Anda di halaman 1dari 3

Modul Pembelajaran Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi : Pemeliharaan Haiwan Makmal

betina. Sow boleh beranak 5 kali dalam setahun dengan bilangan anak 2 hingga 4 ekor setiap kali beranak.

Tempoh bunting 56 hari ke 74 hari. Purata 68 hari. Anak yang lahir akan mula merayau dalam masa 24 jam. Matanya telah terbuka dan badannya telah ditumbuhi bulu. Armut betina hanya memiliki 2 puting susu. Anak-anknya menyusu mengikut giliran.

Sarang beranak

Kotak sarang pada sangkar marmut bunting

Hamster matang bila berumur 6 minggu. Bagaimanapun elok dibiakkan hanya bila mencapai umur 10 ke 12 minggu. Hamster betina datang estrus setiap 4 hari. Ia menjadi lebih aktif ketika biang. Ia akan beranak 16 hari selpas dikahwinkan. Hamster betina yang hendak dibiakkan dimasukkan ke dalam sangkar hamster jantan. Sekiranya bergaduh menunjukkan hamster betina masih belum bersedia untuk mengawan. Ia perlu segera dikeluarkan. Pisahkan hamster yang bergaduh dengan menggunakan kadbod atau apa-apa penghalang. Sekiranya hamster betina dibiarkan bersama hamster jantan, pastikan sangkar luas dan mempunyai tempat hamster jantan bersembunyi dari hamster betina. Mereka perlu diasingkan selepas 10hari.

Sekiranya pembiakan koloni dibuat, 3 ke 4 ekor betina dicampurkan dengan seekor hamster jantan selama 10 hari. Ia akan beranak 16 hari selepas dikahwinkan. Dua hari sebelum beranak, bersihkan sangkar dan ganti dengan bedding yang baru. Liter mencapai hingga 16 ekor dengan purata 6 ke 8 ekor. Anak dilahirkan dalam keadaan buta dan tidak berbulu. Hanya selepas 10 hari baru ia mula bergerak cergas dan 140

Modul Pembelajaran Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi : Pemeliharaan Haiwan Makmal

matanya mula terbuka pada hari ke 14. Anak bersama ibu jangan diganggu sehingga 14 hari. Ibu akan membunuh anaknya jika diganggu. Anak dicerai susu seteloah 24 ke 28 hari. Asingkan jantan dan betina dalam sangkar yang berlainan. Pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk adalah biasa sekiranya mereka diletakkan dalam sangkar yang sempit. Hamster betina boleh beranak sehingga 6 kali dalam setahun. Bagaimanapun selepas itu, ia menjadi kuarang produktif. Hamster jantan selalunya menjadi tidak subur setelah berumur lebih setahun. Tikus matang bila berumur 16 minggu. Seekor jantan boleh dicampurkan dengan 1 hingga 3 betina. Tempoh bunting selam 21 hingga 24 hari. Bila hampir beranak, tikus betina akan menyusup ke bawah bedding di penjuru sangkar. Litter sehingga 16 ekor. Lahir dalam keadaan merah, buta dan tanpa bulu. Setelah 2 hari bulunya mula kelihatan. Setelah 10 hari, mula bergerak bebas. Litter dicerai susu ketika berumur 4 minggu.

Mencit betina matang bila berumur 4 minggu dan mencit jantan matang bila mencapai umur 5 minggu. Tempoh bunting ialah 21 hari. Litter 5 ke 10 ekor walaupun mungkin sampai 20 ekor. Gangguan menyebabkan mencit membunuh dan memakan anaknya. Biarkan seminggu. Anak yang baru lahir dalam keadaan buta, tanpa bulu. Setelah 3 hari, bulu mula tumbuh. Mata terbuka pada hari ke 14 dan mula merayap dan mula memakan makanan pejal dan keras. Pisahkan ikut jantina bila berumur 3 minggu. Untuk menangkap dan mengangkat mencit, biarkan ia masuk ke dalam cawan atau bekas kecil berongga. Juga boleh diangkat dengan memegang pangkal ekornya.

141

Modul Pembelajaran Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi : Pemeliharaan Haiwan Makmal

Unit 9.5

Pembiakan

PANDUAN KERJA
Bahan dan Peralatan
Working attire (boots, apron, glove, mask, overall). Ketaman papan Kotak/material untuk dibuat sangkar dan sarang beranak. Carikkan kertas dan rumput kering.

Tugasan
Mengendali haiwan mengawan, mengurus ibu bunting dan anak yang dilahirkan sehingga cerai susu.

Pencapaian Standard
Murid boleh melakukan kerja-kerja seperti berikut: 1. Mengenal pasti haiwan betina yang biang 2. Memilih jantan yang sesuai untuk pembiakan 3. Mengendali proses mengawan haiwan makmal 4. Menyediakan sarang untuk beranak 5. Menguru anak sehingga cerai susu.

142