Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 15: EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Ejaan Fonemik & Etimologi Transliterasi dan Transkripsi Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing Gugus Konsonan

fonemik
ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu berdasarkan prinsip fonemik, iaitu "sebut sebagaimana yang dieja, eja sebagaimana yang disebut, dan tiada huruf yang disenyapkan".

Prinsip fonemik ini jugalah yang menjadi asas bahasa baku yang pernah dipertikaikan oleh kalangan yang tidak sudi merujuk pakar bahasa. Kini, bahasa baku hanya dikhususkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, sedangkan mata pelajaran lain menggunakan bahasa standard berasaskan sebutan Melayu Johor-Riau. Fonem merujuk kepada sebutan setiap aksara, sama ada vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan. Apa masalahnya untuk menyebut "ada", bukan "ade"?

Pernahkah anda menyebut ande (untuk anda), bece (untuk beca), bole (untuk bola), pole (untuk pola), tuale (untuk tuala), dan wanite (untuk wanita). Jadi, apa masalahnya? Tambahan pula, penyanyi Malaysia dan Indonesia biasanya mematuhi prinsip fonemik dalam sebutan lirik lagu. Terdapat juga segelintir orang yang sinis terhadap bahasa tentang beza sebutan bau dengan kerbau. Begitu juga kata mereka, mengapa dia disebut sebagai diya, dan buaya disebut sebagai buwaya? Mengapa bilik disebut sebagai bilek?

Dalam semua hukum dan peraturan semestinya terdapat beberapa pengecualian, termasuklah prinsip fonemik. Antara lain ialah: 1. gelunsuran y dan w sepertimana dalam sebutan dia, bau dan buaya; 2. elemen diftong (gabungan vokal) "au" dalam sebutan kerbau, "ai" (balai), "oi" (berbaloi), "ui" (kelui), dan lain-lain; 3. elemen digraf (gabungan konsonan) "kh" (khas, akhir, tarikh), "ng" (ngaum, bengang, menang), "ny" (nyiru, tanya), "sy" (syurga, kusyuk, skuasy), "gh" (ghazal, baligh), dan lain-lain. 4. penyengauan (sebutan sengau untuk m, n, y, ng,ny): maya, menang, nganga, nyonya.

Selain itu, terdapat prinsip hentian glotis (glotal stop) yang membawa implikasi bahawa perlunya kesederhanaan dalam sebutan. Bunyi konsonan r dalam perkataan ular perlu dizahirkan dengan jelas, supaya tidak kedengaran seperti ula. Namun, tidak pula perlu dilebih-lebihkan dengan menggetarkan sebutan r secara keterlaluan sehingga berbunyi ularrrrrrrr.. Demikian juga perkataan seperti itik, bilik, cilik, dan licik boleh disederhanakan sedikit supaya lebih dekat dengan sebutan penutur jati bahasa Melayu tempatan sekian lama (seperti dalam kajian sosiolinguistik).

EJAAN ETIMOLOGI
Jika terdapat kekeliruan seperti dalam hal sepasang istilah yang sama sebutan dan sama ejaan, maka perbezaan bolehlah dibuat dengan mengekalkan ejaan diikuti dengan sedikit penyesuaian yang diperlukan kepada salah satu istilah itu. contohya, bagi media massa, kedua-dua s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa.

EJAAN TRANSLITERASI
Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISOR233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab: bismillahirrahmanirrahim.

EJAAN TRANSKRIPSI
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang berkaitan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. contohnya: bureau - biro police - polis ambulance - ambulans

EJAAN NAMA
Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin,tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic, Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung.

PENYESUAIAN EJAAN
Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa, seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain. istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar: Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, kelab; tidak diubah.

Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber. Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Penyesuaian ejaan istilah baru itu dilakukan menurut kaedah berikut:

Gugus Konsonan
Gugus konsonan yang dimiliki bahasa Melayu adalah khusus bagi menulis kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Ada satu pola umum gugus konsonan iaitu gugus dua konsonan yang boleh berlaku pada awal, tengah atau akhir kata.

Gugus konsonan pada posisi awal suku kata atau awal kata adalah seperti berikut: dr- drama, draf, drumlin fr- (Ig : fr-) fragmen, infra, frekuensi gl- glotis, flukos, gliserin pr-(Ig: pr-) proses, ekspres, premium, prasejarah

Gugus konsonan pada posisi akhir kata yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu dipertahankan dengan alasan etimologi, kemudahan mempelajari 35 bahasa dan keseragaman bentuk. Kaedah yang dipersetujui dalam menentukan penerimaan bentuk gugus konsonan pada posisi akhir kata adalah sebagai berikut:

Menerima gugus konsonan likuida l atau r yang diikuti konsonan b, d, f, m, n, s, t, konsonan n dengan k atau s, dan k dengan s. -rd - standard -rf - (Ig. -rph) alomorf, geomorf, zigomorf -rm - kloroform

Menambah huruf vokal a di akhir kata/istilah yang ditutupi gugus konsonan berikut: -sm+ sitoplasma, -sp kuspa -tm (Ig : -thm) logaritma

+ Gugus -sm dalam -ism yang membawa pengertian kata nama abstrak mengenai aksi, cara, keadaan, tabiat, doktrin atau teori ditambah dengan e pepet, menjadi -isme. Misalnya: heroism - heroisme socialism - sosialisme materialism - materialisme

Menanggalkan konsonan terakhir daripada gugus konsonan yang berikut: -kst (Ig : -xt) teks, konteks -pt - konsep -kt (Ig : -ct) projek, objek (kecuali: akta,fakta)

Mengekalkan pengejaan konsonan serta cara penyesuaiannya yang sudah terlanjur menjadi lazim. Misalnya: -lm dalam filem -rd dalam kadbod, rekod, kad -rn dalam moden