Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan

pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah perlu dipertingkatkan. Pada masa kini penggunaan matematik dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Bagi memastikan perkembangan menyeluruh dan seimbang, penekanan perlu ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas, penerapan nilai murni dan pemupukan nilai dan bakat. Potensi dan bakat pelajar perlu diperluaskan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk berkembang mengikut keupayaan dan minat masing-masing. Hal ini memerlukan pendekatan yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Seperti yang sedia maklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang menuntut supaya potensi individu dikembangkan seiring dengan nilai murni yang dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dengan itu, untuk menentukan pelajar di sekolah agar berketrampilan bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar, penekanan perlu diberi kepada pemupukan dan peningkatan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif, kemahiran interaksi dan sebagainya. Kesemua aspirasi ini dapat dilihat dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik yang melakarkan pelbagai usaha perbincangan memperihalkan

beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. Terdapat banyak projek serta program-program berkaitan matematik yang telah dibuat untuk menghasilkan output pelajar yang terbaik bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Malaysia. Selain itu, kita juga harus berterima kasih dengan sumbangan tokoh-tokoh matematik sangat signifikan untuk kemajuan pendidikan matematik pada zaman sekarang.

Sejarah Perkembangan Matematik di Malaysia

SEJARAH KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA Pendidikan Matematik Sebelum Perang Dunia II Matematik yang diajar di sekolah rendah pada zaman Perang Dunia II jelas mementingkan kemahiran asas mengira (iaitu tambah, tolak, darab, bahagi) yang perlu bagi kehidupan sehari-hari. Guru-guru pada masa itu mengajar dengan mengikuti risalah-risalah panduan, kerana tiada terdapat sukatan pelajaran yang digazetkan sehingga 1965. Pada tahun 70-an pula, guru-guru mengajar mengikuti bahan-bahan panduan baru yang disediakan oleh Projek Khas, Kementerian Pelajaran. Bahan-bahan ini, berbanding dengan masa yang sudah-sudah, lebih menekankan kefahaman konsep-konsep matematik daripada penguasaan kemahiran. Dari kajian-kajian yang dijalankan, didapati bahawa taraf kecapaian murid-murid yang mengikuti kurikulum yang berpendekatan moden ini masih boleh diperbaiki. Dengan itu, langkahlangkah positif telah diambil untuk memulihkan keadaan. Suatu kurikulum baru digubal berasaskan dapatan-dapatan dan syor-syor dari kajian-kajian yang berkenaan. Kurikulum baru ini mula dicuba pada tahun 1982, dan pelaksanaan penuh bagi peringkat Tahun1 bermula pada tahun 1983. Dalam kurikulum ini, penguasaan kemahiran asas diberi keutamaan yang lebih tinggi. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sejak zaman penjajah hingga awal tahun enam puluhan, kurikulum matematik tidak mengalami apa-apa perubahan besar. Aritmetik, geometri dan aljabar diajar secara terasing dan tiada langsung terdapat usaha untuk menggabung atau mengamirkan cabang-cabang tersebut atau unsur-unsur darinya. Pengajaran-pengajaran di bilik darjah pula dikuasai oleh guruguru semata-mata, dan hanya buku teks, papan hitam, dan kapur sahaja yang digunakan untuk menerangkan segalakonsep yang terlibat, dari yang paling konkrit kepada yang paling niskala. Pada penghujung tahun enam puluhan, negara ini telah turut serta dengan negara-negara maju dalam gerakan untuk memperbaharui kurikulum matematik dan sains supaya sesuai dengan keperluan-keperluan baru dari segi perkembangan sains dan teknologi yang telah muncul dengan agak serta-merta akibat pelancaran

Sputnik I oleh Rusia pada 1957. Maka muncullah Hisab Moden di sekolah-sekolah menengah pada tahun 1970, dengan beberapa tajuk baru yang belum pernah ditemui di sekolah-sekolah serta pendekatan mengajar yang begitu berlainan daripada apa yang telah diamali sebelum itu. Kurikulum matematik, seperti mana-mana kurikulum pun, harus terus berkembang, sama ada dari segi pendekatan atau isi atau bahan sokongan,ataupun matlamat, penekanan dan rasionalnya sendiri. Kejayaan atau kegagalan sesuatu kurikulum itu susah hendak dinilai. Berbagai faktor terlibat dalam penentuan bentuknya, dalam penyediaan pelaksanaannya, serta dalam penentuan

kejayaannya. Dengan itu, kejayaan atau kegagalan haruslah dilihat dari berbagai segi, walaupun cara yang paling mantik dan langsung ialah dengan menentukan sama ada tercapai atau tidaknya matlamat-matlamat kurikulum berkenaan.

