Anda di halaman 1dari 31

MINGGU 7

http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-danpertahanan.html Ketahanan dan Pertahanan Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat

Aspek yang dikaji: 3.1 Konsep: Konsep Ketahanan Dan Konsep Pertahanan Berdasarkan contoh amalan dalam Tamadun Mesopotamia, Mesir, Arab, Graeco-Roman, India, China, Melayu dan Barat tunjukkan bagaimana ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui latihan dan amalan menguatkan mental dan psikologi dan fizikal serta peralatan senjata tentera (Tamadun Yunani melalui sukan/olimpik, Rom gladiators, lumba kuda dll)

3.2 Organisasi Tunjukkan jenis organisasi yang wujud di dalam satu-satu tamadun dalam aspek pertahanan (Rom legions, Viking perahu, Norman knights dll , Srivijaya Orang Laut) Tunjukkan taktik dan strategi pertahanan dan peperangan ( Rom testudo (kurakura), China (The Great Wall)Huraikan ciri-ciri tentera dalam satu-satu tamadun (Rom legions, Norman knights, tentera bergajah dll)

3.1 Konsep Ketahanan: Ketahanan ertinya ketabahan , kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam perjuangan. Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan fizikal. Ketahanan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan moral. Ketahanan fizikal merangkumi aspek-aspek lahiriah termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakan asas-asas yang penting dalam pembinaan

MINGGU 7
ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina secara seimbang dan sepadu. Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan. Pertahanan :Pertahanan ialah perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh Membela golongan yang lemah, teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta,, masa, jiwa dan nyawa.

3.2 Organisasi

Tamadun Mesopotamia Orang Sumeria adalah orang yang pertama di kalangan manusia awal yang mengetahui tentang taktik-taktik peperangan walaupun mereka bersifat.kemanusiaa, bijak membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-sungguh. Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata mereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit.Pemerintah membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh dan melindungi penduduknya. Dalam masa-masa mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri, orang Sumeria ini bersatu pula memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur dan menjadi ancaman besar kepada peradaban Sumeria. Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah randah bahkan juga oleh orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara dataran Sinnar). Orang Semitik berperang dengan cara terbuka, menggunakan panah dan buat beberapa abad tidak dapat ditandingi oleh orang Sumeria.Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negtara-negara kota di Mesopotamia atas sebab tuntutan air dari sungai yang menjadi punca kekayaan. Contohnya ialah peperangan yang berlaku antara negara kota Ur dan Urech adalah kerana hendak menguasai hilir Sungai Euphrates. Akibat daripada peperangan demi

MINGGU 7
peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhan tamadun Mesopotamia. Pada tahun kira-kira 2750SM, Raja Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan meluaskan empayarnya dari Elam di Timur hingga ke Laut Mediterranean. Pada kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah menyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telah berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan masyhur di bawah pemerintahan Hammudrabi (1709SM 1669SM). Hammurabi telah mendirikan kubu di setiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal di antara kubu-kubu yang dibina. Tamadun Mesir Pada zaman empayar Mesir ( Zaman Pertengahan) kira pada tahun 1600 SM 1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan menggunakan pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang dibuat dari kulit. Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah dan bahagian tepi. Serangan menggunakan taktik gerak rusuk.Pada zaman pemerintahan Tutmose, beliau sendiri mengetuai angkatan tentera. Serangan dibuat pada setiap musim bunga menggunakan jalan darat dan laut. Dengan itu menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera darat dan laut. Peralatan yang digunakan oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan kuda.

Tamadun Arab Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan satu profesyen yang dnpandang mulia dan sangat diminati.Setiap kejayaan yang diperoleh dalam satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah yang berjaya.Orang-orang Arab telah dilatih dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana peperangan antara kabilah merupakan satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan perananyang besar dalam peperangan jika dibandingkan dengan kaum wanita. Meeka dilatih bermain senjata dan bermain kuda.Setiap peperangan biasanya

MINGGU 7
melibatkan seluruh anggota kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak. Seluuruh harta benda dibawa bersama ke medan peperangan. Mereka juga membawa pakar bedah (untuk memotong bahagian yang tercedera). Alat-alat bunyi- bunyian seperti gendang, serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan dalam perjalanan menuju medan peperangan.Perempuan-perempuan yang ditawan dalampeperangan akan dijadikan gundik atau harta milik sendiri yang boleh diperdagang sebagai hamba abdi. Pihak lelaki bertanggungjawab mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita itu akan menjadi milik musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita mereka dengan cara tebusan atau berperang. Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih harta rampasan perang yang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada orang lain. Alat-alat senjata yang digunakan ialah pedang, tombak ,panah dan baju besi. Dari segi jenis tentera, tenteranya terdiri daripada tentera infantri (tentera berjalan kaki) dan tentera berkuda/cavalry (sebahagian keciol sahaja). Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan serang lari.Tentera bergajah juga digunakan iaitu semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa Nabi dilahirkan.Dari segi organisasi tentera, ada perbezaan antara tentera golongan Badawi (penduduk padang pasir) dan Hadari (penduduk bandar). Organisasi tentera puak Badawi kurang tersusun dan menggunakan taktik serang lari, sebaliknya kaum Hadari lebih .tersusun dan lebih banyak dipengaruhi oleh Rom dan Parsi terutamanya bagi Arab Hadari yang tinggal di bahagian utara dan selatan Arab.Contoh organisasi yang tentera Rom dan Parsi yang mereka tiru ialah tentera dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu depan, tengah, belakang, kiri dan kanan yang dikenali sebagai al-khamis. Ketua kabilah diletakkan dibahagian tengah untuk menjaga keselamatannya.Orang Arab juga mendirikan kota pertahanan. Contohnya, di selatan Arab kota pertahanan dibina di Ghumdam (di Yaman),Hadramaut, Mahrah dan Oman. Di utara Arab dibina beberapa buah benteng pertahanan di kota Petra/Batra, al-Khawarnaq (berhampiran al-Hirah) dan al-Sadir (di tengah kota al-Hirah).Motif peperangan

MINGGU 7
yang berdasarkan semangat asabiyah (kesukuan) adalah bertujuan untuk mencari nama dan kemegahan. Peperangan boleh berlarutan hingga berpuluh tahun seperti Peperangan al-Basus antara suku Taghlib dan suku Bakr yang memakan masa selama 40 tahun.

Tamadun Greek Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create , terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut yang kuat. Malah tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek terkenal dengan kecekapan dalam pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di Greek) telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari laut. Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara kora di Greek terkenal sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal 15 kaki dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang serangan. Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu kuda, memakai baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai besar yang dibuat dari kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawan ialah berlawan seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai senjata yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai alat kenderaan perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah besar Greek, orang-orang Greek membina benteng/kubu pertahanan bagi menghadapi serangan dari utara.Ketahanan diri dan fizikal orang-orang Greek dicapai melalui latihan olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian daripada pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari, bergusti, melontar lembing dan bertinju yang dipelajari oleh orang Greek semasa di sekolah gusti, kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga secara besar-besaran yang terbuka kepada semua orang Greek diadakan di

MINGGU 7
Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh warganegara lain sebagai seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di setiap kota di Greek terdapat sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk aktiviti olahraga dan olahraga merupakan satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang lelaki. Athens memang terkenal dengan acara marathonnya. Sukan Olimpik pertama diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain membantu melahirkan individu yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung menyatukan masyarakat Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik. Sewaktu sukan ini diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek, terdapat perbezaan dari segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan Athens. Di Sparta, orang lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak dari kecil lagi. Bayi yang lemah dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Kaum wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar menjadi ibu yang sihat (ini berbeza dengan wanita Greek di tempat lain). Budak lelaki yang berumur 7 tahun ke atas tinggal d iberek di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan juga di bawah jagaan pemuda-pemuda Sparta yang bergelar tukang sebat. Di situlah mereka diajar menanggung kesakitan tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman, ditanam dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas yang disediakan. Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban. Bagi menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka. Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Bila mereka berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan disiplin yang lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani. Kerja begini diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang wang. Keindahan dan sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang Sparta. Mereka memang terkenal sebagai pejuang terbaik. Mereka ditanamkan dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta hanya bertuan kepada satu iaitu undang-undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek tahun

MINGGU 7
480SM. Di Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam kehidupan orang Athens. Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka menerima latihan tentera. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubukubu pertahanan sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga umur 60 tahun, mereka boleh dikerah berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan Perhimpunan akan membuat keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang tidak disukai mereka. Arahan menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasarpasar dan orang-orang lelaki akan segera menyediakan pedang dan perisai, mendapatkan catuan makanan dan melaporkan diri dalam tentera warganegara. Semuanya akan bersedia bergerak dengan segera. Semasa peperangan askaraskar yang terdiri daripada warganegara itu dengan kelengkapan senjata yang berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu barisan, perisai bertemu perisai dan mereka akan mara menemui barisan musuh. Cara mereka ialah dengan berdiri berselindung di belakang perisai, menghunusksn tombak dan cuba mengundurkan tentera musuh. Musim peperangan akan berakhir dalam bulan April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman mereka. Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap. Berbanding dengan orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya di laut. Kapal perangnya mencecah sebanyak 200 buah dan untuk menempatkannya tidak menjadi masalah kerana Athens telah membina beberapa buah pelabauhan.

Tamadun Rom Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu. Orang-orang Rom sentiasa bersedia mempertahankan Rom dari serangan luar yang sentiasa sahaja mengancam Rom. Oleh itu, Rom telah membina tembok pertahanan disempadan dan yang paling terkenal ialah Tembok Hadrian yang dibina dari Tyne ke Solway sepanjang 80 batu. Rom terkenal dengan angkatan lautnya. Ini jelas apabila rom melawan Carthage di Pulau Sicily, Rom menggunakan angkatan laut yang besar. Begitu juga ketika meluaskan empayarnya ke Afrika,

