Anda di halaman 1dari 30

KOMPOTENSI KENDIRI

Teori motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik ialah motivasi yang terbatin dan merupakan penggerak kepada perlakuan untuk kepentingan sendiri atau untuk memperolehi ganjaran bagi diri sendiri

Teori motivasi ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik merujuk kepada konsep yang berkait dengan peneguhan. Suatu proses apabila rangsangan atau peristiwa luar yang disebabkan oleh tindak balas itu meningkat Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya

Teori motivasi keperluan maslow Abraham Maslow (1943;1970) mengatakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki keperluan asas yang dapat dijelaskan dalam bentuk piramid yang bermula daripada petingkat yang paling rendah sehingga yang paling tinggi

Keperluan fisiologi : keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup Keperluan keselamatan : bagi menjamin kesejahteraan hidup Keperluan kasih sayang : hubungan dengan insan yang lain Keperluan penghargaan kendiri : manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup Keperluan kesempurnaan kendiri : usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri

KOMPOTENSI SOSIAL Kompotensi sosial bermaksud bagaimana individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain Kesedaran sosial a) Membangun individu lain

kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan b) Kesedaran organisasi

keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan semasa c) Berorientasi perkhidmatan

boleh menjangka, mengenal pasti dan memenuhi keperluan individu d) Empati

sedar akan perasaan dan keperluan orang lain dan mengambil berat e) Melayani kepelbagaian

membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia Kemahiran sosial a) Pengaruh

menggunakan pelbagai teknik untuk memujuk b) Pemangkin perubahan

memulakan hala tuju serta mengurus dan memimpin perubahan c) Komunikasi- menyampaikan maklumat yang jelas dan meyakinkan d) Kepimpinan berinspirasi- memandu dan mendorong desakan visi

ISU INDIVIDU

INKLUSIF

Lyin Gow (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak ketiadakeupayaan belajar bersama-sama rakan sebaya dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka

Stainback & Stainback (1990) menyatakan bahawa inklusif merupakan program menempatkan kanak-kanak ke dalam bilik darjah sebagaimana kawan yang tidak mempunyai kecacatan

Rasional inklusif

Memberi peluang untuk berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain Memberi peluang untuk kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya

Ciri-ciri pelajar yang diinklusifkan

Mempunyai kemahiran 3M Tiada masalah tingkah laku Boleh mengikut arahan Boleh berkomunikasi

Jenis-jenis inklusif a) Inklusif penuh

mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid biasa senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan guru pendidikan khas sekiranya ada masalah dari segi pembelajaran atau tingkah laku

pelajar pendidikan khas tahun 6 boleh mengambil peperiksaan b) Inklusif separuh

mengikuti pembelajaran kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja

senarai nama murid pada daftar program pendidikan khas guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa

Kebaikan pendidikan inklusif Wujud hubungan interaksi yang baik Mengurangkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel Mengurangkan stigma terhadap pelajar berkeperluan khas

Kelemahan pendidikan inklusif

Berlaku pengasingan daripada kanak-kanak biasa Guru biasa mengalami bebanan dan tanggungjawab yang lebih INTERGRASI

Intergrasi ialah program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.

Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.

Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan

Objektif pendidikan khas intergrasi menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid pendidikan khas menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PENYESUAIAN

Definisi Perbezaan individu didefinisikan sebagai ketidaksamaan individu dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial

Murid pk vs murid normal

Fizikal dan kesihatan Emosi dan sosial Kesediaan belajar Pengamatan

Aspek perbezaan

Jantina Fizikal Personaliti Kesihatan Gaya belajar

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGAJARAN KUMPULAN

Konsep

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar

Tujuan

Murid dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka

Prinsip pengajaran kumpulan

Pelajar bergerak bebas dan berbincang Alat dan bahan disediakan Perhatian guru penting Ahli kumpulan tidak semestinya tetap Melantik ketua kumpulan Arahan guru mestilah jelas

Kaedah pengajaran kumpulan

Persembahan Rumusan Sumbang saran Main peranan Simulasi Teknik jigsaw

Kebaikan pengajaran kumpulan

Meningkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran Pelajar yang lemah akan dibimbing dan pelajar cerdas akan terus maju Memperkembangkan kemahiran komunikasi Memupuk semangat positif seperti tolak ansur dan kerjasama

Kelemahan pengajaran kumpulan

Menimbulkan perasaan rendah diri Memerlukan penglibatan aktif murid Guru yang tidak cekap akan mengalami masalah kekangan masa

PENGAJARAN INDIVIDU

Definisi

Turut dikenali sebagai self-direct, independent atau autonomous learning (Fry, 2003) Menekankan sistem pembelajaran yang fleksibel yang mengambil kira perbezaan individu dan gaya pembelajaran individu

Murid banyak bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pembelajaran mereka dan mempunyai motivasi yang tinggi

Kaedah pembelajaran individu

Pengajaran kendiri melalui bahan media Pembelajaran berasaskan komputer dan multimedia Tugasan atau projek individu

Kekuatan pengajaran individu

Mempunyai penyataan objektif pembelajaran yang jelas untuk dicapai Melibatkan penglibatan aktif murid dalam memberi respon kepada bahan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk mendapat perhatian yang diperlukan Hubungan guru dan murid erat kerana berlakunya maklum balas

Kelemahan pengajaran individu

Memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi daripada murid Masalah logistik kerana perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran

Selamat Datang ke DiaNurna Belog

POSTED BY NURNA AT 16:49

0 COMMENTS EMAIL THISBLOGTHIS!SHARE TO TWITTERSHARE TO FACEBOOK LABELS: ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS PENGURUSAN KELAS KHAS MODEL PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS

MODEL HEWETT

Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :

Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra

Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui

Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik

Kebaikan model :

Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber

Kelemahan model :

Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada pengawasan

MODEL MONTESSORI

Pengenalan

Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu

Prinsip-prinsip

Menghormati kanak-kanak dan hak mereka Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri

Konsep asas dalam kurikulum

Minda yang mudah menyerap Persekitaran yang tersedia Didikan diri Bahan pembelajaran

STESEN

Definisi

Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid

Rasional

Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan berfokus Disiplin murid senang dikawal

Matlamat

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan

Objektif

Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran Murid lebih berminat untuk belajar Murid belajar dalam suasana kondusif

Bilangan stesen

Sebanyak 14 buah stesen kemahiran mengikut komponen mata pelajaran berasaskan 4 bidang di dalam kurikulum pendidikan khas

Implikasi

Pengubahsuaian ruang fizikal Keperluan peralatan fizikal RPI disimpan di stesen

KIOSK

Merupakan pendekatan dimana pelbagai bahagian sudut dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent

Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu

Diasaskan oleh Howard Gardner Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu

Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat

Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan

Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka

Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai dimana sati kelas boleh membina 8 kiosk.

MODEL PENGAJARAN KUMPULAN

PENGAJARAN KOPERATIF

Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawb tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan Hasil secara kumpulan

Guru berperanan sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif

PENGAJARAN KOLABORATIF

Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu stratei yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari

Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid Berasaskan kepada idea bahawa pembelajran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual Hasil secara individu Tidak memerlukan pemantauan guru

KHIDMAT GURU PENDAMPING

Definisi

Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid

Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang dihadapi oleh murid

Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu

Peranan guru pendamping

Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincngan Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas Menjalankan program yang berpusatkan murid

Kepentingan guru pendamping

Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah murid-murid yang telah diinklusifkan.

Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri

PENGENALAN Profesionalisme ialah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional

Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987)

1. KEPERLUAN GURU

a) KELAYAKAN GURU

Kelulusan ikhtisas guru pendidikan khas :

Ikhtisas = pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam Sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-murid Mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap

Jenis kelulusan atau kelayakan :

Diploma khas pendidikan / pemulihan khas (KDP) sijil perguruan khas pendidikan pemulihan khas (KSPK) - setahun

Sijil kursus dalam cuti (KDC) pemulihan / pendidikan khas - 6 bulan Sijil kursus dalam perkhidmatan (KDP) pemulihan / pendidikan khas - 14 minggu Ijazah sarjana muda pendidikan khas - maktb

Kepentingan kelayakan guru :

Memberi maklumat mengenali murid-murid PK Mendapat maklumat cara penilaian dan penapisan murid PK Menyatakan hak-hak murid PK dalam pendidikan

Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani muri PK

b) MOTIVASI GURU

Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang

Motivari instrinsik adalah motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu

Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita membuat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran

Peranan guru dalam memotivasikan murid :

ganjaran ambil berat penuhi keperluan pelajar terima pelajar seadanya berikan kata perangsang

Kesan motivasi :

menggalakkan semangat persaingan menarik perhatian pelajar dapat menimbulkan perasaan ingin tahu menghasilkan pembelajaran yang bermakna

c) KETERAMPILAN GURU

Keterampilan boleh didefinisikan sebagai kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikolotor dan penggunaan sumber yang berkesan (Ahmad, 1997 ; Zamri, 2007)

Dalam konteks pendidikan khas keterampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas

Keterampilan guru pendidikan khas :

menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik memiliki pengalaman, bermotivasi tinggi dan kreatif mempunyai kemahiran dan teknik pengajaran yang baik mempunyai tahap kesabaran yang tinggi

d) LATIHAN GURU ASAS

Objektif latihan adalah untuk membentuk keupayaan ahli-ahlinya.

Latihan dalam sistem pendidikan merupakan kesediaan untuk mempelajari tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru.

Program mengenalpasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang diceburi

Program yang terlibat :

Kursus diploma perguruan malaysia (KDP) Program bacelor pendidikan Kursus perguruan lepasan diploma (KPLD) Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)

Kursus diploma perguruan khas (KDPK) Program khas pengsiswazahan guru (PKPG)

Contoh latihan asas guru :

amali pengalaman berasaskan sekolah latihan mengajar

Tujuan guru asas PK :

memberi pengalaman yang baik mengenal pasti masalah murid-murid menggunakan pelbagai pendedahan untuk menangani masalah murid

Isu latihan guru asas :

ramai yang menganggap tanpa latihan guru asas seseorang mampu menjadi guru dan mengajar murid-murid

infrastruktur dan kemudahan tempat guru menerima latihan guru asas guru biasa mengajar di kelas pendidikan khas tanpa latihan asas

sistem pemilihan calon guru

2) PENINGKATAN PROFESIONALISME

Objektif :

meningkatkan profesionalisme guru inovasi terkini dalam pendidikan memartabatkan profesion pendidikan mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan

Kursus dalam perkhidmatan

Menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah

Program ini bermatlamat kepada peningkatan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan global

Kursus yang ditawarkan termasuk program ijazah dan pasca ijazah

Jenis kursus yang ditawarkan

Kursus pendek kelolaan institut pendidikan guru malaysia (KPKI) Kursus khas pensarjanaan pensyarah Program pembangunan jurulatih malaysia Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu Kursus sijik perguruan khas (KSPK) satu tahun

3) SOKONGAN PENGURUSAN SEKOLAH

Kerjasama :

guru besar tidak memahami konsep pendidikan khas guru aliran perdana tidak mengiktiraf pendidikan khas pihak sekolah hanya meletakkan program pendidikan khas dipinggiran pihak pejabat tidak memberi kerjasama dari segi keperluan kewangan dan kebenaran untuk aktiviti luar

Kenaikan pangkat

Penghargaan dan pengiktirafan :

guru besar jarang mencalonkan guru PKsebagai guru cemerlang guru aliran perdana cemburu dengan elaun PK guru PK dianggap tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap sekolah

Kebajikan :

guru PK dikatakan mempunyai peruntukan sendiri dan sukar mendapat bantuan BBM dan sebagainya

senioriti antara guru aliran perdana dan pendidikan khas guru PK sudah mendapat elaun khas

PELEBELAN

Definisi Pelebelan Pelebelan didefinisikan sebagai mengecap seseorang mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelebelan juga boleh dianggap sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap esuatu perkara.

Kesan Positif Pelebelan Kepada Murid

Masalah murid-murid lebih difahami Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU dan kemudahan Pnp yang dilaksanakan oleh guru berfokus terus kepada kemahiran asas untuk berdikari Membolehkan perkihdmatan khusus diberi kepada kanak-kanak untuk mengikut keperluannya contohnya seperti rawatan

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Murid

Mewujudkan sifat pemalu yang tinggi Murid sering diketepikan dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah Timbulnya pelbagai istilah negatif bukan sahaja menyebabkan murid patah hati untuk belajat tetapi menjurus kepada masalah disiplin

Kesan Positif Pelebelan Kepada Guru

Memudahkan guru membuat rancangan pengajaran individu Mengukur tahap murid berdasarkan ujian-ujian yang dilaksanakan Pelebelan dapat membantu dalam mengenal pasti faktor yang membawa kepada kecacatan atau masalah

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Guru

Guru pendidikan khas disama tarafkan dengan murid Menimbulkan persepsi negatif guru aliran perdana terhadap guru pendidikan khas Dikatakan tidak mahu bercampur gaul dengan guru perdana Dipandang sebagai golongan kelas kedua

Kesan Positif Pelebelan Kepada Ibu bapa

Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak

Mendapat kemudahan bantuan daripada kerajaan dan NGO

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Ibu bapa

Tekanan psikologi dan rasa rendah diri Tidak dapat menerima persepsi masyarakat terhadap anak-anak mereka Mereka dilihat sebagai liabiliti bukannya sebagai aset

PENGASINGAN

Definisi Pengasingan

Pengasingan juga dikenali sebagai segregrasi Segregrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Kesan Positif Kepada Murid

Mendapat tumpuan yang lebih Kemudahan infrastruktur yang lengkap Kurang masalah disiplin berlaku Kesan pembelajaran lebih baik

Kesan Negatif Kepada Murid

Peluang interaksi yang kurang dengan pelajar normal Masalah penyesuaian diri dalam masyarakat Kurang mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa Meningkatkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel ke atas pelajar berkeperluan khas

Sokongan Dan Kerjasama a) Kerajaan

Peruntukan kewangan yang terus dari kerajaan Pengurusan kewangan Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yang memudahkan pengetua membuat perancangan tentang pembangunan akademik, kokurikulum dan pengirisan sekolah

b) Kerjasama pelbagai disiplin

Guru Pegawai Perubatan Ahli terapi Ahli psikologi

Masalah Pembelajaran Sebagai 1 Kontinum

a) Kontinum = kelompok b) Lokasi

kedudukan bangunan / kelas yang terasing Masalah ruang yang terhad

c) Sosial

pergaulan yang terhad dengan warga sekolah kurang penglibatan dalam aktiviti sekolah

d) Kurangnya sokongan pihak pentadbir

layanan sebagai golongan kelas kedua kurangnya peruntukan kewangan sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaan awam

INTEGRASI

Definisi Integrasi

Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa Integrasi juga didefinisikan sebagai menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa

Masalah Normalisasi

kurang peluang dalam penglibatan kokurikulum memerlukan latihan yang khusus untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan kurang penyesuaian terhadap murid-murid biasa

Masalah Disiplin

pergaduhan dengan pelajar normal berkeliaran semasa PnP terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal kurang berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru

Pemilihan Kelas

berdasarkan kecacatan berdasarkan IQ