewangan - Lokasi dan Jenis Kelas Pemulihan - Kemudahan-kemudahan lain

Peruntukan Kewangan a) Dasar Sedia Ada: Di bawah Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Pekeliling Kewangan Bil:2/91 KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya. b) Pihak sekolah boleh juga menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran yang difikirkan sesuai. Peruntukan di bawah mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia boleh digunakan. (JPK sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan secara pukal khusus untuk program pemulihan khas). Isu-isu Mengenai Peruntukan Kewangan Tiada bantuan kewangan khas untuk menyediakan bilik dan peralatan yang sesuai bagi murid-murid pemulihan khas. Tiada peruntukan menyediakan/membeli bahan-bahan rujukan untuk GPK. Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan kepada GPK/Guru-guru lain. Kesukaran GPK mendapatkan peruntukan program pemulihan daripada peruntukan kewangan PCG mata pelajaran. Bagi PCG Mata Pelajaran Teras, agihan peruntukan adalah seperti berikut: (a) 60% = Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris Daripada jumlah (a): 40% = Sains 30% = Matematik 30% = Bahasa Inggeris (b) 40% = Lain-lain Mata Pelajaran Teras (Agihan ditentukan bersama Bidang/Panitia yang berkenaan) oleh Pengurus Sekolah dan Ketua kewangan BBM untuk dan

Perbelanjaan Bagi Peruntukan Kewangan PCG: Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. Penentuan pembelian segala harta modal hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Peringkat Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar sahaja. Laporan dan salinan resit bagi setiap harta modal yang dibeli hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta salinkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pemantauan dan rekod. Pembelian yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (Pengarah JPN) dan dikemukakan melalui PPD.

Lokasi Kelas Pemulihan Khas Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (BPKhas, KPM); Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan fizikal untuk Program Pemulihan Khas seperti yang berikut: Sebuah bilik darjah dengan keluasan 3 bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas (sekolah baru). Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay . Susun atur kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9.

Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah mengadakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay. Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk program pemulihan ditempatkan di dalam kelas pemulihan khas. Isu-isu Kelas Pemulihan Khas Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalu kecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas di bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai. Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihan seperti rak dan almari. Saya tidak diberikan tempat khas. Kelas pemulihan diadakan di pusat sumber dan terpaksa berebut dengan guru lain . Kalau bilik digunakan, kelas terpaksa dibatalkan. Tiada bilik khas berpindah randah. Bilik pemulihan khas ialah bilik setor yang terletak di bangunan lama. Kami tak dapat susun alat dan kerusi meja dengan baik terdapat banyak anakanai. Bilik stor ini panas, udara nak keluar pun susah. Masalah tiada bilik kelas dijalankan di kantin, di pondok rehat, tiada meja. Bilik pemulihan tidak sesuai. Perlu bilik yang lebih besar. Bilik sekarang ni udara nak mengalir pun susah. Bilik tidak sesuai, kadang-kadang digunakan oleh jururawat pergigian, kadang-kadang sampai sebulan tak ada kelas pemulihan khas kerana bilik digunakan.

Kemudahan-kemudahan Kelas Pemulihan Khas 1. Meja Guru 2. Kerusi Guru 3. Kerusi Komputer 4. Meja Komputer 5. Meja Bulat / Meja Jepun 6. Meja Murid 7. Kerusi Murid

8. Meja Kerel 9. Rak Cubby Multipurpose 10.Rak Buku Isu-isu Kemudahan-kemudahan Kelas Pemulihan Khas Lambat naik taraf kelas pemulihan kerana kelambatan penerimaan peruntukan kewangan khas naik taraf kelas pemulihan kerana ketidakcekapan guru besar sekolah. Kekurangan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah seperti perabot (meja, kerusi, dll.) BBM di sekolah yang tidak mencukupi atau BBM yang telah usang dan tidak menarik lagi.

Anda mungkin juga menyukai