MINGGU 7
Rom juga menggunakan kapal laut. Pada zaman pemerintahan Constantine, Rom telah menggunakan meriam sebagai satu daripada alat perangnya. Alatan perang Rom terdiri daripada baju besi, helmet, pedang, tombak, pisau belati, panah, lembing, dan artillery (senjata pemusnah yg. dibuat dari batu dan kayu, seakan bom). Ketahanan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti, pertunjukkan gladiator (perlawanan manusia), dan binatang buruan yang liar serta lumba kuda. Gimnasiun dan gelanggang gusti dibina untuk tujuan tersebut. Orang tahanan dilawankan dengan binatang liar seperti singa. Jika menang, akan dibebaskan. Dalam usaha meluaskan empayarnya, Rom bergantung kepada bilangan dan kekuatan tenteranya. Pada zaman pemerintahan Augustus, beribu-ribu orang tentera diambil untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Tentera yang jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di sempadan yang terdedah dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom . Tempoh perkhidmatan bagi tentera Rom ialah antara 20-25 tahun. Bagi menambahkan bilangan tentera warganegara, Augustus telah mewujudkan tentera bukan warganegara yang diberikan taraf warganegara setelah 25 tahun berkhidmat. Tentera Rom juga berjasa dalam mengembangkan budaya Rom di kawasan jajahan. Tentera Rom juga boleh berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan, jambatan, petani dan menjadi hakim di daerah-daerah tertentu. Taktik yang digunakan oleh Rom terutama di Arab Utara dan Selatan ialah dengan membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaiatu bahagian depan, belakang, kanan, kiri dan tengah. Ketika melawan orang-orang Islam dalam Perang Yarmuk tahun 635 M, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah mengikat tenteranya dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka lari .Rom juga menggunakan taktik dan strategi testudo (kura-kura). Jenis tentera Rom dikenali sebagai legions (unit/batalion yang mengandungi 3,000-6,000 askar berjalan kaki/infantri dan 100-200 askar berkuda) dan tentera bergajah (semasa menyerang Mekah melalui panglimanya, Abrahah).

MINGGU 7
Tamadun India Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang tentera berkuda dan 9,000 orang tentera bergajah di samping tentera-tentera berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi angkatan tentera. Untuk mengendalikan tenteranya yang begitu ramai, beliau membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Tiap-tiap lembaga mengandungi 5 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkereta kuda dan tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata. Tenteranya juga terdiri daripada berbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-jururawat dan doktordoktor yang ikut serta dalam peperangan untuk membantu tentera yang tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa dibina kubu dengan dinding yang tingginya 400 meter panjang dari utara ke selatan dan lebarnya km. Tembok kubu Harappa dibuat daripada batu lumpur dengan batu terbakar yang tebalnya 18 meter. Sebenarnya di setiap bandar dalam Tamadun Indus dibina kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada musuh.

Tamadun China

Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negeri ketenteraan. Pada zaman awal, Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa. Kadang kala Raja Shang menawan musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera Shang terdiri daripad tentera berjalan kaki dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian digulingkan oleh Wu Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana

MINGGU 7
kezaliman raja Shang terakhir iaitu Shang Chau Hsin. Semasa pemerintahan kerajaan Chin, mereka berperang menggunakan angkatan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki dan bukan kereta kuda untuk berperang. Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar mencari alat-alat perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu dirampas dan dihantar ke ibu kota Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar dan patung besi. Melalui cara itu Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya malah kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera. Tenaga buruh bagi tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai daerah tentera yang dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak mengerahkan askarnya, beliau mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun tersebut. Kerajaan pusat juga melantik pegawai sebagai pemimpin tentera bagi kempen peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih Huang Ti berperang menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda. Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan terusan untuk memudahkan pergerakan/serangan. Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok Besar Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM yang merentasi bukit bukau dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu dengan ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki. Tembok ini dibina lengkap dengan menara pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara pengawal. Setiap satunya di tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka mengawal dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang besar tadi, terdapat juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000 buah. Alat-alat peperangan yang digunakan di China ialah panah, pedang, lembing dan perisai. Pada zaman Monggol memerintah China, Marco Polo yang melawat China pada abad ke-13 melaporkan bahawa China menggunakan serbuk letupan dalam peperangan.Bagi menguatkan ketahanan fizikal, orang

MINGGU 7
China menjalanii latihan ketenteraan termasuk seni mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Melayu

Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang kuat terutama kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat. Kerajaan ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal dagang singgah di pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi tentera yang ditubuhkan oleh Srivijaya dipanggil Orang Laut. Orang Laut melindungi pedagang dari serangan lanun. Orang Laut inilah juga yang melindungi Parameswara ketika menyelamatkan diri ke Tanah Melayu dari serangan Majapahit. Dengan angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah menawan beberapa buah kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera. Kerajaan Srivivjaya telah mewujudkan satu unit pentadbiran ketentraan yang diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun. Pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Melaka sering diancam oleh Siam dan Majapahit. Bagi mempertahankan Melaka dari ancamanancaman luar, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China. Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin keselamatan negeri Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka terutama semasa di bawah Bendahara Tun Perak membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa

MINGGU 7
buah kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera. Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini. Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan empayarnya dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan empayarnya dengan menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Alat-alat yang digunakan dalam pertahanan di Alam Melayu ialah keris, tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut membantu membawa angkatan laut.Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat merupakan cara mempertahankan diri secara tradisional.

