Anda di halaman 1dari 18

&

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

TATACARA PENGGUNAAN E-MEL Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

Hak Akses Pengguna

Muat Naik Bahan

Memilih Laman

Muat Turun Bahan

Pengesahan Maklumat

Perbincangan Awam

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

a) HAK AKSES PENGGUNA


Hak akses membantu melicinkan pentadbiran @ memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya adalah hak milik Kerajaan.

b) MEMILIH LAMAN
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja & terhad untuk tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.

c) PENGESAHAN MAKLUMAT
Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan & kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan.

f)
d) MUAT NAIK BAHAN
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak & mendapat pengesahan drpd Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

PERBINCANGAN AWAM
Hanya pegawai yang mendapat kebenaran boleh melibatkan diri & menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup & bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar & tatacara yang telah ditetapkan.

e) MUAT TURUN BAHAN


Hanya bahan yang sah dibenarkan untuk dimuat turun seperti perisian yang berdaftar & di bawah hak cipta terpelihara. Bahan yang dimuat turun hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.

Perkara yang melanggar tatacara penggunaan Internet:


a) Memuat naik, memuat turun, menyimpan & menggunakan perisian tidak berlesen. b) Menyedia & menghantar maklumat berulangulang berupa gangguan. c) Menyedia, memuat naik, memuat turun & menyimpan material, teks ucapan, imej @ bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah. d) Menyedia, memuat naik, memuat turun & menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah @ hasutan yang boleh memburuk & menjatuhkan imej Kerajaan.

e) Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup & bulletin board. f) Memuat naik, memuat turun & menyimpan @ teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara & menakutkan pengguna internet yang lain. g) Memuat turun, menyimpan & menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video & lagu. h) Menggunakan kemudahan chatting melalui internet.

e) Menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi. f) Menjalankan aktiviti-aktiviti komersial & politik. g) Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata & aktiviti pengganas. h) Memuat naik, memuat turun, menghantar & menyimpan kad elektronik, video, lagu & kepilan fail melebihi saiz 2 MB yang boleh mngakibatkan kelembapan perkhidmatan & operasi sistem rangkaian komputer i) Menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke internet.

E-MEL
E-mel merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi dalam bentuk mesej elektronik. E-mel membolehkan komunikasi dua hala dengan pantas & lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas. Terdapat dua kategori e-mel rasmi iaitu:

E-mel yang mengandungi maklumat @ perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad, Sulit, Rahsia @ Rahsia Besar. E-mel yang tidak mengandungi maklumat @ perkara rahsia rasmi.

KAEDAH PENGGUNAAN E-MEL


a)PEMILIKAN AKAUN EMEL
Alamat e-mel yang diperuntukkan sahaja boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain yang dikongsi bersama adalah dilarang.

c) PENGHANTARAN
penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan e-mel rasmi & pastikan e-mel penerima adalah betul.

b) FORMAT
E-mel adalah salah satu saluran rasmi kerajaan. Ini bermakna, setiap e-mel mestilah mengandungi rujukan fail, tarikh & logo rasmi. Penggunaan huruf besar tidak digalakkan & dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya, gabungan huruf kecil & huruf besar digunakan.

d) PENGHANTARAN BERSAMA FAIL KEPILAN


penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan fail minit mesyuarat & elakkan menghantar & menerima fail e-mel yang bersaiz melebihi 2 MB.

f) MENGENAL PASTI IDENTITI PENGGUNA


setiap pengguna perlu mengenal pasti & mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi & transaksi maklumat melalui e-mel. Ini bertujuan untuk me;indungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

e) PENERIMAAN
pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka emel daripada penghantar yang tidak diketahui @ diragui.

g) PENYIMPANAN
Setiap e-mel rasmi yang dihantar @ diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara pengurusan sistem fail elektronik agensi masingmasing. Jumlah e-mel yang disimpan hendaklah tidak melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan & mengutamakan penyimpanan e-mel yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan e-mel pada sumber storan kedua seperti disket adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan.

h) PEMUSNAHAN & PENGHAPUSAN


e-mel yang tidak penting & tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan & tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. (Contoh: draf kertas kerja, draf minit, kertas makluman & brosur).

i) TARIKH & MASA SISTEM KOMPUTER


Sebelum sesuatu mesej dihanatr, perlu ditentukan tarikh & masa sistem komputer adalah tepat.

PENGGUNA

1. Menggunakan akaun @ alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan. 2. Memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan. 3. Menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri keselamatan yang sesuai. 4. Memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan.

5. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk emel di dalam akaun sendiri. 6. Berhenti & memutuskan talian dengan sertamerta sekiranya kakitangan menerima & disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur-unsur tidak menyenangkan. 7. Mengadakan salinan @ penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket bagi tujuan keselamatan.