Anda di halaman 1dari 2

Konsep Membimbing Terdapat pelbagai cara membantu dan membimbing manusia.

Antaranya, dengan memberi nasihat, membimbing, kaunseling dan mungkin juga melalui proses psikoterapi. Konsep-konsep asas membimbing ini wajar difahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor berdasarkan keupayaan dan kemahiran masing-masing. Dalam surah al-Ansr ayat 1-3, Allah SWT berfirman, Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran. Disini jelas menunjukkan bahawa memberi nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan adalah sangat dituntut dalam agama Islam. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa menjadi penasihat dan menerima segala nasihat daripada orang lain. Nasihat dan teguran diberi untuk mencegah perbuatan yang salah dan cuba untuk memperbaiki perlakuan yang salah itu tadi dengan teguran. Definisi Bimbingan Bimbingan ialah satu perkataan yang kebiasaanya digunakan berkaitan dengan bidang kaunseling. Kamus DBP mendefinisikan bimbingan sebagai : perbuatan membimbing, memberi petunjuk, huraian, dan lain-lain. Oleh itu, penasihat dan pembimbing adalah konsep yang membawa maksud yang sama. Kebiasaannya, kita menggunakan bimbingan dalam konteks bimbingan keagamaan dan pelajaran. Dari segi ilmiahnya, bimbingan adalah suatu disiplin yang sering digandingkan dengan kaunseling. Antara matlamat bimbingan adalah untuk membantu individu mengenali diri, membantu untuk mengenal orang lain, membantu mengenal persekitaran sekeliling dan membantu individu menjadi lebih berkesan, produktif dan sejahtera. Manakala matlamat perkhidmatan bimbinga di sekolah adalah untuk penyuburan dan penggayaan semua aspek di seseorang pelajar. Selain itu, ianya juga adalah

untuk pencegahan salah dan pemulihan pelajar yang bermasalah. Seterusnya sebagai memberi kaunseling dan nasihat krisis. Definisi Kaunseling Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu caunseling. Counsel diertikan sebagai advice or consultation. Secara ringkas, apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, istilah counseling bermaksud penasihat atau perunding. Manakala pemberi kaunseling pula diistilahkan sebagai Kaunselor. Kaunselor pula bermaksud seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu bayaran yang ditetapkan ataupun apa-apa balasan yang lain. Bagaimanapun, nasihat boleh diberi dalam konteks kaunseling di Malaysia. Ini kerana nasihat adalah amalan yang mulia dan penting daam masyarakat Islam. Kaunselor sememangnya sentiasa digalakkan agar mengambil kira konteks budaya dan agama seseorang klien. Namun, kaunselor haruslah ingat dia perlu mendengar segalah masalah daripada klien sebelum membincangkan pemasalahan dan mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Kaunseling boleh diterjemahkan sebagai satu perhubungan menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalam teknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan berkenaan perlakuan manusia, dengan seseorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun paksa. Laporan Program Bimbingan Dan Kaunseling Tahunan

Anda mungkin juga menyukai