Tamadun Barat

Di Barat, ketahanan diri dan fizikal diperolehi melalui latihan ketenteraan yang berdisiplin. Latihan dalam tempoh tertentu diberi secukupnya sebelum diambil bertugas sebagai tentera. Latihan yang diberi termasuklah latihan bermain pedang, memanah dan menunggang kuda. Peralatan tentera yang digunakan lebih canggih seperti meriam (seperti Portugis gunakan untuk menyerang Melaka), perisai, pedang, senapang bersumbu, panah, pakaian seragam perang (termasuk baju besi, topi, kasut). Pasukan tentera dibahagikan kepada batalion yang terdiri daripada tentera darat dan laut. Alat yang digunakan semasa berperang ialah kuda (bagi tentera berkuda) dan kapal laut (bagi angkatan laut). Kubu-kubu pertahanan banyak didirikan. Dari segi organisasi, orang Norman terkenal dengan pasukan knight (memakai baju besi seluruh tubuh termasuk muka). Pasukan knight juga teridiri daripada kaum bangsawan. Orang Norman yang berasal dari Britain itu memang terkenal dengan tentera berkudanya. Manakala orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark merupakan pelaut dan pahlawan yang terkenal. Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 TM untuk mencari daerah baru. Orang Viking selalunya dikaitkan dengan kapal dan laut. Kapal mereka dikenali sebagai knorr digunakan oleh orang Viking untuk ekspedisi perdagangan. Dengan itu organisasi pertahanan

MINGGU 7
orang Viking dikenali sebagai perahu atau kapal. Satu lagi cara untuk menguatkan ketahanan mental dan psikologi orang Barat ialah dengan bersumpah dan berjanji. Ini dapat dilihat dalam Perang Salib yang berlaku antara orang Krisitian dengan orang Islam pada akhir abad ke-11 TM. Sebelum melancarkan serangan, orang-orang Kristian telah bersumpah untuk merampas kembali Makam Suci (Holy Sepulchre) untuk mendapatkan kembali Baitul Maqdis yang ditawan oleh tentera Islam pada tahun 673 Masihi. Di atas alasan untuk masuk/menziarahi Baitul Maqdis semakin sukar (menurut ajaran mereka, menziarahi tanah suci adalah cara untuk mendapatkan keampunan dosa dan untuk masuk syurga), telah menaikkan semangat untuk berjuang menentang orang Islam. Pihak gereja telah berjanji akan membebaskan mereka dari membayar cukai, memberi pengampunan dosa, dan akan dibebaskan dari penjara jika mereka pergi berjuang menentang orang Islam.

MINGGU 7
http://fastnote.wordpress.com/ketahanan-pertahanan-tamadun-yunani/ Ketenteraan Tamadun Awal Ketahanan & Pertahanan Tamadun Yunani

Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani. Pengenalan : Tamadun Yunani bermula di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Sekitar tahun 1000 800 S.M., telah muncul banyak negara kota di dalam Tamadun Yunani. Negara kota yang paling menonjol adalah Athens, Sparta dan Corinth. Penduduk di setiap negara kota Tamadun Yunani hidup bersatu padu namun begitu peperangan antara negara kota sering berlaku. Terdapat juga peperangan yang melibatkan negara kota Yunani dengan kuasa-kuasa asing seperti peperangan yang berlaku antara Yunani dengan Parsi dalam Perang Pelophonesus. Peperangan telah menjadi elemen penting dalam Tamadun Yunani yang sering menghadapi ancaman dan pencerobohan. Konsep : Ketahanan merujuk kepada keupayaan dan kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran atau penderitaan. Ketahanan seseorang dilihat dari sudut mental dan fizikal kerana kedua-dua unsur ini yang menjamin seseorang itu mempunyai ketahanan. Ketahanan ini menjadikan manusia kuat, berani, tahan lasak, tabah, cekal serta sabar apabila menghadapi kesukaran. Ketahanan juga menjadi unsur penting untuk menghadapi segala ancaman dan tentangan dengan berani dan rasional serta membela sesuatu contohnya kubu atau benteng daripada serangan dan ancaman musuh demi mempertahankan negara.

MINGGU 7
Manakala pertahanan merupakan langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk menjamin keselamatan serta kepentingan. Pertahanan meliputi aspek ketenteraan seperti melatih anggota tentera, kelengkapan senjata, membina kubu pertahanan dan sebagainya. Penggunaan Kereta Kuda : Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda. Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing. Penggunaan Phalanx : Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx. Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hamper 3 meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehingga lembinglembing panjang mereka membentuk seperti duri landak. Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx. Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh lembing-lembing tajam itu. Tentera Elit dan Bawahan : Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap. Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).

MINGGU 7
Taktik Berperang : Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir. Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera.

Latihan Tentera Sparta : Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan. Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia. Organisasi Tentera Graeco-Roman : Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).

MINGGU 7
Kesimpulan : Organisasi ketenteraan Tamadun Yunani disusun dan ditadbir dengan sangat sistematik. Kewujudan organisasi tentera yang mantap dapat dikesan daripada askar-askar yang terlatih dan berdisiplin, taktik dan strategi peperangan yang berkesan serta peralatan perang yang canggih. Perkembangan ini mendorong kepada kelangsungan Tamadun Yunani dalam tempoh yang panjang serta tamadun yang kuat di Eropah.

Dengan merujuk tamadun-tamadun awal, jelaskan strategi dan taktik yang digunakan dalam peperangan. Pendahuluan : Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif atau sasaran dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi penting dalam menentukan keputusan peperangan (keputusan boleh berubah disebabkan faktor geografi, keluasan, saiz tentera, saiz tentera musuh, iklim, objektif, jangka panjang dan jangka pendek). Kejayaan sesuatu strategi bergantung kepada sokongan logistik. Isi : Strategi Pertahanan : Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan melalui proses pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategik. Contoh, strategi dalam tamadun India pada zaman Maurya ialah terdapat tembok panjang yang dibina di kota Rajagraha, ibu kota Magadha. Strategi Menjalani Perikatan Tentera :

MINGGU 7
Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara jiran serta negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh. Contohnya, pada zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk membendung musuh Hsiung-Nu. Strategi Penyerangan Secara Langsung : Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan secara langsung iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan kedua pemilihan tempat. Penting dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau menjalankan penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan empayar Graeco-Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean. Strategi Pengepungan : Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy, pengepungan Avaricum dan Alesia pada zaman Julius Caesar dan pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib. Kesimpulan : Kejayaan sesuatu peperangan bergantung kepada beberapa strategi yang berbeza berasaskan keadaan semasa. http://fastnote.wordpress.com/ketenteraan-tamadun-awal/

3/8/10

MINGGU 7
http://sejarahtamadunduniastpm.blogspot.com/2010_03_01_archive.html Huraikan taktik dan Strategi dalam ketahanan dan pertahanan di China dan Eropah dengan merujuk kepada pemikir ketenteraan Sun Tzu dan Niccolo Machiave Pengenalan Ketahanan dan pertahanan memainkan peranan penting pada peringkat awal tamadun manusia. Ketahanan melibatkan usaha menghalang dan keupayaan menangung sesuatu dalam medan peperangan, sementara pertahanan pula merupakan usaha mempertahankan kubu dan benteng daripada serangan musuh. Bagi tujuan kemenangan dalam sesuatu peperangan, strategi amat penting bagi mengalahkan musuh. Di negeri China, Sun Tzu merupakan tokoh pemikir ketenteraan yang banyak menyumbang idea dalam strategi peperangan. Di Eropah pula tokoh yang tidak asing ialah Niccolo Machiavelli. Beliau telah banyak menyumbang idea dalam taktik peperangan di Eropah.

Isi Sun Tzu merupakan tokoh pemikir ketenteraan yang disegani. Ideanya dalam buku Seni Peperangan merupakan buku ketenteraan yang paling tua di kalangan karya-karya klasik China. Menurut buku ini, seseorang pemimpin negara sebolehnya menghindari peperangan yang hanya didorong oleh perasaan marah. Bagi beliau, untuk mengatasi perasaan marah dan dendam, kita perlulah sentiasa riang dan penuh kemaafan. Beliau menambah, keutamaan rakyat perlu diutamakan, kerana apabila berlaku peperangan, ia melibatkan nyawa yang pastinya tidak boleh hidup semula.

Unsur moral adalah penting dalam peperangan. Seseorang pemimpin Negara haruslah membuat pertimbangan dan penelitian yang rapi terlebih dahulu dan juga membuat andaian nasib yang akan menimpa rakyat jika berlaku peperangan. Perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam bab Anggaran dimana pertimbangan peperangan harus diutamakan kerana ia

MINGGU 7
melibatkan nyawa seseorang dan hidup matinya sesebuah negara.

Menurut Sun Tzu lagi, jika berlaku peperangan, janganlah mengambil masa yang panjang. Apa yang penting ialah mengecapi kemenangan dan bukan tempoh peperangan. Peperangan yang berlarutan tidak membawa faedah malah ia akan menyebabkan kemusnahan dalam sesebuah Negara.

Jika menyerang musuh, adalah lebih baik menawan musuh daripada memusnahkan negara mereka. Beliau sesungguhnya menekankan perdamaian daripada melakukan kekerasan ke atas sesebuah negara. Pengetahua mengenai diri sendiri dan pihak musu merupakan satu strategi penting. Seorang jeneral harus mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang pasukan sendiri dan musuh.

Sun Tzu memberi amaran yang tegas bahawa penggunaan api dalam peperangan dilarang samasekali kecuali dalam keadaan terdesak. Selain itu Sun Tzu juga membicarakan tentang perhubungan raja dengan pegawai, akhlak, emosi, mutu intelek seorang jeneral yang baik dilihat dari sudut organisasi, gerakan, perancangan, kawalan, muka bumi dan cuaca.

