Anda di halaman 1dari 14

ABSTRAK Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berterusan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,maka

pelbagai peraturan dan kewajaran digariskan bagi membimbing murid menjadi insan yang berguna. Dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani di titik beratkan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Maka dengan ini peraturan sedia ada dan yang baru diwujudkan adalah tidak lain dan tidak bukan bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Negara supaya dapat melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap diri mereka serta masyarakat pada amnya. Nilai-nilai yang positif ini jika diterapkan dan diasuh dari sejak kecil, maka tidak hairanlah sedikit sebanyak dapat membendung segala masalah dan gejala yang tidak sihat di kalangan masyarakat pada masa kini dan masa hadapan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dolaksanakan bagi membantu murid-murid supaya menjadi rakyat yang berguna, bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain serta berdisiplin. Diharap ia dapat membantu mereka menjadi insan yang seimbang dari segala aspek dan dapat menjadi pemimpin yang disegani pada masa akan datang.

1.0 REFLEKSI LALU Berdasarkan pengalaman lalu, saya dapati bahawa murid-murid amat sukar untuk membezakan antara Gerhana Bulan dan Matahari. Disamping itu murid masih lagi keliru tentang waktu berlakunya Gerhana Bulan dan Matahari. Murid juga tidak dapat mengenalpasti kedudukan bumi, bulan dan matahari semasa kejadian Gerhana Bulan dan Matahari. Berdasarkan tinjuan melalui penerangan dan sistem peperiksaan, kebanyakkan murid masih lagi kurang memahami konsep Gerhana Bulan dan Matahari terutamanya semasa menjawab soalan bahagian B. Murid masih lagi tidak mengetahui dan memahami waktu, kedudukan yang sebenar ketika kejadian Gerhana Bulan dan Matahari

2.0 PERNYATAAN MASALAH Hasil dari pemerhatian dan pemantauan yang dijalankan, mendapati bahawa hampir semua murid suka untuk berada di luar kelas dari berada di dalam kelas. Antara masalah yang timbul : 2.1 2.2 Ramai murid yang akan turut serta untuk pergi ke tandas dalam satu-satu masa. Lebih dari seorang yang akan masuk ke bilik guru untuk mendapatkan guru bagi sesi masa pembelajaran yang berikutnya. 2.3 Kelas akan hampir kosong jika murid keluar dengan tujuan masing-masing sama ada untuk ke tandas, mendapatkan guru atau bertemu mengganggu kelas bersebelahan yang jika kebetulan tiada juga guru dalam kelas. 2.4 Murid lebih suka untuk mengikut jejak dan tingkah laku rakan mereka yang lain ke tempat yang mereka tuju. 2.5 Murid mengelak dari berada dalam kelas sewaktu guru sesuatu matapelajaran yang mereka kurang gemari.

3.0

FOKUS KAJIAN Kajian ini difokuskan kepada kepatuhan murid terhadap peraturan baru yang

menyebabkan mereka mesti mematuhinya bagi tempoh yang panjang. Ini juga bagi menjamin supaya murid-murid dapat mengekalkan disiplin diri mereka dalam kelas dan semasa berada di dalam kawasan sekolah. Langkah ini akan dapat menjamin kawalan kelas yang lebih baik dan mengurangkan risiko masalah disiplin yang biasa timbul di kalangan murid-murid sekolah. Segala pergerakan keluar masuk murid serta kehadiran mereka perlu dicatat bagi mengesan kedudukan murid dalam kawasan sekolah. Ia juga memudahkan guru mencari punca masalah jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dingini.

4.0 4.1

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am i. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap disiplin murid-murid dalam mematuhi peraturan sekolah. ii. Memupuk sifat menghargai masa dan mengelakkan masalah disiplin yang lain.

4.2

Objektif Khusus i. ii. iii. Mengenalpasti murid yang suka ponteng kelas. Memperbaiki tingkah laku murid secara langsung atau tidak langsung. Menjamin keharmonian dan ketenteraman murid dalam kawasan sekolah.

5.0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua murid dalam setiap kelas amnya. Bagi tujuan kajian ini

kumpulan sasaran dikhususkan kepada murid sesi pagi tahun 5 C. Sebanyak 25 orang murid yang terdapat dalam kelas 5 C ini. Dan jantina mereka adalah lelaki kesemuanya.

6.0

TINJAUAN MASALAH

Cara-cara mengenalpasti masalah adalah seperti berikut ; i. ii. Perbincangan bersama guru-guru kelas atau mata pelajaran secara lisan. Hasil pemerhatian terhadap murid-murid yang kerap keluar kelas.

6.1

Analisis tinjauan kajian

Berdasarkan temubual dan perbincangan bersama guru-guru kelas atau mata pelajaran : i. Guru kelas sering menghadapi aduan dan sungutan jika ternampak murid kelas mereka keluar secara beramai-ramai, walaupun telah diberi amaran.
4

ii.

Guru mata pelajaran sesetengahnya membenarkan sahaja murid keluar kerana kadang-kadang mereka sendiri tidak pasti jumlah murid yang telah keluar.

iii. iv.

