Anda di halaman 1dari 15

KEAJAIBAN DUNIA

TAJ MAHAL DI INDIA

Taj Mahal adalah sebuah monumen yang terletak di Agra, India. Dibangun atas arahan Kaisar Mughal Shah Jahan, anak Jahangir, sebagai sebuah musoleum untuk isteri kesayangannya, Arjumand Banu Begum, juga dikenal sebagai Mumtaz-ul-Zamani atau Mumtaz Mahal. Proses pembinaannya mengambil masa 23 tahun (1630-1653) dan merupakan sebuah karya dari arkitektur Mughal. Kaisar Mughal Shah Jahan telah memerintahkan Ustad Ahmad membuat bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20000 orang pekerja yang terdiri dari tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Bumbung, kubah dan menara di buat daripada batu mamar putih, serta seni mozak yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuklah berlian, jed, kristal, topaz, dan nilam telah digunakan untuk memperindah Taj Mahal.
[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

CANDI BUROBUDUR DI INDONESIA

Borobudur adalah nama sebuah candi Budda yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Lokasi candi adalah lebih kurang 100km di sebelah barat daya Semarang dan 40km di sebelah barat laut Yogyakarta. Candi ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayana sekitar tahun 800 Masihi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

TEMBOK BESAR DI NEGARA CHINA

Tembok Besar atau Tembok Raksasa Cina merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia. Ia terletak di Republik Rakyat Cina, Negara China. Panjangnya adalah 6400 kilometer iaitu dari kawasan Sanhai Pass di timur hingga Lop Nur di sebelah barat dan tingginya 8 meter . Tujuan pembinaannya adalah untuk mengelakkan serangan bangsa Mongol dari Utara pada masa itu. Lebar bahagian atasnya 5meter, sedangkan lebar bahagian bawahnya 8meter. Setiap 180-270meter dibuat menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12meter.
[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

ANGKOR WAT DI KEMBOJA

Angkor Wat atau Angkor Vat adalah sebuah kuil yang terletak di Kemboja juga dianggap sebagai salah satu daripada keajaiban dunia. Ia dibangunkan oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke12. Pembangunan kuil Angkor Wat telah mengambil masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor yang juga dipenuhi bangunan kuil-kuil yang indah tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat kerana menurut kepercayaan agama Hindu yang meletakkan Gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

MENARA CONDONG PISA DI ITALI

Menara Condong Pisa adalah sebuah menara loceng katedral di Kota Pisa, Itali. Menara ini sebenarnya dibina secara menegak seperti menara loceng yang lain, namun ia mula condong tidak lama setelah siap pembinaannya pada Ogos 1173. Ia terletak di belakang katedral dan merupakan bangunan yang ketiga besar dibina di Kota Pisa.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

CHRIST THE REDEEMER DI BRAZIL

Christ The Redeemer di Brazil didirikan pada tahun 1921. Patung ini dibuat dengan gaya arkitektur Art Deco merupakan patung terbesar terdapat di Rio de Janeiro, Brazil. Patung ini memiliki ketinggian 38 meter dan terletak di puncak dari Gunung Corcovado yang tingginya 710m dari paras laut di Taman Nasional Hutan Tijuca, yang menghadap ke kota.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

MACHU PICHUU DI PERU

Machu Picchu Peru merupakan kota berlapis emas dari suku Inca di Peru. Machu Picchu bermaksud Gunung Tua dalam bahasa Quechua; sering juga disebut Kota Inca yang hilang. Ia adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2350m di atas permukaan laut. Ia berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km barat laut Cusco. Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangun pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol menakluki Kerajaan Inka.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

KOTA PETRA DI JORDAN

Kota Petra adalah sebuah tinggalan arkeologi di Jordan. Ia terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Jordan sebagai simbol teknik dan perlindungan. Kota ini didirikan dengan mengali dan mengukir bukit setinggi 40 meter. Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9SM-40M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sukar untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti ribut pasir. Nabatean membangunkan Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa. Terdapat terowong air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota, malah mampu mencegah banjir . Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

COLOSSEUM DI ITALI

Colosseum adalah sebuah gedung pertunjukan yang besar atau amphitheatre, terletak di ibukota Negara Itali, Rome, bernama asli Flavian Amphitheatre. Ia didirikan oleh Raja Vespasian dan disiapkan pembinaannya oleh anaknya Titus. Ada yang berpendapat bahawa Colosseum dibuat pada tahun 79 SM. Asal nama Colosseum berasal dari sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40m yang bernama Colossus. Tempat ini mampu menampung seramai 50000 orang penonton.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

CHICHAN ITZA DI MEXICO

Chichan Itza merupakan peninggalan arkeologi suku Maya di Mexico yang paling lengkap serta masih terjaga dengan baik. Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibangunkan antara tahun 502-522 Masehi. Suku Maya hanya menggunakannya selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Itza merupakan titik tengah kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

PIRAMID GIZA DI MESIR

Piramid Giza adalah piramid tertua dan terbesar dari tiga pyramid yang ada di Nekropolis Giza. Piramid ini dibangunkan sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, iaitu Khufu. Ia dibangunkan selama lebih dari 20 tahun pada sekitar tahun 2560 SM. Tiga piramid yang lebih kecil untuk isteri Khufu, dan sebuah piramid satelit yang lebih kecil lagi, berupa lintasan yang ditinggikan, dan makam-makam mastaba berukuran kecil di sekeliling piramid para bangsawan.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

ALHAMRA DI SEPANYOL.

Alhamra adalah nama sebuah kompleks istana sekaligus merupakan benteng pertahanan yang megah dari zaman khalifah Bani Ummayyah di Granada, Sepanyol bahagian selatan. Ia juga dikenali dengan sebutan Al-Andalus ketika benteng ini didirikan, yang meliputi wilayah berbukit di batas kota Granada. Istana ini dibangun sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

ARCOPOLIS ATHENS DI GREECE

Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m, dan ada beberapa runtuhan bangunan kuno yang dulunya adalah kuil yang menjadi pusat sejarah Athen. Mula dibangunkan pada 1300 tahun SM. Acropolis sebenarnya sebuah kota kecil yang permai, sehinggalah ia telah dihancurkan oleh Kerajaan Persia pada tahun 480 SM. Setahun kemudian tentera Yunani telah mengalahkan Persia dan membangun semula kuil-kuil itu. Antara tahun 467-404 SM, bangunan tersebut siap dibangunkan. Pada tahun 1834 Athen menjadi ibukota Yunani, raja Otto menetapkan Acropolis sebagai bangunan arkeologi yang dilindungi.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

STONEHENGE DI ENGLAND

Stonehenge merupakan satu binaan ZamanGangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire,England. Keluasannya adalah sekitar 13 kilometer (8 batu) di bar yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai megalit. Terdapat pertikaian mengenai usia sebenar bulatan batu, tetapi kebanyakan ahli kaji purba mengandaikan bahawa sebahagian besar binaan Stonehenge dibina antara 2000-2500 SM. Bulatan tambak tanah dan parit membentuk fasa pembinaan tugu Stonehenge yang lebih awal, iaitu sekitar 3100 SM.

[Type text]

KEAJAIBAN DUNIA

Binaan Kaabah (,)yangmerupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.

[Type text]

Anda mungkin juga menyukai