Anda di halaman 1dari 75

ADAT RESAM DI MALAYSIA

Fatin Amalina Nor Hafizah Wan Nur Syahirah Muaz Fakhri

Melayu

Adat resam di Malaysia


India Cina

ADAT RESAM KAUM MELAYU

Antara pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu

Upacara Perkahwinan @ Bersanding.

Adat Melenggang Perut

Upacara Berinai

Membelah mulut bayi

Sembah.

Kenduri Arwah.

Kematian.

PERKHAWINAN MELAYU
Merisik
Bertunang

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuihmuih, pakaian dan lain-lain.

Adat Berinai
Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.

Walaupun unsur-unsur budaya ini dikekalkan namun ianya disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak bertentangan lunas Islam.

Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.

Upacara Perkahwinan@Bersanding
Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.

Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

SEWAKTU MENGANDUNG
Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Adat Melenggang Perut


Diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.
Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.

Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya.

Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.

SEWAKTU BERSALIN

Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.

Azan/Qamat

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini.

SELEPAS LAHIR
Tanggal Pusat/Cuci Lantai Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Adat Membelah Mulut Bayi


Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan mencecapkan air zamzam atau kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.

Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim.

Adat Bersembah
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.

Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Kenduri Arwah

Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi roh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur. Ini merupakan kepercayaan penganut agama Hindu.

Pengaruh Cina yang menjadi ikutan masyarakat melayu

Pemberian angpau

menonton wayang kulit

Permainan bunga api dan mercun

Bermain gasing

Masakan contoh mee hailam

Pemberian Angpau
Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka.

Bermain gasing dan menonton wayang kulit


Bermain gasing dan menonton wayang kulit merupakan antara aktiviti tradisional yang digemari oleh Cina Peranakan Kelantan. Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran. Orang Melayu memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita. Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai di Kelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan

Permainan bunga api dan mercun

Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruh budaya masyarakat Cina.

Masakan

Sekiranya kita lihat daripada segi makanan, masyarakat Melayu turut mempunyai menu yang sama dengan masyarakat Cina contohnya mee hailam Semua ini adalah contoh masakan masyarakat lain yang diserap ke dalam budaya Melayu hasil daripada perkahwinan campur ataupun pergaulan seharian

ADAT RESAM KAUM INDIA

Adat Perkahwinan India

Merisik
faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama perlu diambil kira

Kunjungan Ke Rumah Pengantin


Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya Dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyibunyian serta serbuk kumkum akan dibawa.

Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju.

Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan

Kaji kecocokan pengantin


dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian

Terdapat 10 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu

Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji
lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan

Jika kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang

Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.

Bertunang dan sembahyang

Adat menyuap kanl kande

Sami memberikan ku'gumem

Penyediaan Thaali
merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan

Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali.

Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.

Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan

Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.

Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Perkahwinan
ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.

Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.

Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali

Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.

Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Pengantin Bersanding

Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Kolem dan Khumbem

Paal (Menyapu Susu Lelaki)

Alipu (Mengarak Lampu)

Minji (sarung Cincin Wanita

Paal (Menyapu Susu Wanita)

Paal Abisygem (Cuci Kaki Ibu Bapa)

Upacara Akad Nikah

Paal Abisygem (Cuci Kaki Ibu Bapa)

Memohon Doa Restu

Malei Mathel (Bertukar Bunga Malei

Ayeer Mantherem (Juru Nikah)

Perkakasan Upacara Perkahwinan

Otthianem (Aksesori)

Phavitirem - Theperpul (Memakai Cincin Daun)

Perkakasan Upacara Perkahwinan

Poree (Membakar Ramuan)

Samenthi Phutu

Vaalem Varuthel (Membuat Tiga Pusingan)

Thali (Rantai Daripada Benang)

Tallapha (Perhiasan Kepala)

Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan

Wanita hamil dipakaikan sebentuk gelang tangan baru ,Suulkaappu

Suul bermaksud `kandungan ibu

Kaappu bermaksud 'perlindungan'

Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang

Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buahbuahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan.

Upacara memandikan wanita hamil diadakan, mutugu niir (kulittal).

Wanita hamil dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan

Upacara dimulakan dengan lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan
a) menyapu serbuk cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil b)kumkum diletak di dahi c)gelang tangan dipakaikan.

Seterusnya upacara aalatti dijalankan

Wanita yang hamil akan memakan salah satu nasi yang disediakan.

Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul

Wanita hamil akan diminta membuka salah satu bungkusan

Selesai upacara ,wanita hamil akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin

Menyapu kunyit pada tangan dan pipi

Ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali

Suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri

Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu

Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Membisikkan Nama Tuhan


Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sejenis mantera Tuhan akan dibisikkan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong

Tetapi sekarang mantera Tuhan akan dibisik sebaik sahaja melihat bayi

Ia adalah untuk membolehkan bayi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi.

Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.

Madu dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu akan disapu ke mulut bayi untuk bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi.

Memberi Nama
Apabila bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama diadakan Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga

Namanya akan disebut sebanyak tiga kali pada telinga bayi tersebut dan diumumkan pada orang ramai.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi

ADAT RESAM KAUM CINA

PERKAHWINAN CINA
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaikbaiknya.

Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.

Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.

Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

MERISIK
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.

Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang

kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan.

Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.

Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.

Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.

Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki.

Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan..

Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

BERTUNANG
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su.

Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan.

Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .

cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.

Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.

Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.

Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan.

Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin.

Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Perkahwinan

Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.

Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.

Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.

Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing.

Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.

Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.

Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.

Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan.

Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.

Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.

Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.

Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.

Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia.

Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudaramara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.

Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam.

Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.

Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali.

Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa.
Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.

Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .

lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa.

Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah.

Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.

Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah.

Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya.

Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.

Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.

Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam.

Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Anda mungkin juga menyukai