Anda di halaman 1dari 8

Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat masa kini.

Di Malaysia khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak, elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit ini semakin menular disebabkan amalan yang kurang sihat. Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal yang sedemikian akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati". Selain itu, masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang sedemikian akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu makan, sudah tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh tangan perlulah dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya daripada djangkiti oleh penyakit. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, "Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah". Hubungan sosial tanpa sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal ini berlaku demikian kerana, tanpa pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal yang sama juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS. Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota masyarakat supaya dapat mengatasinya, bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan". Selain itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini. Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah hendak menyesal, bak kata pepatah, Nasi sudah menjadi bubur". Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal mereka daripada terus menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.

Oleh hal yang demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti mempertingkat kempen-kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini tidak diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan

Beberapa tahun yang lalu, masyarakat dunia dikejutkan dengan penyakit selesema burung yang juga dikenali sebagai H5N1. Penyakit ganjil ini dikatakan tersebar melalui sepsis burung yang amat sukar untuk dikawal. Selang beberapa tahun kemudian pula, kita sekali lagi dikejutkan dengan kes-kes kematian yang berpunca daripada selesema babi atau lebih dikenali sebagai H1N1. Jadi, pelbagai tindakan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat untuk mengekang penyakit ini daripada terus berleluasa.

Tindakan awal ialah kerajaan perlu menyebarkan maklumat tentang penyakit berjangkit tersebut untuk makluman rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu lebih proaktif untuk menjana maklumat melalui pelbagai saluran media massa. Pemberian maklumat sebegini memudahkan rakyat untuk memahami cara-cara penyakit ini boleh berjangkit lalu mengambil tindakan keselamatan peribadi pula. Oleh itu, pemberian maklumat oleh pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha mengawal penularan penyakit berbahaya ini.

Pada masa yang sama semua pintu masuk ke negara ini baik menerusi jalan darat, laut dan udara perlu dikawal ketat. Semua orang yang ingin memasuki negara ini perlu diimbas secara terperinci agar kuman yang mampu menyebarkan virus tersebut dapat dikawal. Tindakan ini juga berupaya untuk menghalang sebarang virus dari negara ini untuk keluar ke negara jiran pula lalu menghalang berlakunya penularan wabak penyakit. Sesungguhnya, kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara menjadi benteng kukuh menghalang penularan penyakit ini.

Berkaitan dengan kawalan di pintu masuk negara ini, sesiapa sahaja terutama pelancong yang didapati mengalami simptom-simptom penyakit ini perlu dikuarantinkan di tempat yang selamat. Tindakan ini boleh menghalang sebarang penularan wabak penyakit itu kerana mereka hanya akan dibebaskan setelah didapati bebas daripada penyakit berbahaya tersebut. Penyakit berbahaya mudah dikawal jika sumber penularannya berjaya dikesan dan dimusnahkan terlebih dahulu. Oleh itu, tindakan

membuat kuarantin ini menjadi satu tindakan yang paling radikal tetapi rasional dalam usaha menyelamatkan jutaan nyawa manusia yang lainnya.

Malahan, rakyat juga perlu menjaga kebersihan diri dengan lebih serius. Mereka perlu mengurangkan masa berada di luar rumah supaya tidak mudah terdedah kepada mereka yang sudah menerima penyakit berbahaya ini. Kita harus sedar bahawa jangkitan penyakit sebegini boleh berlaku dalam sekelip mata seperti menyedut udara yang mempunyai bersin mereka yang mengalami penyakit tersebut. Jadi, kualiti penjagaan diri yang tinggi berupaya menghalang penularan penyakit yang berbahaya ini ke dalam masyarakat kita.

Rakyat juga harus mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan. Arahan yang disiarkan menerusi media massa harus diberi perhatian oleh kita semua terutama aspek penyebaran penyakit dan cara-cara menghalangnya. Maklumat yang disiarkan melalui media massa ini juga turut memberikan kita semua satu kelebihan untuk bertindak apabila sesuatu keadaan cemas berlaku.

