Anda di halaman 1dari 10

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Albinus Arbut Oh Kar Wai PISMP TESL 1

PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

Apabila membincangkan tentang Tamadun Islam perkara yang penting ialah memberi pengertian tentang makna Tamadun, makna Islam dan makna Tamadun Islam dari segi bahasa dan juga dari sudut istilah.

BAHASA
Dari sudut bahasa, Tamadun ertinya kemajuan atau civilization. Perkataan tamaddun adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti tamadun ini seperti umran, hadharah dan madaniah.

ISTILAH

Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan kebendaan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam.

ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

AKIDAH Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.

SYARIAH Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturanperaturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah AKHLAK Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.

AGEN PELENGKAP TAMADUN ISLAM


ILMU PENGETAHUAN
Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat perkataan Iqra ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan

KEKUATAN MATERIAL Nilai kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana Alquran Sunnah menekankan ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali ( harta ) dan lain-lain. Kekuatan material dapat membantu dalam pembangunan sains dan teknologi seperti penyediaan teknologi persenjataan untuk mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam

CIRI- CIRI TAMADUN ISLAM 1. Penggunaan tulisan. Membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat. 2. Kemunculan kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain. 3. Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan mealahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudnya suatu bentuk ekonomi bandar. 4. Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana , masjid-masjid dan monumenmonumen penting yang lain. 5. Kewujudan negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.

TAMADUN MESTILAH MENGIKUT MAQASID AL-SYARIAH Memelihara agama Islam Menjaga nyawa Memelihara kewarasan akal Menjaga maruah dan keturunan manusia Melindungi harta benda manusia

Anda mungkin juga menyukai