Anda di halaman 1dari 9

TAJUK : KOMPOSIT OBJEKTIF Mempelajari dengan mendalam hal - hal berkaitan komposit.

sit. Mengetahui teknik teknik yang betul mengenai komposit dan menggetahui cara menggunakan peralatan dengan betul. Menambah penggalaman serta penggetahuan tentang melakukan sesuatu projek yang berkaitan dengan komposit. Mempraktikan teori teori yang dibelajar.

TEORI & PENGENALAN Komposit adalah suatu bahan yang terdiri dari dua atau lebih fasa atau juzuk yang berbeza dari segi bentuk dan komposisi kimia serta tidak larut antara satu sama lain. Sebagai contoh, batu bata dimana ia diperbuat daripada lumput yang diperkuat dengan jerami sebagai suatu bahan komposit. Sesuatu bahan itu hanya boleh digelar komposit jika :1. Pecahan kandungan kedua-dua juzuk mestilah memadai, lebih besar dari 5%. 2. Fasa-fasa juzuk mempunyai sifat yang berbeza dan oleh itu sifat komposit nyata berbeza dari sifat juzuk-juzuk yang digunakan. 3. Komposit buatan manusia biasanya dihasilkan dengan mencampur dan menggabungkan juzuk-juzuk dengan pelbagai kaedah.

Kelebihan bahan komposit ialah sifat kekuatan tentu (/) dan modulus tentu (E/) bahan adalah lebih tinggi berbanding logam-logam (ringan) yang lazim digunakan. Selain itu pembinaan produk daripada komposit menghampiri bentuk terakhir dimana proses selanjutnya seperti penyambungan adalah kurang diperlukan. Walau bagaimanapun, kos fabrikasi dan bahan mentah komposit adalah tinggi. Tambahan pula, matriks mungkin lemah atau kurang kuat dimana ianya mudah diserang oleh persekitaran. Bahan komposit juga sukar dikitar semula disamping sukar dianalisis.

Gentian yang digunakan dalam bengkel ini ialah gentian kaca (fibre glass). Gentian kaca ini diperbuat daripada campuran kering pasir silika, asid borik dan batu kapur serta bahan-bahan minima yang lain. Kemudian ia dicairkan dalam relau pada suhu 1260 oC. Leburan kaca itu kemudiannya dipaksa keluar melalui lubang kecil yang diperbuat daripada platinum yang kemudian ditarik oleh speed winder. Semburan air dilakukan pada gentian kaca untuk menghasilkan lapisan perlindungan yang dikenali sebagai sizing. Gentian kaca itu kemudian dikeringkan sebelum dijadikan bebenang yang berukuran 12 15 mikron. Lapisan perlindungan tersebut berfungsi sebagai perlekatan diantara gentian, mengurangkan geseran dan memperbaiki perlekatan pada permukaan matriks.

Antara kebaikan gentian kaca ialah murah, kekuatan tegangan yang tinggi, rintangan haba dan lembapan serta insulator pada elektonik. Kelemahan gentian kaca pula ialah modulus kekenyalan yang rendah dan mudah diserang oleh Asid. Antara jenis gentian kaca yang dikenali ialah :1. Coppes Stand Mat 2. Wowen Rowing Mat 3. Tisu Mat 4. Kevlar 5. Carbon Fibre PERALATAN BIL 1 GAMBAR Fibre (gentian kaca) FUNGSI Sebagai bahan utama

Resin

mengikat gentian kaca pada kedudukannya menghantar tegasan kapada lain-lain bahagian mengelak perambatan retak

Catalyst/Hardener

Bahan kimia untuk proses pengerasan resin

Aseton/thinner

Untuk kerja pembersihan peralatan atau mencair resin atau pigmen

Gayung

Untuk membancuh campuran

Berus

Untuk melapis (laminate) fiber dengan resin.

Gunting

Untuk kerja pemotongan

Pengkikis

Untuk kerja mengcungkil hasil produk.

10

Acuan (mold)

Sebagai acuan.

13

Sesiku L

Untuk membuat penandaan

14

Sarung tangan & penutup hidung

Sebagai alatan keselamatan

15

Bekas kecil

Untuk mengisi campuran resin dan catalyst

16

Rotary cutter

Untuk kemasan kerja

17

Wax

Sebagai pengilap untuk menghasilkan permukaan licin

18

Pigmen

Bahan pewarna

Kain

Untuk bersihkan acuan setelah wax disapukan ke atas acuan

Peniup

Untuk memudahkan bahan kerja dikeluarkan dari acuan

KAEDAH & PROSEDUR

1. Wax disapukan pada permukaan yang dikehendaki, kemudian bersihkan dengan kain. Langkah diulang sebanyak sembilan kali. Ini supaya benda kerja mudah di pisahkan dan benda kerja tidak melekat pada acuan. 2. Resin di tuang ke dalam bekas. Hardener ditambah ke dalam resin dengan nisbah 10:1(10 resin dan 1 hardener) 3. Resin disapu pada permukaan acuan dengan menggunakan berus. Pastikan ia disapu rata. 4. Gentian kaca dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan di letakkan pada permukaan yang disapu dengan resin.pastikan ia tidak bertindih. 5. Resin tadi disapu di atas gentian kaca. Semasa menyapu resin, pastikan tiada gelembung udara pada gentian kaca. Ini akan menyebabkan benda kerja menjadi rosak dan tidak cantik. Langkah diulang mengikut ketebalan dengan menambah gentian kaca dan resin.pastikan resin disapu pada setiap lapisan. 6. Benda kerja dijemur dalam jangka masa 2-5 jam. 7. Bahan kerja yang telah kering diketuk untuk dikeluarkan dari acuan. 8. Bentuk akhir yang diperolehi adalah seperti dibawah. Kemasan bahagian tepi dilakukan dengan menggunakan rotary cutter.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Untuk projek komposit, kita menghadapi pelbagai risiko bahaya kerana berdepan dengan pelbagai bahan bahan kimia. Berikut ialah beberapa langkah keselamatan yang perlu dipatuhi :

1. Memakai pakaian kerja dengan betul dengan memakai sarung tangan dan baju lengan panjang kerana fibre adalah gatal. 2. Topeng keselematan perlu dipakai kerana wap yang dikeluarkan oleh resin merbahaya dan berbau tengik serta menghalang gentian memasuki hidung. 3. Alatan tangan perlu berada didalam keadaan yang baik. Cuci peralatan selepas guna supaya peralatan kita tidak keras. 4. Semasa memotong fiber glass, pastikan anda memakai sarung tanggan kerana ia menyebabkan tangan gatal dan mungkin memotong luka kecil pada bahagian tangan. 5. Sedikit sahaja hardener 1/10 dari diperlukan untuk tujuan pengerasan. Sekiranya terlebih, larutan pengikat akan keras dengan cepat dan tidak dapat digunakan. 6. Berhati-hati semasa mencampurkan hardener ke dalam campuran pengikat. Hardener yang melebihi akan mengeluarkan gas yang tidak sedap disedut. 7. Semasa memotong bahagain acuan yang ingin dibuang, mask dan penutup mata perlu dipakai untuk mengelakkan habuk masuk ke dalam mata dan hidung. 8. Melaporkan segala masalah kepada juruteknik jika terdapat kemalangan. 9. Alatan tangan perlu berada didalam keadaan yang baik. 10. Cuci peralatan selepas guna supaya peralatan kita tidak keras. 11. Dilarang merokok kerana kita berhadapan dengan bahan mudah terbakar.

PERBINCANGAN Berdasarkan projek yang telah dilakukan, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti. Antara masalah-masalahnya ialah; i. ii. iii. iv. Benda kerja sukar untuk dikeluarkan dari acuan. Terdapat gelembung udara pada permukaan benda kerja. Benda kerja lambat mengering Terdapat kecacatan seperti kedutan, retak halus, koyak/melepuh, lekuk mata ikan

Namun begitu, masalah-masalah ini dapat di atasi dengan mematuhi beberapa langkah seperti dibwah: i. ii. iii. Sapukan wax dengan betul Pastikan nisbah campuran dilakukan dengan betul dan tepat. Semasa menyapu resin, pastikan tiada gelembung udara.jika ada tekan permukaan tersebut sehingga udara keluar. iv. Jangan menyapu resin terlalu banyak.Lakukan denagan cermat dan berhati-hati.

KESIMPULAN Oleh itu,melalui ujikaji yang dijalankan,saya dan rakan-rakan dapat mengetahui serba serbi tentang kegunaan komposit,cara memproses dan lain-lain lagi berkaitan dengan komposit. Malah kami dapat mempraktikan apa yang dibelajar (teori) ke dalam projek komposit kami dengan jayanya. Kegunaan komposit, selain digunakan dalam pembuatan bot dan kapal,ia juga banyak dalam proses pembuatan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai