Anda di halaman 1dari 14

Acara Olahraga

PENGENALAN
Olahraga trek dan padang adalah acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos yg bermaksud "bertanding". Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara melontar dan lompat. Melontar dan melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap manusia yang sihat tubuh badannya.

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu: Acara balapan

Acaraacara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sederhana dan jauh dan berjalan kaki.

Senarai acara balapan ialah :-

1. Lari Pecut a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter


2. Lari berganti-ganti a) 4 x 100 meter b) 4 x 200 c) 4 x 400

3. Lari berpagar a) 100 meter wanita b) 110 meter lelaki c) 400 meter
4. Steeplechase (lari dgn penghalang/lumba merentas halangan) a) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauh

a) 800 meter b) 1,500 meter c) 3000 meter d) 5000 meter e) 10,000 meter 6. Berjalan kaki a) 20 km b) 50 km

Senarai acara-acara padang ialah: 1. Acara lompatan Terdapat dua jenis acara lompatan: a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang. 2. Acara balingan a) lempar cakera b) rejam lembing c) lempar tukul d) lontar peluru.

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga, iaitu : a) Decathlon b) Penthathlon c) Marathon d) Merentas desa

Decathlon
Merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acaraacara berikut : 1. lari 100 meter 2. lompat jauh 3. lontar peluru Hari pertama 4. lompat tinggi 5. lari 400 meter 6. 110 meter lari berpagar 7. lemper cakera 8. lompat bergalah Hari kedua 9. merejam lembing 10. lari 1500 meter

Pentathlon
Acara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja, antaranya: 1) lari berpagar 100 meter 2) lontar peluru 3) lompat tinggi 4) lompat jauh 5) acara 800 meter.

Marathon
Marathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas desa
Acara merentas desa adalah acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.

Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km.
Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan.

Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai