Anda di halaman 1dari 1

Penilaian orang kepada pemimpin adalah berbeza-beza antara satu sama lain, Menurut Ybhg. Profesor Dr.

Jamil Hj. Hamali ada orang menilai pemimpin dari dari :


1. Seyuman - ada pemimpin yang susah nak senyum dan kelihatan sombong dan bongkak.

Ada pemimpin yang sangat manis dipandang serta manis tutur katanya dan menjadi idola kepada pengikutnya.

2. Salam [ Berjabat tangan ] - Pemimpin juga dinilai melalui cara bagaimana ia berjabat

tangan, Iklas atau tidak. Ada pemimpin yang memberi tumpuan kepada orang2 tertentu sahaja atau hanya kepada yang berkepentingan atau yang disukainya.

3. Sikap - Ada pemimpin yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam pekerjaan, sikap

tidak peduli dan ada pemimpin yang mengambil sikap yang positif. Sesuatu rancangan akan berjaya jika bekerja bersungguh. 4. Bermaklumat / terancang - Ada pemimpin yang beilmu dan ada yang cukup apa yang ada. Jika ditanya, jawapan tidak tahu? Ini menjatuhkan maruah. Perkembangan semasa tidak diketahui. Perkembangan teknologi tercanggih. Jalur lebar tetapi akalnya sempit. 5. Pakaian - Ada pemimpin yang dilihat segak bergaya dan ada pemimpin yang selekeh. Busuk, Pemalas dan Kedekut untuk diri sendiri. Selain dari itu menurut beliau ada pemimpin yang selalu memberi pelbagai alasan alasan untuk mengelak dari melakukan pelbagai perkara yang diarahkan kepadanya.
1. Kesihatan tak bagus - Mengelak dengan memberi alasan sakit, demam, batuk, asma dan

sebagainya dengan harapan bukan dia yang melaksanakannya. Contohnya jika diminta mengahdiri kursus, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. 2. Tidak mempunyai kepakaran / tidak tahu / tiada pengalaman - Diminta menulis minit mesyuarat, tidak tahu? Diminta memasang PA Sistem, tidak tahu? Diminta itu dan ini, semuanya tidak tahu. Sedangkan yang diminta untuk dilaksankan adalah perkara yang senang tanpa mendapat didikan formal. 3. Umur - Alasan ini juga sering digunakan. "Saya dah tua, 1 tahun lagi nak pencen, berikan sahaja pada orang lain," atau "Saya masih "fresh", baru sahaja lapor diri, saya tak tahu nak buat. 4. Nasib - " Dari pengalaman saya, kalau saya pergi tentu kalah pasukan kita, suruh orang lain sahajalah yang pergi," Oleh itu pilihlah mana satu pemimpin yang dikehendaki oleh oleh kita. Sama ada,
1. Pemimpin Siaran - Cakap sahaja tetapi tidak buat. 2. Pemimpin Sinaran - Cakap dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. 3. Pemimpin Sialan - Cakap lain buat lain (Cakap Tak Serupa Bikin)