Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS KERTAS CADANGAN

PELAN PROGRAM PEMBANGUNAN ANAK ASNAF ZAKAT@SEKOLAH

Disediakan oleh: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kuala Selangor & Tanjong Karang

ABIM KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG Pelan Program Pembangunan Anak Asnaf Zakat@Sekolah

PENGENALAN|

Pelan Program Pembangunan Anak Asnaf Zakat@Sekolah merupakan sebuah perancangan beberapa siri program yang digabungkan bagi menjalankan projek membangun dan memantapkan kecemerlangan pelajar yang terpilih daripada kalangan anak-anak asnaf (penerima bantuan zakat). Pelan ini merupakan satu perancangan yang mengkhususkan kepada permasalahan motivasi pelajar, jati diri serta keyakinan dan kemahuan untuk mengecap kejayaan sekaligus memperbaiki keadaan keluarga pelajar sendiri. Pelan ini akan berlangsung dalam tempoh 1 tahun. Semoga segala usaha ini memberikan natijah kebaikan kepada pelajarpelajar.

OBJEKTIF PELAN| Selepas mengikuti pelan ini peserta akan dapat;


1. 2. 3. 4. 5. Meningkatkan motivasi diri terhadap pembelajaran di sekolah; Memperkukuh jati diri pelajar Muslim; Membina matlamat kejayaan dalam hidup; Mengubah persepsi terhadap kehidupan serta; Mempelajari teknik-teknik belajar berkesan.

BUTIRAN PELAN| Butiran lanjut pelan adalah seperti berikut:


Jangkamasa Perlaksanaan 1 tahun (bermula dari Januari sehingga Disember) Butiran Sasaran Pelajar-pelajar yang terpilih dari kalangan anak-anak asnaf (penerima bantuan zakat) di sekolah. Hak Penganjuran Lembaga Zakat Selangor Dengan Kerjasama Pihak sekolah yang berminat bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kuala Selangor Dan Tanjong Karang

PENUTUP|

Semoga dengan terlaksananya Pelan Program Pembangunan Anak Asnaf Zakat@Sekolah ini, sedikit sebanyak akan mampu mengubah paradigma pemikiran ana-anak asnaf (penerima bantuan zakat) ini. Kita hanya berusaha untuk membantu memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka, selebihnya bertawakallah kepada Allah agar merea diberikan hidayah dan seterusnya bergantunglah kepada diri mereka untuk meneruskan kejayaan dan kecemerlangan. Sekiranya berminat untuk melaksana pelan ini di tempat anda, sila hubungi pengarah dan penyelaras projek dakwah ABIM Cawangan Kuala Selangor Dan Tanjong Karang melalui emel abimkualaselangor@gmail.com. Terima kasih.

Menyubur Tekad Dakwah Di Kuala Selangor | 1

Anda mungkin juga menyukai