Sun Tzu menegaskan lagi bahawa penggunaan perisik adalah penting bagi melemahkan pihak lawan dari dalam. Golongan ini boleh dianggap musuh dalam selimut. Tugas-tugas ejen perisik ini ialah menyebarkan khabar angin, memberikan maklumat yang mengelirukan musuh, member rasuah kepada pegawai pihak lawan dan mewujudkan keadaan tidak tenteram. Dengan kaedah ini, kemenangan dalam peperangan pasti berlaku.

Di Eropah pula, tokoh pemikir ketenteraan yang terkenal pada abad ke 16 ialah Niccolo Michiavelli. Beliau telah memperkenalkan taktik penguasaan tampuk pemerintahan dan strategi peperangan secara saintifik. Hasil karyanya The Prince, Art of War dan Discourses yang membincangkan cara-cara seseorang

MINGGU 7
pemerintah mengekalkan kuasa mereka dan menggariskan beberapa prinsip peperangan.

Bagi Niccolo Michiavelli, seseorang pemerintah yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang dianggap berbahaya pada peringkat permulaannya berbanding daripada mereka yang boleh dipercayai. Kejayaan seseorang pemerintah bergantung kepada kejayaan yang dimiliki, bantuan kewangan dan ketenteraan dari luar

Seseorang pemerintah yang berwibawa, harus memperkenalkan undang-undang yang efektif, selain membentuk pasukan tentera yang kuat dan berwibawa. Seseorang pemerintah juga perlu liberal, berperikemanusiaan dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kedudukannya dan kerajaan.

Pemerintah perlu yakin ke atas apa sahaja tindakannya terhadap penyokong dan musuhnya dan tanpa ragu-ragu melakukan perkara-perkara luar biasa demi menyelamatkan kedudukannya dan kerajaan. Pemerintah juga mesti pandai berpura-pura dan menguasai art of deceit.

Kesimpulannya Taktik dan strategi peperangan memainkan peranan penting dalam peperangan. Idea-idea Machiavelli yang agresif dalam mencapai matlamat telah digunakan dengan meluas dan membawa kepada penubuhan beberapa buah Negara bangsa di Eropah seperti England, Sepanyol dan Perancis. Manakala idea Sun Tzu menjadi panduan kepada kebanyakan Negara Barat dan dikaji dan digunakan oleh Napoleon Bonarparte dan tentera Nazi Jerman, Jepun, Korea dan ahli-ahli teori China. Walaubagaimanapun setiap taktik dan strategi peperangan yang dilaksanakan bergantung kepada situasi negara pada masa itu

MINGGU 7
http://sejarah13202.blogspot.com/2011_06_01_archive.html Soalan : Jelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah. (STPM 2010) Pengenalan :

Pada zaman pertengahan raja-raja di Eropah sukar untuk membiayai pasukan tentera kerana menghadapi kekurangan dana. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapat tentera kerahan. Walaupun begitu menjelang abad ke 9 M, perkembangan pesat sistem feudal telah menjadi asas untuk raja-raja di Eropah mempunyai tentera yang kuat dan mula menguasai wilayah-wilayah di bawah kekuasaan bangsawan lain. Perang Salib pula telah menjadi pemangkin kepada Eropah untuk melengkapkan tentera dengan lebih tersusus bagi menghadapi peperangan dengan lebih berkesan. Zaman awal moden Eropah bermula pada abad ke -11M sehingga abad ke 15M( 1000M 1499M ). Pada zaman ini berlaku perubahan yang ketara kepada organisasi ketenteraan di Eropah seperti penggunaan ubat bedil, musket dan meriam yang menjadi asas kepada kebangkitan organisasi ketenteraan moden di Eropah menjelang abad ke 16M.

Isi-isi :

Pengurusan Tentera : Tetap dan Bergaji

Pada zaman ini pasukan tentera tetap telah telah diwujudkan dan dikawal sepenuhnya oleh raja. Mereka dibayar gaji secara tetap oleh raja. Raja membayar gaji tentera daripada cukai yang dikutip daripada golongan peniaga dan pedagang yang muncul akibat daripada perkembangan ekonomi. Raja tidak lagi mendapatkan tentera kerahan daripada golongan bangsawan dan ini memunculkan raja menjadi monarki baru yang kuat. Kewangan negara yang besar ialah diperuntukan kepada tentera, pengurusan, peralatan dan

MINGGU 7
pengangkutan.

Latihan Ketenteraan :

Golongan tentera menerima latihan ketenteraan yang lasak,lebih berdisiplin dan dilatih oleh pegawai-pegawai sepenuh masa yang terlatih. Mereka dilatih menggunakan senjata baru seperti musket,pistol ,senapang, ubat bedil dan meriam.Latihan yang intensif ini menjadikan mereka tentera yang kuat dan mampu digerakkan pada bila -bila masa. Keadaan ini berbeza dengan zaman pertengahan yang kebanyakan tentera terdiri daripada tentera kerahan ,separuh mahir dan mempunyai obligasi feudal.

Komposisi Tentera :

Pada zaman ini komposisi pasukan tentera yang wujud tidak lagi didominasi oleh golongan Knight sahaja. Golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan.Mereka menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.Walaupun begitu ramai golongan bangsawan yang mendapat kepercayaan raja memainkan peranan menjadi pemimpin pasukan tentera.

Teknologi Ketenteraan :

Pada zaman ini penggunaan teknologi ketenteraan seperti penghasilan senjata api antaranya senapang, musket, pistol dan meriam telah mula digunakan secara meluas. Banyak peperangan besar berlaku di Eropah seperti perang antara Inggeris dan Perancis untuk merebut Normandy dan Aquaitaine antara tahun 1450-1453 yang menggunakan meriam secara besar-besaran. Penciptaan peluru besi, pencucuh, kelongsong peluru oleh orang Belanda serta penciptaan artileri bergerak oleh Raja Charles VIII dari Perancis pada 1490M menambah koleksi teknologi ketenteraan pada masa itu. Perubahan dalam penghasilan

MINGGU 7
teknologi moden ini menjadikan panah, pedang dan lembing sebagai alat kebesaran dalam upacara rasmi sahaja.

Jenis Tentera :

Pada masa ini jenis tentera yang utama ialah tentera infantri. Tentera infantri dilatih menggunakan musket, pistol, senapang dan meriam. Mereka akan digerakkan untuk membuat serangan atau bertahan. Kumpulan tentera kedua ialah pasukan kavalri yang menggunakan kuda dan digunakan untuk menyelinap masuk ke belakang pertahanan musuh atau memburu musuh yang sedang berundur. Menjelang abad ke- 15M penggunaan tentera kavalri dikurangkan hanya 15% dari keseluruhan angkatan tentera. Satu lagi perubahan yang ketara dalam zaman ini ialah penggunaan tentera laut yang terlatih. Pasukan tentera laut disediakan dengan kapal-kapal perang yang dilengkapi dengan peralatan senjata moden seperti meriam. Kapal-kapal ini akan digunakan untuk membedil kota, pelabuhan dan menyekat laluan perkapalan musuh. Pasukan tentera laut ini kemudiannya digunakan secara meluas untuk melakukan penjelajahan dan penerokaan ke dunia luar. Eropah kemudiaannya menjadi kuasa laut yang kuat dan mengalahkan orang-orang Arab serta menguasai dunia menjelang abad ke 16M.

Taktik dan Stratergi Perang :

Pada zaman ini taktik dan stratergi perang dimulakan dengan serangan meriam secara besar-besaran. Selepas itu barulah diikuti dengan serangan pasukan infantri yang disusun dalam beberapa lapisan. Setiap tentera infantri akan membawa senapang atau musket dan tentera dibahagian hadapan akan menembak terlebih dahulu. Mereka akan duduk dan barisan kedua pula akan menembak. Semasa itu barisan hadapan telah siap mengisi peluru dan kemudian menembak kembali selepas barisan kedua duduk. Proses ini berlaku berulang kali dan kadang kala melibatkan sehingga empat barisan. Pasukan

MINGGU 7
kavalri akan menyerang kemudiannya untuk menghalau dan memburu musuh. Pada zaman pertengahan istana dan kota menjadi kubu pertahanan yang strategik. Pada zaman awal moden Eropah keadaan ini menjadi sebaliknya kerana penggunaan meriam yang mudah meruntuhkan istana dan kota yang dibina dari batu. Untuk itu pakar ketenteraan zaman tersebut telah membina kubu yang lebih rendah dan berbentuk bintang berbucu atau berbentuk polygonal. Kubu ini dilengkapkan dengan pasukan bersenjata dan meriam untuk menahan serangan dari setiap penjuru.

Kepimpinan :

Raja memainkan peranan utama dalam menubuhkan dan menguruskan pasukan tentera

MINGGU 7
http://sukosenseistpm1.blogspot.com/2009/10/jelaskan-taktik-dan-strategipeperangan.html

JELASKAN TAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGAN YANG DISARANKAN OLEH SUN TZU DALAM BUKU SENI PEPERANGAN ( ART OF WAR ).

A. PENGENALAN.

1. Latarbelakang Sun Tzu.

1.1 Berkhidmat sebagai panglima tentera bagi kerajaan Wu dan memimpin pasukan tentera bagi menewaskan negeri Chu dan Ying.. 1.2 Menghasilkan sebuah buku berjudul seni peperangan yang dianggap buku ketenteraan yang tertua dan terbaik. 1.3 Buku Seni Peperangan mengandungi 6000 patah perkataan dalam 13 bab mengemukakan 13 taktik dan strategi peperangan yang harus diketahui oleh panglima tentera. 1.4 Taktik dan strategi yang disarankan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemerintah di negara China untuk meluaskan kuasa dan mengukuhkan kedudukan politik mereka. 2. Idea ini mempengaruhi para pemerintah dan pemimpin di China ketika itu. 3. pada zaman sekarang idea ini digunakan untuk tujuan perniagaan.

MINGGU 7

Born c. 544 BC (traditional) Died c. 496 BC (traditional) Occupation Military commander Ethnicity Chinese Writing period 722481 BC or 476221 BC (disputed) Subjects Military strategy Notable work(s) The Art of War

un Tzu[1] is traditionally believed to have authored The Art of War, an influential ancient Chinese book on military strategy considered to be a prime example of Taoist thinking. Sun has had a significant impact on Chinese and Asian history and culture, both as an author of The Art of War and through legend. During the 19th and 20th centuries, Sun's The Art of War grew in popularity and saw practical use in Western society, and his work has continued to influence both Asian and Western culture and politics.

Historians have questioned whether or not Sun was an authentic historical figure. Traditional accounts place him in the Spring and Autumn Period of China (722 481 BC) as a heroic general of the King of Wu who lived c. 544496 BC. Scholars accepting his historicity place his supposed writing The Art of War in the Warring States Period (476221 BC), based on the descriptions of warfare in the text. Traditional accounts state that his descendant, Sun Bin, also wrote a master treatise on military tactics.

MINGGU 7

ISI ISI PENTING 10 isi x 2 markah

13 taktik dan strategi peperangan yang dikemukakan oleh Sun Tzu dalam buku Seni Peperangan :

1. Anggaran. i. merujuk kepada kajian teliti oleh pemerintah sebelum melancarkan peperangan kerana ia melbatkan nyawa dan masa depan negara

2. Melancarkan peperangan. i. panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat peperangan yang berpanjangan harus dielakkan kerana tidak mendatangkan sebarabg faedah, melemahkan semangat askar serta memakan kos yang tinggi.

3. Strategi menyerang. i. seseorang panglima perang harus mengatur strategi untuk menawan musuh tanpa peperangan yang berlarutan. Strategi yang terbaik ialah menewaskan musuh tanpa kekerasan

4. Taktik penempatan. i. taktik penempatan yang baik ialah apabila dapat memilih lokasi yang paling baik untuk menempatkan tentera dan harus dirahsiakan dari pihak musuh. Seseorang bpanglima tentera yang baik mampu mengubahsuai taktiknya bersaskan tindak tanduk musuh.

5. Mobilisasi tentera.

MINGGU 7
i. Sun Tzu menyarankan agar pasukan tentera sentiasa mengawasi gerak geri musuh. Khemah tentera harus dibina di tempat yang tinggi dan menghadap matahari. Serangan dengan mendaki gunung harus dielakkan.

6. Kelemahan dan kekuatan. - kesudahan sesuatu peperangan dapat ditentukan jika seseorang panglima tentera dapat menggunakan kelebihan yang ada pada tenteranya dengan paling berkesan. Contohnya, pasukan tentera yang tiba lebih awal mempunyai persediaan yang lebih berbanding pasukan tentera yang lewat.

7. Menjalankan muslihat. i. Sun Tzu menegaskan apabila menghadapi musuh yang lebih kuat, tipu muslihat adalah taktik terbaik yang boleh digunakan.

8. Sembilan pemboleh ubah. i. Sun Tzu menyenaraikan sembilan keadaan yang boleh dihadapi atau wujud dalam peperangan dan bagi setiapa keadaan atau situasi tersebut tindakan yang berbeza harus dilakukan.

9. Situasi dan keadaan. i. jika digunakan sebaik mungkin ia memainkan peranan yang penting. Sun Tzu berpendapat bilangan anggota tentera tidak semestinya menetukan kemenangan atau kekalahan. Apa yang lebih penting ialah adalah cara panglima tentera mengagihkan tenteranya.

MINGGU 7

10. Mengenali bentuk muka bumi. i. Sun Tzu telah mengenalpasti enam jenis bentuk muka bumi antaranya ialah yang mudah dilalui, tempat yang sukar dilalui dan menyebabkan kelewatan, tempat yang sempit tempat yang tinngi dan jauh daripada musuh

11. Iklim atau cuaca. i. keadaan berperang amat digalakkan pada musim panas dan kering serta berangin.

12. Serangan menggunakan api. i. elakkan menggunakan api dalam peperangan kecuali jika terdesak kerana kemusnahan yang berlaku adalah sangat buruk. Penggunaan api dicadangkan ialah membakar peralatan, membakar gudang senjata, membakar saluran makanan dan membakar tentera musuh.

13. Menggunakan pengintip. i. menurut Sun Tzu, panglima tentera yang baik mampu memperoleh kejayaan kerana telah mengumpul maklumat yang cukup tentang musuh melalui pengintipan. Sun Tzu telah mengkelaskan pengintip kepada lima jenis : a. pengintip tempatan penduduk negeri musuh b. pengintip dalaman terdiri daripada pegawai pegawai musuh c. pengintip kedua dua pihak pengintip yang dihantar oleh musuh digunakan untuk mendapat maklumat tentang pihak musuh. d. Pengintip maut .

B. KESIMPULAN

MINGGU 7

Jelaslah bahawa buku yang dihasilkan oleh Sun Tzu mengandungi banyak maklumat tentang strategi peperangan. Malah banyak idea yang dikemukakan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin tentera Barat seperti Napoleon Bonaparte dan tentera Nazi Jerman. Idea idea ini juga dikaji oleh pakar pakar ketenteraan China, Korea dan Jepun. Maklumat yang terkandung dalam karya ini amat berharga. Karya ini banyak mengutarakan pertalian di antara pertimbangan dari segi politik serta polisi ketenteraan dan telah menjadi panduan kepada ahli politik dan ahli perniagaan sehingga sekarang.

Anda mungkin juga menyukai