Sikap murid itu sendiri yang tidak suka duduk dengan lebih lama dalam kelas. Sesetengah murid mengelak dari bertemu dengan guru mata pelajaran yang mereka kurang gemari atau kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

7.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Sebanyak 2 peraturan baru yang telah dirancang bagi menangani masalah ini iaitu : A) Aktiviti yang dijalankan i. Menyediakan kad kebenaran keluar khas untuk murid-murid bagi setiap kelas.

ii.

Mewujudkan buku rekod kawalan murid yang menyediakan ruang catatan untuk mengenal pasti murid yang kerap ponteng kelas atau sekolah.

B) Bahan-bahan yang digunakan i. Aktiviti 1 : menggunakan kertas berwarna dan dicetak dengan nama sekolah, nama kelas dan kebenaran keluar kelas. Kemudian akan di balut dengan plastik kalis air dan klip sebagai tempat menyangkut.

ii.

Aktiviti 2 : kertas dan perisian komputer untuk membina jadual bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

8.0

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN :

Aktiviti 1 : Perlaksanaan tindakan (Kad kebenaran keluar). Aktiviti ini mula dilaksanakan serentak di semua kelas yang terlibat. Sebelum itu taklimat dan penyerahan kad dilakukan di hadapan semua murid. Murid-murid juga dikehendaki mematuhi dan berjanji untuk menjaga kad kebenaran tersebut dengan sebaik mungkin.

Ketua kelas juga dipertanggungjawabkan untuk menggunakan dan menjaganya secara berhemah. Jika tiada guru semasa murid berada di kelas, maka ketua kelas yang bertanggungjawab memberi kebenaran keluar kepada rakan-rakannya yang lain. Ini dapat melatih murid-murid supaya patuh kepada peraturan dan mematuhi arahan ketua serta menghormati mereka semasa guru tiada. Murid-murid juga akan lebih bertanggungjawab terhadap diri mereka dan kepada rakan-rakannya yang lain. Murid tidak dibenarkan keluar tanpa membawa kad kebenaran keluar tersebut. Jika berlaku hal sedemikian, maka murid akan diarah untuk kembali ke dalam kelas atau didenda. Aktiviti 1 : Pemerhatian. Murid-murid dapat mematuhi arahan dengan menggunakan kad kebenaran keluar jika ingin keluar ke tandas atau berurusan dengan guru lain. Melainkan bagi sesi latihan guru hanya membenarkan murid pergi tanpa kad kebenaran bagi mengelakkan pergerakan keluar murid yang lain tidak terjejas. Terdapat juga sesetengah guru yang akan memberi amaran atau guru bertugas mingguan yang akan merotan murid keluar tanpa kad kebenaran, ini kerana ia dianggap sebagai satu pelanggaran peraturan sekolah. Murid juga akan berasa kurang selesa jika kad kebenaran tiada, kerana tidak sanggup menanggung risiko berdepan dengan guru-guru seperti yang tersebut. Setelah sekian lama mereka menggunkan kad tersebut, maka mereka mula mengamalkan sikap lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Ianya juga membantu mengurangkan masalah pergerakan murid yang terlalu ramai untuk ke tandas atau ke kedai buku. Aktiviti 2 : Perlaksanaan tindakan (rekod kawalan murid). Aktiviti ini dilaksanakan bermula dari awal tahun selepas dilantik ketua kelas dan penolongnya. Guru-guru juga diberi taklimat supaya dapat merekodkan segala pergerakan murid sama ada yang tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas dan juga yang bergerak keluar untuk menghadiri latihan atau pun sebagai wakil sekolah. Setiap awal pagi ketua kelas ataupun penolongnya akan mengambil buku kawalan ini di pejabat dan meletakkannya di atas meja guru untuk diperiksa oleh guru mata pelajaran setiap kali bermula kelas. Buku kawalan ini juga akan dipulangkan semula ke pejabat setelah habis sesi pembelajaran dalam satu-satu hari tersebut.

Ketua kelas dan penolongnya mestilah memastikan supaya setiap guru yang masuk mengajar menanda dan memeriksa kehadiran murid-murid dalam kelas tersebut pada waktu mereka berada di kelas tersebut. Dengan cara ini dapat membantu pihak sekolah dan ibu bapa mengenal pasti kehadiran dan kewujudan anak-anak mereka di sekolah tersebut. Aktiviti 2 : Pemerhatian. Guru-guru dapat memanfaatkan buku rekod kawalan murid dengan sebaiknya. Mereka dapat mengesan kehadiran mahupun ketidakhadiran murid jika berlaku percanggahan maklumat berdasarkan rekod kawalan murid. Guru juga dapat memastikan murid yang hadir sentiasa cukup dan tidak ponteng semasa sesi pembelajaran berlangsung. Ia juga dapat mengurangkan risiko ketirisan maklumat bagi guru kelas untuk mengisi kehadiran murid dalam buku kedatangan.

9.0

REFLEKSI KAJIAN

Secara keseluruhannya kajian yang dijalankan ini boleh dianggap berjaya dan berkesan kerana pada setiap kali kelas, murid-murid dapat memanfaatkan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 95% daripada mereka dapat mematuhinya, bagi yang selebihnya tidak dapat jika berlaku kecemasan seperti sakit perut yang memerlukan murid segera ke tandas ataupun sesetengah guru yang terlupa dengan buku rekod kawalan jika tidak diingatkan oleh murid untuk menandanya. Kesemua aktiviti ini akan dilaksanakan secara berterusan kerana ia memberi kesan yang cukup mendalam kepada murid dan juga guru. Kaedah yang dilaksanakan juga tidak membebankan semua pihak jika dapat kerjasama dan biasa dengan amalan tersebut. Murid yang baru berpindah masuk juga tidak menghadapi masalah kerana biasa dengan tindakan yang biasa dilakukan oleh murid-murid sedia ada. Sebagai guru yang menjalankan kajian ini, berasa amat bersyukur kerana dapat melaksanakan kajian yang dapat membantu murid supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri dan sekolah secara amnya. Diharap dengan perlaksanaan ini dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan semua pihak dari sebarang kerumitan.

10.0 CADANGAN DAN TINDAKAN. Saya ingin mencadangkan agar kajian seterusnya dijalankan bagi melicinkan lagi hasil sedia ada supaya ianya lebih sistematik dan perlaksanaan yang akan menjadi rutin dalam diri murid-murid. Aktiviti yang berfaedah dan bertujuan mendidik ini harap dapat diluaskan kepada semua kelas yang ada supaya dapat hasil yang memberangsangkan. Diharap ia menjadi panduan dan diperluaskan kepada kumpulan sasaran seterusnya sebagai satu langkah mencegah aktiviti yang mendatangkan masalah. Pengkaji juga akan berusaha untuk mempelbagaikan lagi usaha dan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan semasa dan dapat dijayakan dengan usaha yang berterusan. Selari dengan keperluan semasa yang menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.

LAMPIRAN 1. JADUAL PERLAKSANAAN TINDAKAN

TARIKH 11.4.2011

CATATAN Memaklumkan kepada pihak pentadbir serta meminta pandangan dan nasihat mengenai projek kajian tindakan.

12.4.2011

- memilih tajuk kajian tindakan yang akan dilaksanakan. - menetapkan tarikh kajian serta sasaran kumpulan kajian tindakan. - menentukan bentuk kajian yang akan dilaksanakan.

14.4.2011 15.4.2011 17.4.2011

Penulisan kertas cadangan Penyediaan senarai nama murid dan borang kajian. Pelaksanaan kajian tindakan. Menyediakan bahan seperti kad kebenaran keluar dan taklimat penggunaan buku rekod kawalan murid.

18.4.2011 22.4.2011 29.4.2011 30.4.2011 2.5.2011

Memantau dan memproses data ujian. Mengumpul data dan merekod hasilan. Penilaian dan refleksi. Penulisan laporan penyelidikan Pemurnian dan pengesahan laporan

LAMPIRAN 2. Kad kebenaran keluar pelajar.

LAMPIRAN 3

25

10

LAMPIRAN 4.

11

LAMPIRAN 5. SENARAI NAMA MURID 5 C (2011).


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 NAMA MURID AHMAD AMIR FAROUK BIN SHAFII DANIEL MUQHRIZ BIN MOHAMMAD FAIZAL EUGINE TAN JUN JIE IZZUL IRFAN BIN AZALI LOH HONG JIAN LOH ZHENG YI MOHAMAD AMIRSHAM BIN RAHIM MUHAMAD ALIFF DANIEL BIN ZAINUDIN MUHAMAD AMIN BIN LATIF MUHAMAD AMMAR ABQARI BIN JAMALUDIN MUHAMAD HAMIZAN ANIQ BIN HARIZAN MUHAMAD NURAZIM BIN AMIN NORDIN MUHAMMAD AIMAN BIN MIAN MUHAMMAD ALIFF RAHIMI BIN ROSLAN MUHAMMAD FADZLY ISMA BIN MUHAMMAD ASHRAF MUHAMMAD HAFIZ AZIZI BIN ABD HALIM MUHAMMAD HAIKAL BIN HAMZAH MUHAMMAD HAKEEM BIN ROSMAN MUHAMMAD HAYY HAKIM BIN ZAINAL ABIDIN MUHAMMAD IMRAN HAKIM BIN SHAMSUDDIN MUHAMMAD KAMARUZZAMAN BIN SAMSUDDIN QUEK SHU ZHUO SYAFIQ AIZAT BIN HASLAN SYED FARIZ ISKANDAR B SYED AHMAD WONG JUN HAO JANTINA L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L L NO.SURAT BERANAK AP37736 AP37832 AR08646 AR08295 AP66080 AP37897 AP39190 AT57588 AP37532 AP39153 AP39049 AM93984 AR09776 AP66362 AP38469 AS47118 AT57072 AR96295 AR08613 AR09707 AP37910 AP39198 AR09496 AR09667 AR09307

MURID MELAYU : 20 ORANG MURID CINA JUMLAH : 5 ORANG 25 ORANG

12

PUAN HAJAH SAREBAH BINTI WARMAN

13

14