Ringkasnya, rakyat harus percaya dengan tindakan kerajaan dalam usaha mengawal merebaknya penyakit berbahaya di negara ini. Kesimpulannya, penyakit berjangkit yang sedang melanda dunia ini amat berbahaya kepada masyarakat global. Semua yang sudah berlaku membuktikan bahawa tidak ada sesiapa yang terkecuali daripada kemungkinan mendapat penyakit ini. Tindakan yang berani dan tegas sahaja berupaya menghalang wabak ini daripada terus berlaku. Bak kata orang tua-tua ?hendak seribu daya tak hendak seribu dalih? memberitahu kita betapa pentingnya sikap berusaha mengatasi penularan penyakit ini dilaksanakan dahulu

Sejak akhir-akhir ini, wabak penyakit berjangkit seperti denggi dan chikung. unya semakin berleluasa di negara kita. Jangkitan penyakit biasanya berlaku apabila bakteria, virus, atau protozoa masuk ke dalam tubuh manusia lalu menyebabkan tindak balas dalam badan. Jika daya tahan badan kita terhadap penyakit adalah lemah, kita akan jatuh sakit. Keadaan ini mungkin membawa maut kepada pesakit jika lewat mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital. Pada umumnya, penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cara-cara yang tertentu. Oleh itu, cara-cara untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Pada pendapat saya, kemajuan perubatan dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit yang semakin berleluasa di negara kita. Kita boleh mendapatkan suntikan atau imunisasi penyakit berjangkit untuk menjamin kesihatan kita. Dengan ini, kita akan lali terhadap penyakit tertentu melalui suntikan imunisasi ini. Sebagai contohnya, suntikan imunisasi seperti suntikan B.C.G. dapat mencegah penyakit tibi. Suntikan imunisasi hepatitis membolehkan kita menjauhi penyakit hepatitis yang disebabkan oleh makanan, khususnya makanan laut yang tercemar. Di samping itu, pencegahan penyakit berjangkit dapat dilakukan dengan pengambilan antibiotik seperti streptomaisin, penisilin, dan kloromaisin. Tambahan lagi, kita wajar menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tindakan ini dapat mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit berjangkit, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Seterusnya, kita mestilah menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk mengelakkan diri daripada diserang wabak penyakit berjangkit. Penyakit kulit seperti kurap dan panau mudah merebak jika seseorang tidak mementingkan kebersihan tubuh badan. Amalan mandi sekurangkurangnya dua kali sehari dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi barang peribadi dengan orang lain seperti tuala dan pakaian dapat mengelakkan penyakit kulit merebak kepada seseorang. Dalam pada itu, kawasan tempat tinggal kita hendaklah sentiasa bersih. Rumah yang bersih dapat mengelakkan penghuninya daripada penyakit deman denggi, chikugunya dan malaria. Di samping itu, senaman yang secukupnya dapat menguatkan daya tahan badan seseorang terhadap penyakit. Kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan kiraan masa sekurang-kurangnya 30 minit pada setiap sesi. Kita harus sedar bahawa kebersihan merupakan cermin diri kita dan tiada yang lebih baik daripada kesihatan. Selanjutnya, wabak penyakit berjangkit dapat dicegah melalui amalan mementingkan kebersihan alam sekitar. Pencemaran sungai yang biasanya berlaku di kawasan setinggan menyebabkan sumber air akan tercemar. Penduduk di kawasan itu pula akan menggunakan sumber air dari sungai yang berhampiran untuk kegunaan harian. Pada masa yang sama, mereka turut membuang sampah secara merata-rata di kawasan setempat dan sungai tersebut. Akibatnya, kes-kes taun mudah berlaku. Persekitaran yang kotor pula akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebagai contohnya, kawasan penternakan khinzir yang kotor mendorong pembiakan virus Nipah. Virus tersebut telah menyebabkan banyak nyawa terkorban pada tahun 1999. Oleh itu, kita haruslah menjadi masyarakat bertanggungjawab melestarikan alam sekitar demi kesejahteraan hidup kita. Wabak penyakit berjangkit juga dapat dihindari melalui amalan pemakanan yang sihat. Aspek utama yang perlu diberikan perhatian ialah kebersihan makanan yang kita makan. Makanan yang bersih dapat mengelakkan pemakannya daripada keracunan makanan dan menghidap penyakit hepatitis. Dalam pada itu, makanan dan air mesti dimasak dan hendaklan sentiasa ditudung untuk mengelakkan kes keracunan makanan. Sebagai contohnya, sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh dengan betul untuk menyingkirkan racun perosak atau bahan-

