Anda di halaman 1dari 5

Tekanan Darah

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah direkodkan sebagai dua nombor. Angka sistolik direkodkan di atas manakala angka diastolik direkodkan di bawah.

Apakah maksud angka-angka ini? Angka sistolik mengukur tekanan darah apabila jantung sedang mengepam darah. Angka diastolic mengukur tekanan darah semasa jantung berada dalam keadaan rehat. Kedua-dua ukuran adalah penting. Tekanan darah ideal anda adalah kurang daripada 120 sistolik dan kurang daripada 80 diastolik. Jika tekanan darah sistolik anda 140 atau lebih tinggi atau jika tekanan darah diastolik anda lebih daripada 90 anda mungkin mempunyai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hypertensi, meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung, penyakit buah pinggang, dan strok. Hal ini amat berbahaya kerana seringkali tidak mempunyai tanda-tanda amaran. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Tekanan darah tinggi anda:

Tarikh:

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?


90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu. Sebab yang tidak diketahui (~90%) Sebab sekunder (~10%) 1. Penyakit buah pinggang 2. Penyakit sistem endokrin 3. Penyakit pembuluh darah

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah: -Faktor genetik jenis bangsa dan sejarah keluarga Genetik jika ibubapa hypertensive, kecenderungan mendapat hypertensi adalah 45% -Faktor persekitaran Cara hidup yang tidak aktif Merokok Kegemukan Paras kolesterol tinggi Pengambilan alkohol yang berlebihan Pengambilan garam yang tinggi Diabetes mellitus
Stress

Tanda dan Gejala


Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti

sakit kepala atau pening kepala Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi) Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah. Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?


Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti: Otak o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

Penyakit jantung seperti : o Coronary Heart Disease o Congestive Heart Failure o Left Ventricular Hypertrophy Komplikasi pada mata o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy Komplikasi pada buah pinggang o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,

mata

Microalbuminuria, Proteinuria). Peripheral vascular disease seperti o Aneurysm o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan. Memupuk amalan dan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama yang efektif dalam mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi. -Hadkan pengambilan garam. Hadkan pengambilan garam dalam pemakanan tidak lebih daripada 2300mg dalam sehari(1 sudu teh garam). Pastikan makanan anda mempunyai 140mg garam atau kurang per serving. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada 1500 mg sehari. Elakkan menggunakan garam dalam resipi anda. Sebaliknya, cuba menggunakan herba dan rempah ratus untuk menambahkan perisa dalam masakan kegemaran anda.

-Berhenti merokok Berhenti merokok amat penting untuk sesiapa saja yang mempunyai tekanan darah tinggi
atau sebarang bentuk penyakit jantung.

-Kekal aktif! untuk mendapatkan total sekurang-kurangnya 30 minit


melakukan aktiviti untuk hamper setiap hari dalam seminggu.

-Hadkan penggunaan alcohol


Untuk lelaki, hadkan alcohol kepada 2 minuman( 680ml bir atau 280ml wine) sehari, dan 1 minuman sehari untuk wanita.

-Kurangkan stress Stress dalam bentuk fizikal atau emosi boleh menyebabkan kenaikan semetara dalam tekanan darah -Makan dengan sihat

Makan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan susu berlemak rendah. Hadkan pengambilan lemak tepu dan kolestrol. Elakkan atau hadkan makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, atau makanan beku. -Berjumpa doctor Sekiranya pertukaran gaya hidup tidak cukup untuk mengawal tekanan darah pada tahap normal, kemungkinan doktor anda perlu memberikan ubat.

Soalan untuk ditanyakan doctor -Apakah tekanan darah saya? -Apakah tekanan darah yang ditargetkan? -Adakah tekanan darah saya dikawal? -Apakah berat ideal saya? -Adakah selamat bagi saya untuk bersenam selalu?

Pra Hypertensi
Amalkan gaya hidup sihat Dapatkan nasihat untuk berhenti

merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1


Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama Anda perlu mengubahsuai gaya hidup Amalkan pemakanan sihat o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan Lakukan aktiviti fizikal yang teratur Kurangkan berat badan jika berlebihan Atasi tekanan secara berkesan Berhenti merokok Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan

Darah Tinggi Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2


Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 Amalkan gaya hidup sihat Berhenti merokok

Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan Mengelak dan merawat komplikasi awal Pengesanan komplikasi terutamanya : o Jantung o Ginjal o Mata Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan

darah tinggi

Kumpulan Sokongan
Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian NASAM Yayasan Jantung Negara

Society of Hypertensi)

Anda mungkin juga menyukai