Anda di halaman 1dari 17

Abjad A Ada asap, ada api: Tidak boleh dipisahkan ada sebab maka ada juga puncanya.

Ada gula, adalah semut: Tempat yang menjanjikan rezeki akan dikerumuni. Ada udang di sebalik batu: Mempunyai tujuan tersembunyi. Alah bisa, tegal biasa: Kerana sudah biasa maka tidak terasa susahnya. Alang leher, minta disembelih: Seolah-olah mengharapkan bencana/kesusahan. Alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan: Membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai kerja tersebut. Ambil pati, buang hampas: Ambil yang baik sahaja. Api kecil baik dipadamkan: Sesuatu yang buruk lebih baik diatasi pada peringkat awalan sebelum ianya menjadi lebih buruk lagi. Api tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar jadi lawan: Perkara yang baik boleh mendatangkan keburukan apabila terlalu banyak. Aral melintang: Halangan yang tiba menjelma. Asam garam kehidupan:

Pengalaman hidup manusia. Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan Air muka Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri Air seni Hasil kerja seni (ada juga kegunaan lain tapi cari sendiri lah) Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas Akar umbi Akar tunjang Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

Ambil langkah Mulai hendak berjalan Mulai bertindak Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka) Ayam tambatan Orang harapan Abjad B Badan cergas, otak cerdas: Badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya. Bagai aur dengan tebing: Saling bantu membantu. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: Sesuatu yang wujud dengan banyak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya: Lazimnya perangai yang muda akan mencontohi (mengikuti) yang lebih tua darinya. Bangkit hatinya: Menimbulkan keberanian dirinya. Bapa borek, anak rintik: Perangai anaknya mengikut perangai bapanya. (Namun berhati-hati dalam penggunaan peribahasa ini). Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian: Kesenangan akan tiba selepas kita telah bersusah payah mencari kejayaan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul: Hanya orang yang mengalami sesuatu keadaan sahaja akan benar-benar mengetahui (kesusahan) mengenainya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: Berat kerja sama-sama diharungi dan kemudiannya kesenanangan pula akan sama-sama dikecapi.

Berganding bahu: Bekerjasama (tolong menolong). Berpeluk tubuh: Tidak mahu memberikan pertolongan, hanya tunggu dan lihat sahaja. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh: (Perlu saya bagi penerangan pada anda semua?) Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi: Untuk menjayakan sesuatu, kedua belah pihak perlu bersepakat dan bersama bertanggungjawab (kegunaan untuk ayat positif dan juga yang negatif). Bidan terjun: Orang yang menggantikan tugas orang lain, selalunya untuk jangkamasa yang tidak tetap dan dilakukan dengan cara yang agak kucar-kacir. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali: Buat baik biarlah pada tempat yang betul dan dengan cara yang betul, buat jahat jauhkan sama sekali dalam kehidupan ini. Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari: Kebenaran yang nyata akan dapat dilihat/dinilai oleh semua. Bukan calang-calang: Bukan sebarangan/susah untuk ditandingi. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat: Kata sepakat akan membawa berkat. Buta huruf: Orang yang tidak tahu membaca dan menulis (jika anda terjumpa seseorang begini, bantulah mereka sedaya-upaya anda agar mereka juga mampu membaca).

Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bagai aur dengan tebing Bagai ayam disambat helang Bagai bulan dipagar bintang Bagai kaca terhempas ke batu Bagai kacang lupakan kulit Bagai minyak dengan air Bagai murai dicabut ekor Bagai cincin dengan permata Bagai menatang minyak yang penuh Baik sangka Banyak makan garam

Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa Wajah perempuan yang cantik Sangat sedih Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu Orang yang suka bercakap banyak Sama padan, cocok benar Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna Rasa muhibah, berniat baik Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan Belut kena ranjau Beradu nasib Beradu tenaga

Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu Orang yang cerdik kena tipu Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

Bertanding untuk menentukan siapa kuat Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Baik buruk sama-sama dipikul Berat tulang Malas Berbalik hati Berubah hati Berdiri sama tegak, duduk sama rendah Sama taraf atau sejajar antara dua pihak Beri jalan Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus Bermurah hati

Suka memberi, tidak kedekut Pengasih dan penyayang Berpeluk tubuh Malas berusaha Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja Bertikam lidah Besar hati Besar pasak daripada tiang Biar mati anak, jangan mati adat Bidan terjun Buah fikiran Bertengkar Bangga, gembira Besar belanja daripada pendapatan Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba Pendapat

Abjad C Calang orang: Bukan sebarangan, handal, hebat (macam Negarawan Tun Dr. Mahathir!) Ceruk Rantau: Seluruh kawasan, merata daerah. Conteng arang di muka: Memalukan diri sendiri.

Cacing kepanasan: Tak boleh duduk diam dalam kelas! Cacing! Cahaya mata Cakap besar Campur tangan Carik-carik bulu ayam, lamalama bercantum juga Celik computer Anak Kekasih, buah hati Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan Arif, mahir atau tahu tentang computer

Abjad D Dalam tangan: Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi Dapat sama laba, cicir sama rugi : Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama Darah daging: Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah Darah panas: Pemarah, lekas marah Darah seni: Bakat semula jadi dalam bidang seni Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat: Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan: Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung: Mematuhi peraturan di tempat yang didiami Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari: Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan Durian rintuh: Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Abjad E Enggang lalu ranting patah: Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah Genggam bara biar sampai jadi arang: Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Abjad G Goyang kaki: Bersenang-senang Gunting makan di hujung: Mencapai sesuatu dengan diam-diam Abjad H Habis madu sepah dibuang: Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan Hancur hati:

Sedih, putus asa Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama: Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati. Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah: Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit Hati kecil: Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih: Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya (Nota: pepatah ini berasal dari pedagang Arab "Hendak seribu daya, seribu ikhtiar, seribu doa"). Hidup segan mati tak mahu: Orang yang hidup melarat Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri: Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

Abjad I Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung: Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan Ibarat melukut di tepi gantang: Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain Ilmu itu pelita hati: Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

Abjad J Jantung hati: Orang yang dikasihi Jauhari juga mengenal manikam: Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara Jauh berjalan luas pandangan: Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya Jinak-jinak merpati: Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak

Abjad K Kacang hantu: Orang jahat Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang: Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan) Kaki joli: Orang yang suka berfoya-foya Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya: Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga: Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya: Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai: Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang: Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni: Bekerjasama melakukan sesuatu Kecil hati: Berasa tersinggung Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa: Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan: Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan Keras lidah: Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul Abjad L Lain lubuk lain ikannya: Lain negeri lain orangnya Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan: Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak Lidah tidak bertulang: Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya Lupa daratan:

Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan Lintah darat: Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Abjad M Makan angin: Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut: Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak: Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling Mata hati: Perasaan hati Mati kutu: Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea Membaca jambatan ilmu: Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan Membanting tulang: Bekerja keras Membuka pekung di dada: Mendedahkan keburukan diri sendiri Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki: Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh: Mencari keuntungan sementara ada kekacauan Mencolok mata: Menyakitkan pandangan Mencari jalan: Mencari ikhtiar, usaha dan idea Mengangkat bendera putih: Menyerah kalah Menunggu buah yang tak gugur: Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Abjad N Nafas baru: Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru Naik darah: Menjadi marah Nasi sudah menjadi bubur: Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

Abjad O Orang mengantuk disorongkan bantal: Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Otak batu: Bodoh Otak cair: Pandai

Abjad P Padang jarak padang tekukur: Padang atau tanah luas yang kosong Panas baran: Cepat marah, sangat pemarah Pandai makan pandailah simpan: Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara: Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan Perang dingin: Bergaduh dengan tidak bercakap Pijak semut tak mati: Perihal seorang yang baik lagi teratur Pilih kasih: Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain Pucuk dicita ulam mendatang: Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Abjad R Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang: Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi Ringan mulut: Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap Ringan tulang: Rajin bekerja, tangkas Ringan tulang berat perut: Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah: Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Abjad S Sambil menyelam minum air: Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan: Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong Sediakan payung sebelum hujan: Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik Seperti api dalam sekam: Sesuatu yang berlaku diam-diam Seperti aur dengan tebing:

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing: Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja Seperti kera sumbang: Orang yang takut mencampuri orang ramai

Abjad T Tajam akal: Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik Sudah terhantuk baru terngadah: Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas: Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah Tangan kosong: Tidak membawa apa-apa Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia: Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara Tangkai jering: Kedekut Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan: Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan Tulang belakang: Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Abjad U Ukur baju dibadan sendiri: Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita Umpama biawak bercabang lidah: Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya Umpama lebah membuang sengat: Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang

Abjad Y Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang: Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran: Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis

Anda mungkin juga menyukai