bahan kimia padanya. Sekiranya makan diluar, pilihlah gerai makan yang terjamin kebersihannya. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana kesihatan lebih berharga daripada segalagalanya. Selain itu, wabak penyakit berjangkit seperti selsema burung, H1N1, dapat dilakukan dengan mengkuarantinkan dan mengasingkan pengidap penyakit tersebut daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain. Sekirannya tindakan ini diambil, pastinya penyakit ini dapat dikawal dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negaranegara lain. Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri pelancongan juga tidak terjejas. Selanjutnya, pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat pengesan haba 'thermoscan' perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga dikuarantin. Kesimpulannya, kesihatan merupakan aset penting bagi setiap insan yang bernafas di bumi Allah ini. Kekayaan tidak dapat membeli kesihatan. Malangnya, kes-kes wabak berjangkit masih berlaku dari semasa ke semasa. Oleh itu, kempen haruslah diadakan untuk menggalakkan amalan hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Kita tidak boleh memandang sebelah mata sahaja terhadap masalah ini kerana penyakit berjangkit boleh mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Mudah-mudahan, kesedaran dan keinsafan akan bersemarak dalam jiwa setiap warga untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat

Pada bulan April 2009, penyakit H1N1 yang juga terkenal sebagai influenza A telah merebak dari Mexico ke seluruh dunia. Sesungguhnya penyakit ini merupakan selesema babi yang lazimnya berjangkit dalam tubuh badan binatang ini. Penyakit ini telah mengalami perubahan genetik sehingga mula menjangkiti badan manusia. Ternyata penyakit ini bukan sahaja menggugat kesihatan manusia sejagat malah menyebabkan banyak nyawa melayang di seluruh dunia. Setakat awal bulan Ogos 2010, sebanyak 11,500 orang penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini dan sebanyak 91 orang telah menemui ajal di negara kita. Penyakit ini telah mengancam sosioekonomi negara kita, terutamanya sektor pelancongan dan perkhidmatan. Sebagai insan yang bertanggungjawab, saya perlu mengetahui cara-cara yang berkesan untuk mencegah penyakit ini. Untuk mencegah penyakit ini, terlebih dahulu saya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang lengkap tentang penyakit ini. Hal ini demikian kerana pengetahuan dan maklumat yang betul dapat membantu saya untuk menjauhi penyakit tersebut, terutamanya informasi tentang punca berlakunya penyakit , simptomnya dan cara-cara untuk mencegahnya. Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sehubungan dengan itu saya akan berusaha memperoleh maklumat tersebut daripada pelbagai wahana, seperti televisyen, Internet, dan Kempen Anti-H1N1 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan kata lain, setiap insan perlu memiliki pengetahuan sebelum bertindak untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini. Amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran merupakan inisiatif yang prioriti kepada setiap individu untuk mencegah penyakit berjangkit, termasuklah wabak H1N1. Rentetan daripada itu, saya perlu sentiasa memastikan fizikal saya sentiasa bersih. Kata orang tua-tua, Kebersihan merupakan satu

