Anda di halaman 1dari 10

1.

KATA TUNGGAL
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004). Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996). KV KKVK KKKV V + KV V+KVK VK+KVK KV+KVK KVK+KVK KV+V+KVK VK KVK KVKK KKKVK

Satu Suku Kata

Dua Suku Kata

V+VK VK+KV KV+V KV+KV+VK KV+V+KV

Kata Tunggal Tiga Suku Kata

KV+V+KV KV+V+KVK V+KV+V KV+KV+V KVK+KV+V KV+KV+VK KVK+KV+VK dan lain-lain

Empat Suku Kata dan lebih

KV+KV+VK+KV KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV dan lain-lain Kugiran Mara ABIM Tabika Bernama Gapena

akronim

Kata Tunggal dalam bahasa Melayu Kata Tunggal i. Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5): Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i. ii. iii. ii. Kamu. Sudah? Ini?

Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i. ii. iii. di mana? ke Kuala Lumpur dari Terengganu

Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. KV Contohnya : yu, ru, ya 2. VK Contohnya : am 3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap 4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek 5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf, 6. KKKV Contohnya : skru, skaf, 7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri 2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air 3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat

4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta 5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan 6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria 7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih 8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko 9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris 10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda 11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata. Kata Tunggal Tiga Suku Kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. 1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang 3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea 4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua 5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar 6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan 7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat 8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi 9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat 10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama 11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna 12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu 13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun 14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah 15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat 16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan 17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda 18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : 1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda 2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana 3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara 4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema 6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur 7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana 9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional 10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya. a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, Contohnya : ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama Intan Proton # Berita Nasional Malaysia Institut Tadbir Awam Negara

Perusahaan Otomobil Nasional Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

Perhatian:

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

2. KATA TERBITAN
Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: 1. 2. 3. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil, akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-.....i dalam diikuti,

4.

sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung.

Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu : 1. awalan kata nama 2. Awalan kata kerja 3. Awalan kata adjektif Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama, Contohnya : Awalan peN- = pepempenpengpengePerkataan pelukis, pewangi, penyanyi pembalut, pembeli, pemberi pendatang, pencari, penjual pengguna, pengayuh, pengukur pengebom, pengetin, pengecat perasap, perbara, pertapa pesara, pekedai, peguam ketua, kehendak, kelepek jurubahasa, jurujual, juruterbang mahasiswa, mahaguru, maharaja tatabahasa, tatanegara, tatanama prasejarah, prakata, prasangka subbidang, subsistem, subkategori suprakelas, suprasistem, suprakategori ekabahasa, ekasuku, ekahala dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya

perpekejurumahatataprasubsupraekadwi-

Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. Contohnya : Awalan meN= mememmenmengmengePerkataan melukis, menari, merasa membeli, memberi, membalut mendaki, menduga, mentadbir mengaji, mengasuh, menghasut mengebom, mengetin, mengecat memperisteri, memperbesar, memperoleh berkata, bersetuju, berbangga terkata, terasa, tersenyum diatur, dibeli, disuruh diperisteri, diperbesar, diperoleh

memperberterdidiper-

Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu : Awalan ter seImbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu : 1. akhiran kata nama, dan 2. akhiran kata kerja Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : Akhiran -an -wan -man -wati -isme --in -at -ah Perkataan ajaran, silaan, bacaan ilmuwan, budayawan, usahawan budiman, seniman seniwati, peragawati nasionalisme, sosialisme, komunisme hadirin, muslimin hadirat, muslimat ustazah, sultanah Perkataan terpandai, termerah, terpanjang seputih, sehalus, sejernih

Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu kan dan i . Contohnya : Akhiran -kan -i Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu : 1. apitan kata nama 2. apitan kata kerja 3. apitan kata adjektif. Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama. Contohnya : Apitan peN-.....-an: pe-....-an pem-.....-an pen-....-an peng-.....-an penge-.....-an pe-......-an per-.....-an ke-...-an Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Contohnya: Apitan meN-......kan me-.....-kan mem-.....-kan men-....-kan meng-....-kan menge-....kan ber-....-kan perkataan memajukan, melakukan, menanyakan membezakan, memfatwakan, memberikan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan beralaskan, berbekalkan, berjudulkan Perkataan pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan pembukaan, pemburuan, pemfitnahan pendakian, pencucian, pentauliahan penguduran, penggandaan, pengkhayalan pengesahan, pengeboman, pengekodan pendalaman, pesisiran, petempatan perjumpaan, persamaan, perlumbaan kecantikan, kebijakan, kelurusan Perkataan lahirkan, ambilkan, hulurkan ikuti, jalani, sertai

ber-....-an di-...-kan meN-.....-i me-....-i men-...-i mem-...-i meng-....-i di-......-i diper-.....-kan diper-....-i memper-.....-kan memper-....-i ke-....-an Apitan Kata Adjektif

bertaburan, bergantungan, beratapan ditaburkan, didorongkan, digulingkan melalui, menyedari, mewarnai mendahului, mencucuri, menjauhi membanjiri, membelakangi, membasahi menghendaki, mengawasi, mengkhianati dianugerahi, didekati, dianuti diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan diperingati memperdengarkan, memperlihatkan, memperingati kehujanan, kepanasan, kecurian

Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an. Contohnya : Apitan ke-.....-an ke-.....-an ke-.....-an Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentukbentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu: 1. sisipan kata nama, dan 2. sisipan kata adjektif. Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : sisipan -el-er-emperkataan telunjuk, telapak, kelemumur seruling, keruping kemuning, kemuncup Perkataan kemelayuan keinggerisan kearaban

Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif. Contohnya : Sisipan -el-er-em-inPerkataan selerak, gelembung serabut, gerodak gemilang, gemuruh, sementara sinambung

RUJUKAN:
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Modul PGSR, Pusat Perkembangan Kurikulum.