Anda di halaman 1dari 3

BIBLIOGRAFI

Hamiudin Osman. (2008). http://www. hamiudin.blogspot.com/.../pendidikankonservasi-solusi-aman-part.html. Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Pendidikan. Dilayari pada 28 Ogos 2010. Zaireey http://www.zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2009/.../pendidikan.html Objektif Pendidikan Konservasi. Dilayari padda 29 Ogis 2010. Tiada nama pengarang. http://www.pjk.ipti.edu.my/.../KKBI%20%20KKP%20(Sukan%20dan%20Rekreasi . Sukan Reakreasi : Pendidikan Konservasi. Dilayari pada 31 ogos 2010. Tiada nama pengarang http:// www.lombalomba.com/?...kepentingan+aktiviti+ perkhemahan+dalam+pendidikan+konservasi. Dilayari pada 10 September 2010. Tiada nama pengarang. (2009). http:// www.scribd.com/doc/2408893/ Pendidikan-Konservasi . Pendidikan Konservasi. Dilayari pada 15 September 2010.

REFLEKSI DAN ULASAN KENDIRI

Menuntut di Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh dalam opsyen dan minor Pendidikan Jasmani memerlukan saya untuk melaksanakan satu tugasan mengenai Pendidikan Konservasi. Justeru, apabila menerima tugasan ini pada, diri saya tertanya- tanya apalah pengisian atau tugasan kerja yang perlu saya kaji dan selidik mengenai tajuk tugasan ini. Proses mengumpul maklumat dimulakan dengan mencari sumbersumber dalam internet dan bahan bacaan ilmiah yang banyak mengutarakan isuisu mengenai Pendidikan Konservasi. Secara keseluruhannya, Pendidikan Konservasi yang dipelajari telah mengajar dan mendedahkan saya kepada konsep dan langkah dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Saya semakin menyedari kepentingan kita sebagai anggota masyarakat untuk mencintai dan menghargai alam sekitar di sekeliling kita. Dewasa ini juga, kita disogokkan dengan pelbagai isu alam sekitar, seperti pencemaran, penebangan hutan dan sebagainya. Justeru, kini masih tidak terlambat untuk kita berusaha menjaga alam sekitar ini dengan pelbagai usaha pemeliharaan dan

pemuliharaan. Selain itu, kaedah pemerhatian yang dijalankan juga telah memberikan saya banyak gambaran mengenai isu pencemaran yang wujud di sekitar tempat pengajian saya. Jika sebelum ini, saya mungkin kurang peka dengan pencemaran yang berlaku di kawasan maktab ini , namun melalui tugasan kali ini, ia telah memberi peluang kepada saya untuk mengkaji sekitar kawasan insitut dan ternyata terdapat beberapa pencemaran yang berlaku dan hal ini agak mendukacitakan saya. Sebagai seorang pelajar dan bakal pendidik, saya kira seharusnya lebih peka dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menanamkan sifat cinta akan alam sekitar. Semuanya demi kepentingan generasi akan datang supaya mereka dapat menikmati alam sekitar yang sihat dan selesa.

Begitu juga ketika usaha untuk menyiapkan tugasan. Pada mulanya, saya menghadapi kekurangan idea dalam memahami pengisian tajuk. Akhirnya, selepas mendapat penerangan yang lanjut daripada pensyarah dan dengan bantuan rakan-rakan, saya mendapat panduan dengan lebih lanjut untuk kerja kursus ini. Hal ini juga mungkin kerana pada hemah saya, tajuk ini amat dekat dengan dunia sekeliling kita.

Tugasan yang dilakukan juga telah mengajar saya untuk memupuk sikap sabar yang tinggi sepanjang melakukan kajian. Misalnya dalam proses mencari dan mengumpul maklumat. Hal ini kerana ada ketikanya maklumat yang dicari tidak menepati pengisian dan kehendak soalan. Justeru, saya berusaha mencari alternatif lain dengan membuat perbincangan bersama rakan- rakan dan pensyarah yang mengajar. Begitu juga dalam jadual kerja saya. Saya perlu bijak dalam membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan lain juga. Terutama dalam musim raya ini. Suasana raya masih terasa sehingga kadang-kala saya berasa kurang bersemangat untuk menyiapkannya. Namun, akhirnya,

Alhamdulillah tugasan ini berjaya juga disiapkan walaupun mungkin tidak sesempurna yang diharapkan.

Secara kesimpulannya, kajian yang dilakukan telah memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya mengenai langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Tidak ketinggalan, saya dapat menyusuri sedikit sebanyak nilai-nilai murni daripada kepentingan menjaga alam sekitar ini. Sebagai generasi muda, saya semakin menyedari kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian kita. Harapan saya juga agar generasi muda yang lain turut berpeluang dan memupuk minat dalam mendalami bidang yang sama.

Anda mungkin juga menyukai