keimanan. Saya akan sentiasa mencuci tangan dengan cara yang betul dan menggunakan sabun antibakteria, terutamanya balik dari luar. Selain itu saya akan memastikan persekitaran rumah saya bersih. Dalam konteks ini, saya akan mengadakan gotong-royong di rumah. Setiap anggota keluarga saya akan bekerjasama bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk menjalankan pembersihan, tamsilnya mencuci tandas, mengelap lantai dan meja. Kegiatan sedemikian bukan sahaja dapat mengintimkan silaturahim sekeluarga tetapi juga dapat mencelikkan kesedaran sekeluarga tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Amalan menjaga kebersihan merupakan tindakan berjaga-jaga untuk menghadapi semua jenis penyakit berjangkit. Tindakan menerima suntikan vaksin juga merupakan cara pencegahan yang bijaksana. Kita harus sedar bahawa golongan yang berisiko tinggi harus disuntik vaksin sebagai tindakan berjaga-jaga. Antaranya, golongan yang berisiko tinggi ialah golongan tua, kanak-kanak, berpenyakit asma, ibu yang berbadan dua dan sebagainya. Jika saya sering menghadapi penyakit asma atau sistem pernafasan yang bermasalah, saya harus menerima suntikan vaksin di hospital atau klinik yang berdekatan. Hal ini dapat mencegah saya daripada penyakit H1N1 yang dapat membawa maut kepada hayat saya. Bagaimanapun vaksin yang sedia ada belum lagi menjamin keselamatan yang seratus peratus dan barang kali terdapat kesan sampingan. Di samping itu, saya harus memakai topeng mulut (penutup mulut dan hidung) sebagai tindakan pencegahan. Ketika demam dan batuk, sebagai insan yang bertanggungjawab, saya harus memakai topeng mulut agar tidak menyebarkan bakteria atau wabak kepada keluarga dan rakan saya. Pada masa yang sama, saya perlu sentiasa memakai topeng mulut seandainya ada orang yang sentiasa batuk di sekeliling saya. Ketika berada di tempat tumpuan khalayak ramai, bertopeng mulut adalah amalan yang terbaik untuk menjauhkan diri daripada pelbagai wabak. Sebagai contohnya, setelah dilanda penyakit SARS, penduduk Hong Kong sentiasa bertopeng mulut di tempat awam seperti di MRT dan pasar raya. Hakikatnya mereka berjaya meminimumkan kadar kematian ketika dilanda penyakit Wabak H1N1. Oleh itu, saya juga akan menasihati ahli keluarga dan rakan saya yang sedang demam atau berbatuk supaya memakai topeng mulut sebagai tanggungjawab mereka untuk meminimumkan penyakit ini. Hal ini selaras dengan peribahasa, cegah sebelum parah. Pada masa yang sama, saya perlu senantiasa mengamati simptom influenza A yang mungkin berlaku pada diri sendiri atau orang lain. Simptom wabak ini ialah demam hingga 38 C, batuk, bersin dan berhingus . Jika saya mendapati bahawa saya terdapat simptom tersebut, saya segera mendapat rawatan dari hospital atau klinik yang berdekatan. Selain banyak minum air dan mengambil ubat yang ditetapkan , saya perlu mengkuarantin diri sekurang-kurangnya 7 hari. Jika keluarga saya atau kenalan saya yang baru balik dari negara yang sedang dilanda penyakit tersebut, saya pasti akan memujuknya supaya mengkuarantin diri di rumah beberapa hari untuk berehat walaupun belum dikesan ada simptom tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa wabak dapat disebar secara global kerana sistem penerbangan yang canggih sekarang. Ingatlah seruan Kementerian Kesihatan, pencegahan wabak merupakan tanggungjawab kita bersama. Jika kita semua dapat berjaga-jaga dan sanggup mengkuarantin diri ketika terdapat simptom wabak tersebut, H1N1 tidak akan berleluasa secara drastik. Secara tuntasnya, jika setiap individu dapat memikul tanggungjawab untuk mencegah penyakit H1N1, saya pasti bahawa penyakit ini dapat dibendung sehingga mencapai kadar sifar. Pihak Kementerian Kesihatan dan kabinet kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung terhadap penyakit berjangkit. Tindakan sediakan payung sebelum hujan harus dilakukan oleh para pegawai kesihatan untuk menghadapi sebarang penyakit berjangkit. Segenap lapisan masyarakat juga perlu dididik dan dinasihati supaya mempunyai kesedaran untuk mencegah semua jenis penyakit. Bak cogan kata, Rakyat Sihat, Negara Maju.