Pendidikan Matematik Dalam Tahun Lima Puluhan Ke Tujuh Puluhan Walaupun terasing dari Amerika Syarikat, Britain dan Eropah dari segi geografi, kebudayaan, sejarah dan berbagai aspek lain, Malaysia turut merasai kesan dari gelombang besar yang telah melimpah dari negara-negara tersebut. Negara ini turut mengatur langkah-langkah ke arah merombak semula kurikulum Matematik dan Sains di sekolah-sekolah supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa. Pada tahun 1964, suatu jawatankuasa Penasihat Bagi Pengajaran Sains Asas (Advisory Committee on the Teaching of Basic Sciences). Pada tahun 1965 pula, Universiti Malaya telah mengadakan suatu seminar matematik. Seminar tersebut telah mengemukakan syor supaya suatu jawatankuasa ditubuhkan, yang mempunyai tujuan di antara lain, untuk mengenalkan guru-guru kepada konsep-konsep asas serta penggunaan Matematik Moden, untuk mengkaji isi bahan-bahan baru matematik (terutama sekali bahan yang dihasilkan oleh School Mathematics Project di Britain), dan untuk menyesuai dan memasukkan ke dalam sistem pendidikan Malaysia mana-mana perkara yang dianggap sesuai dan perlu. Berikutan dengan ini suatu kursus telah diadakan pada 1966 oleh Kementerian Pelajaran untuk tiga puluh orang guru kanan matematik dengan tujuan untuk mengenalkan kepada mereka tajuk-tajuk baru yang difikirkan relevan bagi peringkat menengah. Kemudian, pada tahun 1969, Peter Whyte dari projek Scottish

Mathematics Group , Scotland telah dijemput menjadi pakar perunding kepada Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk menyediakan suatu sukatan matematik. Pada 1970, sukatan pelajaran matematik, yang dikenali sebagai Hisab Moden, yang diubahsuaikan dari SMG telah dilaksanakan di 26 buah sekolah menengah rendah, dan pelaksanaan diteruskan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1973 pula, Hisab Moden yang diubahsuaikan dari SMP diperkenalkan di peringkat atas, dan pelaksanaannya diteruskan. Pada tahun 1978, kedua-dua sukatan pelajaran Ilum Hisab Moden bagi Tingkatan I III dan Tingkatan IV & V disatukan dan dipanggil Sukatan Pelajaran Matematik Malaysia, Tingkatan I V.

PERKEMBANGAN DALAM TAHUN LAPAN PULUHAN Di sepanjang pelaksanaan kurikulum rendah dan menegah (kedua-duanya mula dilaksanakan pada 1970) penilaian berterusan secara kualitatif dan tak formal dijalankan oleh pihak PKK dan pihak-pihak lain di Kementerian Pelajaran. Di manaboleh dan di mana perlu, bimbingan telah diberi kepada guru-guru. Bagi sekolah rendah, satu kajian penting yang melibatkan sampel sekolah di seluruh Malaysia telah dijalankan oleh PKK dalam 1979. Dapatannya: i. Ramai murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan MENGIRA. Keadaan ini berlaku di semua jenis sekolah sama ada medium kebangsaan, Cina atau Tamil, dari Darjah 1 hingga Darjah 6. ii. Taraf pencapaian murid-murid di luar bandar di dalam ketiga-tiga kemahiran asas (3M).....lebih rendah daripada murid di bandar. iii. Murid-murid luar bandar dari sekolah saiz kecil mendapat pencapaian yang paling rendah. Bagi sekolah menengah pula, di sepanjang tahun 1979 PPK telah menjalankan kajian yang mendalam dan dan menyeluruh tentang siskandunan sukatan pelajaran Matematik (Moden). Hasil kajian ini merupakan syor-syor yang meliputi, di antara lain, perkara-perkara berikut: i. Beberapa tajuk yang terlampau mendalam dikurangkan isinya

ii.

Beberapa tajuk yang tidak sesuai tempatnya, dialih ke Tingkatan atas atau bawah darinya

iii.

Beberapa tajuk yang tidak sesuai atau tidak relevan lagi atau terlalu membebankan, dikeluarkan. Kajian yang membawa kesan besar terhadap kurikulum matematik

menengah dan rendah ialah kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato Seru Dr. Mahathir Mohamad, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perkembangan kurikulum matematik di Malaysia Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.

i.

Laporan Razak (1956)

Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

ii.

Laporan Projek Khas (1970)

Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan

matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Yayasan Asia membiayai projek ini. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.

iii.

Program Matematik Moden (1970)

Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Dua buah buku teks; Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima; telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. telah disatukan pada 1978.

Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.

iv. KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik

supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua; Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3) mementingkan

penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahirankemahiran asas matematik.

v.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat

adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan

menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan embil dan menyumbang

kepada pembentukan modal embil yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan embil. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993) vi. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988)

Ekoran daripada perkembangan kurikulum baru sekolah rendah, satu kurikulum baru juga dirancangkan utuk pelajar sekolah menengah. Pendidikan matematik menengah adalah untuk memperkembangkan

pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Kurikulum ini merupakan suatu pendidikan matematik yang umum, tumpuan adalah diberi kepada pengukuhan, penguasaan dan peluasan penggunaan empat operasi aritmetik yang asas serta perkembangan kemahiran penyelesaian masalah Kandungan matematik KBSM diolah kepada tiga bidang luas iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan selaras dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam kehidupan harian. Kurikulum ini menekankan juga penggunaan matematik dalam situasi umum khususnya dalam konteks semasa di Malaysia. Dalam penyampaian konsep dan kemahiran, pengesan diberi kepada keseimbangan di antara kedua-duanya.

vii.

Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat

menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hieraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan, ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek Imbuhan

(Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.

viii.

Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)

Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di

antara golongan kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980. Melalui projek ini, peruntukanperuntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra- sekolah yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan, bantuan kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber- sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif muridmurid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.

ix.

Projek InSPIRE (1977)

(Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment)

Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai set bahan- bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan

matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.

x.

Projek Sekolah Bestari di Malaysia

Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship- flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari.

Sumbangan tokoh-tokoh matematik yang dipilih

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH MATEMATIK


Rene Descartes (1596-1650)

Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya. Sir Isaac Newton (1642-1727)

Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan mereka cipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari. Pencapaian beliau adalah dalam bidang Hukum Newton dan Teorem binomial.

John Venn (1834-1923)

John Venn dilahirkan pada 4 Ogos 1834 di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set. Al-Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun

sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual kotangen Omar Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abdul Fateh Omar Ibn Ibrahim alKhayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 Disember

1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi

persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajiankajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-alJalali. Al-Khazin (900-971)

Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya. Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh

Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi. Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya. Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safaih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain. Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua. Hasil kerja alKhazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi. Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z. Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy. Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.

Archemides (212-287 SM)

Dilahirkan pada 212 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 287 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom. Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai

Bapa Kalkulus. Pencapaian beliau yang terkenal ialah Hukum Hidrostatik Archimedes, mencipta takal, Skru Archimedes dan menemui pi . Johann Carl Friedrich Gauss (1777-1855)

Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Gttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101. Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematik dan astronimi. Antara pencapaiannya ialah :

Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdana

Pembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas.

Al-Khawarizmi (780-850)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra AlKhawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli matematik teragung dan jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab

membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Seterusnya, beliau turut membangunkan secara terperinci bidang

trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau juga turut bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Al-Biruni (973-1048 M)

Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang

ditulis oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Pendidikan Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara karya beliau yang teragung ialah Rasail alBiruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penu-lisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul. Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik. Dalam bidang trigonometri sfera Al-Biruni menulis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-Dairah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. AlBiruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik. Karangan Qanun al-Masudi

yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke-satuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu: sinA = sinB = sinC a b c

Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum. Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India, Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik dan Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza. Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.

Pythagoras (569 SM475 SM)

Pythagoras hidup dalam zaman 500's SM, dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar Brotherhood of Pythagoreans, terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati atau tulin, di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka, kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. Mereka berambut panjang, berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka, muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri, tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa, disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. Mereka menemui nombor bukan nisbah.

Euclid ( 325 SM265 SM)

Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria, Mesir untuk beberapa ketika. Kemungkinan nama Euclid diadaadakan sahaja. Walaubagaimana pun, beliau hidup dalam masa 300 SM. Beliau belajar di Akademi Plato di Athens, di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau, Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Pada asasnya, segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid, terutamanya 'The Elements'. The Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry, Volumes 7-9: Number Theory, Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers, Volumes 11-13: Solid Geometry. The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. The Euclidean algorithm yang selalunya dirujuk sebagai Euclid's algorithm digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua , juga terkandung dalam Euclid's Elements. Hari ini, kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik, garisan dan bentuk-bentuk. Kemudiannya, beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan, berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan, begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. Ianya

digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah, Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun, sehingga ke abad 20. Liu Hui (220 SD280 SD)

Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap Nine Chapters pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu, lebih kurang 263 SD. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik, bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan, soal selidik, urusan jual-beli dan urusan cukai. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations), dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik differential and integral calculus.

Brahmagupta (598 670 SD)

Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik, dimana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik, algoritma untuk punca kuasa dua, penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. Seorang penulis pada zaman itu, Bhaksara II, menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani, yang bermaksud, "mutiara di kalangan ahli matematik (the gem in the circle of mathematicians). Blaise Pascal ( 1623 1662 )

Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand, Perancis pada 19 Jun 1623. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran,

yang disebut teorem Pascal. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian, yang masih digunakan dalam matematik hari ini, jadual Aktuaria, teori fizik dan statistik sosial. Dalam hal penemuan, beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Kemudian, ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu.

RUMUSAN Sebagai rumusan, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa

perkembangan kurikulum matematik di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikan sesuai dengan peredaran arus zaman dan tuntutan semasa. Kesemua usaha yang dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pelajaran kurikulum matamatik di sekolah supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi. Maka, sebagai bakal guru matematik seharusnya memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum. Hal ini mustahak kerana maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik matematik itu sendiri.

Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajarannya (Noraini , 1994). Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi tidak mencukupi untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan bermakna. Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada tahap pemahaman murid terhadap sesuatu konsep di samping kemahiran mengira dan penyelesaian masalah. Untuk itu para guru harus sentiasa peka dengan perkembangan kurikulum matematik di Malaysia agar dapat menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan semasa. Disamping itu, kajian-kajian tentang amalan pengajaran para guru amat perlu dilakukan dari masa ke masa supaya masalah dan kekurangan akan dapat dikenalpasti, dan seterusnya jalan penyelesaian dapat dilakukan dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai