Anda di halaman 1dari 2

Pada satu malam, sedang Wendy menceritakan kisah Peter Pan dan Kapten Hook kepada adik-adiknya, John

dan Michael, ayahnya datang dan memarahinya kerana sudah bosan dengan kisah-kisah dongeng dan memikirkan bahawa Wendy sudah besar untuk tidak tinggal di nurseri. Wendy berasa sedih kerana dia amat menggemari kisah-kisah tersebut dan berharap dia dapat ke alam fantasi. Tanpa disedari ,malam itu mereka dikunjungi oleh Peter Pan dan kawan pari-parinya, Tinker Bell, dan mereka dibawa terbang ke sebuah kepulauan Neverland.. Sebuah kapal lanun datang berlabuh di Neverland ,diketuai oleh Kapten Hook dan seorang pembantunya, Encik Smee. Hook dengan beraninya merancang untuk membunuh Peter sebagai balasan terhadap Peter yang telah menyebabkan kehilangan tangannya. Hook juga bercadang untuk mencari tempat persembunyian Peter dengan menggunakan kebijaksanaan Tiger Lily. Peter dan adik-beradik Darling dengan mudah melarikan diri daripada pengikut-pengikut Hook dan berjumpa dengan Lost Boy (kumpulan yang dianggotai oleh enam kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian tidur haiwan, diketuai oleh Peter sendiri). Muslihat Tinker Bell yang ingin Wendy dibunuh telah diketahui oleh Peter dan Peter bertindak menghapuskan Tinker Bell buat selama-lamanya. John dan Michael merancang bersamasama Lost Boy untuk mencari kepulauan Indiana, di mana mereka serta merta ditangkap . Mereka telah dituduh menculik anak perempuan milik Big Chief, Tiger Lily. Big Chief, penghulu Indiana yang juga ayah kepada Tiger Lily memberi amaran kepada mereka ; sekiranya Tiger Lily tidak dikembalikan sebelum senja, mereka semua akan dibakar hidup-hidup pada unggun api. Sementara itu, Peter membawa Wendy untuk berjumpa dengan ikan duyung. Wendy merancang untuk meninggalkan tempat itu setelah diusik oleh ikan-ikan duyung yang ingin melemaskannya, tetapi segalanya berubah apabila duyung-duyung menyembunyikan diri dengan serta merta dengan kedatangan Kapten Hook . Peter dan Wendy dengan pantas bersembunyi dan mengintip perbuatan Kapten Hook dan Smee yang telah menculik Tiger Lily, dan memaksa gadis itu supaya mendedahkan tempat persembunyian Peter. Peter dan Wendy berjaya membebaskan Tiger Lily dan menyerahkan semula Tiger Lily ke pangkuan bapanya. Lost Boy bersama-sama John dan Michael Berjaya dilepaskan. Akhirnya, mereka merasa rindu akan rumah dan merancang untuk pulang. Mereka menjemput Peter dan Lost Boy untuk pulang ke London. Mereka semua bersetuju tetapi tidak Peter yang ingin tetap tinggal di Neverland. Tanpa disedari, lanun-lanun telah menawan Lost Boy dan Darling adik-beradik dan meninggalkan bom masa untuk membunuh Peter. Tinker Bell bertindak pantas melarikan bom tersebut dari Peter dan bom tersebut meletup serta merta. Peter segera menyelamatkan Tinker Bell dari runtuhan batu dan bersama-sama menghadapi lanun. Mereka berjaya melepaskan Lost Boy dan Darling adik-beradik daripada tawanan Kapten Hook. Peter bertempur satu lawan satu dengan Kapten Hook manakala yang lain berlawan dengan pengikutpengikutnya dan mereka Berjaya dalam pertempuran itu. Hook dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan akhirnya dimakan oleh sang buaya. Peter dengan bantuan Tinker Bell terbang ke London bersamasama Darling adik-beradik dengan menaiki sebuah kapal lanun yang ditinggalkan. Lost Boy bagaimanapun telah membuat keputusan untuk pulang ke Neverland.