Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

TAJUK MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN MODEL BUNKER DAN THORPE

OLEH: SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, 43657 KAJANG, SELANGOR

KELOLAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANGI, SELANGOR

1.0 PENGENALAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu Tunjang 1:Kecergasan, Tunjang 2: Kemahiran, dan Tunjang 3:Kesukanan. Tunjang Kecergasan memfokuskan kepada komponen kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Di dalam tunjang ini, murid perlulah menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Bagi komponen kecergasan berlandaskan perlakuan motor, murid perlu menguasai ilmu konten dan kecekapan kemahiran dalam aspek koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.

Koordinasi ialah keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan dan sentuhan secara serentak untuk menghasilkan pergerakan badan yang tepat, dan ia dapat dilakukan pada masa dan keadaan yang paling sesuai (Mohd Salleh Aman, 2004). Sebagai contohnya dalam menghasilkan pergerakan badan ialah kecekapan koordinasi mata-tangan untuk bola keranjang, koordinasi mata-kaki untuk sukan bola sepak.

Koordinasi merupakan komponen penting dalam ujian kecergasan berasaskan kemahiran. Kecergasan berasaskan kemahiran membolehkan seseorang itu mencapai kecergasan berasaskan kesihatan dengan cara yang lebih seronok (Wee Eng Hoe,1998). Semua komponen dalam ujian kecergasan fizikal tersebut turut dinilai dalam Penilaian Kecergasan Fizikal Berasaskan Sekolah Pusat Perkembangan Kurikulum.

Disiplin Pendidikan Jasmani kaya dengan strategi dan model.Antaranya ialah model taktikal atau Teaching Games for Understanding (TGFU) yang diasaskan oleh Bunker dan Thorpe. Menurut Mandigo (2002), teori dan model ini berupaya

mewujudkan program latihan sukan dan permainan yang mendatangkan kesan positif kepada pemain. Sebenarnya model dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan boleh dimanipulasikan untuk meningkatkan tahap koordinasi murid .

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot kasar atau otot halus.

Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus.Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak

Perkembangan koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak teratur, perlahan dan tidak sukar untuk melakukan sesuatu aktiviti.

3.0 RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini dijalankan kerana murid-murid sering gagal dalam memukul bola dengan tepat.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Melihat keberkesanan model Bunker dan Thorpe untuk meningkatkan koordinasi individu.

4.2 Untuk mengetahui kesukaran yang dialami semasa melakukan latihan berdasarkan model Bunker dan Thorpe.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

5.1 Reka bentuk kajian

5.1.1 PEMERHATIAN

Di dalam kajian ini, saya akan menjalankan pemerhatian berstruktur dengan memerhatikan pergerakan motor kasar serta koordinasi responden semasa melakukan ujian serta latih tubi. Selain itu, aspek tingkah laku, pola bermain, emosi, komunikasi serta interaksi sosial akan diperhatikan dan dicatat samada berlakunya peningkatan ataupun tidak.

5.1.2 UJIAN PRA DAN POS Ujian pra dan pos telah digunakan di dalam kajian ini. Ini bertujuan bagi memudahkan saya untuk membuat analisis hasil dapatan yang diperolehi. Ujian pra bertujuan untuk mendapatkan data bagi menguji tahap koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid. Manakala Ujian pos pula bertujuan untuk melihat hasil tahap prestasi koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid samada meningkat ataupun tidak selepas menjalani intervensi menggunakan model Bhunker dan Thorpe.

5.2 Sasaran kajian

kajian ini dijalankan ke atas murid tahun 4 di sebuah sekolah. Seramai 30 orang murid telah dipilih sebagai subjek kajian. Di samping itu juga, subjek ini dipilih setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua sekolah, pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga terlebih dahulu

5.3 Instrumen kajian

Di dalam kajian ini, kajian telah dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa pertama,kedua dan ketiga.

Fasa pertama : Ujian Pra Di dalam fasa ini, saya akan menjalankan ujian pra ke atas murid murid bagi menguji tahap motor kasar serta koordinasi mereka. Ujian Test Of Gross Motor Development digunakan , dimana saya telah menggunakan sub ujian yang kedua, item bernombor lapan daripada dua belas item iaitu kemahiran mengawal objek, dari segi kemahiran murid memukul bola. Pemerhatian terhadap tingkah laku murid direkodkan dengan menggunakan borang skor. Saya akan membaling bola paras pinggang dengan hantaran yang perlahan kepada murid. Seterusnya, murid dikehendaki memukul bola dengan kuat. Bola yang dipukul di antara paras pinggang dan bahu sahaja yang diambil kira. Masa yang diperuntukkan bagi setiap murid ialah 15-20 minit bagi setiap percubaan.

Fasa kedua : Intervensi

Di dalam fasa ini, saya telah mengaplikasikan permainan Playing for life yang menggunakan model Bunkher & Thorpe dalam memberi rawatan kepada murid yang bermasalah ini. Intervensi ini telah dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama dan kedua.Peringkat pertama : saya telah menjalankan

permainan badminton mini di mana kemahiran motor kasar dan koordinasi banyak digunakan dalam permainan ini. Intervensi Penerangan serta demonstrasi cara permainan telah ditunjukkan terlebih dahulu kepada murid. Permainan ini menekankan koordinasi mata dan tangan dalam kemahiran motor kasar murid semasa semasa memukul bola ke dinding.

Jarak daripada garisan permulaan sehingga garisan memukul adalah sejauh 3 meter pada sesi latihan yang pertama. Pada sesi latihan yang kedua ditambah kepada 4 meter, dan seterusnya meningkat kepada 5 meter. Jarak sebanyak 6 meter telah ditambah pada latihan akhir intervensi pertama.

Latihan ini telah diadakan pada satu sesi sahaja iaitu sesi pagi selama dua minggu. Masa yang diperuntukkan setiap murid bagi setiap sesi adalah 10 hingga 15 minit. Peringkat kedua : peringkat ansur maju diaplikasikan dalam intervensi ini. Saya menjalankan latihan permainan Rounders kepada murid. Penerangan serta demonstrasi telah dijalankan terlebih dahulu agar murid-murid memahami prosedur permainan ini dilaksanakan.

Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A (lelaki) dan B (perempuan). Kumpulan A akan membaling bola terlebih dahulu kepada kumpulan B. Kumpulan B dikehendaki memukul bola dan seterusnya lari mengelilingi bulatan. Murid menjalankan permainan ini secara bergilir-gilir. Latih tubi ini dilaksanakan selama 2 minggu dengan peruntukan masa selama 45 minit bagi setiap sesi.

Fasa ketiga : Ujian Pos

Ujian Pos pula dijalankan bertujuan menilai dan melihat prestasi koordinasi dalam kemahiran motor kasar murid sama ada meningkat ataupun tidak setelah menjalani sesiintervensi selama 4 minggu. Ini penting bagi menguji keberkesanan intervensi badminton mini dan Rounders yang menggunakan model Bunker &

thorpe yang telah dilaksanakan ke atas murid-murid. Pemerhatian berstruktur juga dijalankan terhadap murid bagi melihat perubahan tingkahlaku dan membolehkan saya membuat perbandingan prestasi sebelum, semasa dan selepas intervensi dilaksanakan. Setiap murid diberikan dua percubaan dan masa selama 15 hingga 20 minit bagi setiap percubaan. 6.0 KESIMPULAN Melalui kajian ini, diharapkan murid akan dapat meningkatkan koordinasi mereka dan seterusnya kajian ini dapat digunakan untuk rujukan.

Anda mungkin juga menyukai