Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Buku Cerita

Buku merupakan bahan ilmu yang sangat berguna. Ramai orang menjadi ulat buku disebabkan buku cerita yang menarik. Aku merupakan sebuah buku cerita yang berjudul Sang Kancil dan Sang Buaya. Aku dicetak di Syarikat percetakan Oxford yang terletak di Shah Alam. Kulit hadapan aku mempunyai gambar Sang Kancil dan Sang Buaya. Aku telah dihantar ke Kedai Buku Popular di Seremban. Aku telah dipamerkan di sebuah rak yang besar bersama-sama adik beradik. Ramai orang telah mengunjungi kedai buku tersebut. Pada suatu hari, tiba-tiba seorang budak lelaki datang dengan ibunya untuk membeli buku cerita. Dia berdegil dengan ibunya untuk membeli aku. Ibunya telah membeli aku untuknya dengan harga sebanyak RM15.90. Mereka telah membawa aku ke rumah mereka. Aku telah diletakkan di bilik tidur budak lelaki itu. Budak lelaki itu membaca aku setiap hari sebelum dia tidur. Dia bukan sahaja suka rupa aku, malah suka nilai murni, dan jalan cerita yang menarik dalam diriku. Selepas beberapa bulan, dia telah meminjamkan diri aku kepada kawannnya. Malangnya, kawannya telah menganiaya aku dengan tidak menjaga aku dengan baik. Kulit hadapan aku telah dikoyak olehnya. Mulai hari itu, Tuan aku sangat berwaspad sebelum memenjamkan aku kepada orang lain. Tetapi, saya sangat bertuah kerana walaupun rupa aku tidak secantik seperti dulu, namun, Tuan aku hanya mementingkan kecantikkan aku yang terdapat dalam diri aku. Terima kasih, Tuan.