Anda di halaman 1dari 5

Menyediakan Sistem Perparitan; Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.

Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai; Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan: Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia: Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Langkah jangka panjang atasi banjir kilat: Pengubahsuaian rumah, meningggikan rumah, struktur yang kukuh Membina rumah di tempat yang tinggi Pengambilan insuran untuk individu dan harta Menyentuh mengenai langkah kejuruteraan yang dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan banjir kilat di ibu negara, Kerajaan tidak hanya bergantung kepada Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). Ini kerana SMART hanya dikatakan berfungsi mengalirkan lebihan air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang sahaja. Beberapa alternatif lain turut diambil dalam menangani banjir kilat termasuk membina kolam takungan dan stesen pam. Kolam takungan akan berfungsi menyimpan lebihan air bagi mengelakkan banjir berlaku di pusat bandar manakala stesen pam pula berfungsi untuk mengepam lebihan air dari sungai ke kawasan takungan. Langkah lain melibatkan kerja-kerja melurus, melebar dan mendalamkan sungai seperti Sungai Kerayong dan Sungai Penchala bagi mengelakkan masalah banjir kilat. Selain itu, projek menaik taraf parit-parit induk di sekitar ibu kota serta mengenal pasti lokasi parit induk yang baru turut dilakukan. Apa yang penting, kesemua saluran air perlu ini perlu dikawal daripada sebarang gangguan pembuangan sampah sarap dan pemendapan untuk mengelakkan daripada banjir kilat yang kerap melanda kawasan bandar. Apabila semua projek ini siap sepenuhnya, ia dijangka berupaya mengatasi masalah banjir di semua kawasan di ibu negara.

Cara Mengatasi Banjir Kilat Di Kuala Lumpur


Sistem Perparitan di Kuala Lumpur sebenarnya adalah teratur dan terancang. Apa yang menyebabkan banjir kilat kerap berlaku ialah kerana saluran-saluran air tersumbat kerana kurang penyelenggaraan dan pemantauan berterusan. Sekiranya pemantauan secara berterusan dibuat saya pasti aliran air akan menjadi lancar semasa hujan lebat. Pemantauan berterusan dapat mengelakkan saluran-saluran air tidak tersumbat. Ini dapat dibuktikan di tempat-tempat parking bawah tanah (di bawah bangunan) dan

di terowong-terowong LRT, walau pun hujan lebat selebat manapun tempat-tempat ini tidak dimasuki air. Di bawah Dataran Merdeka dulu dimasuki air sebab tiada pengawasan tetapi kini ia dipantau dengan rapi dan didapati ia tidak dimasuki air walaupun hujan lebat disekitarnya. Oleh yang demikian saya mensarankan supaya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu membuat pemantauan berterusan untuk memastikan semua saluran air yang ada tidak ditutupi sampah-sarap. Disamping itu rakyat semua haruslah bekerjasama dengan tidak membuang sampah merata-rata walaupun sebatang mancis api. Saya pernah melihat pekerja kontrak menyapu sampah yang bertanggungjawab menyapu sampah tetapi mereka sendiri membuang ke dalam longkang berhampiran tempat yang dia sapu. Jadi pemantauan juga perlu kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik supaya mendisiplinkan pekerjanya. Selain pemantauan berterusan bagi memastikan tiada longkang yang dipenuhi sampah dan tiada saluran air yang tersumbat, saya juga mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan Squad Banjir Kilat di mana apabila hari hampir hujan atau telah hujan, Squad ini akan pergi ke seluruh tempat strategik pengaliran air bagi membuang halangan-halangan aliran air supaya pengaliran air akan lancar. Umpama apabila kebakaran berlaku, pasukan bomba dan penyelamat akan bergegas berusaha memadamkan api, maka begitu juga dengan Squad Banjir Kilat ini iaitu apabila berlaku hujan, Squad ini akan bergegas menjalankan tugasnya

KARANGAN PELAJAR GALUS

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat
kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.

Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan punca terjadinya banjir kilat.

Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.

Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadangkadang hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini semakin buruk dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat

berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca kepada banjir kilat.

Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.

Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan

Anda mungkin juga menyukai