Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS KERTAS CADANGAN

PROGRAM AKU TERUNA TERHEBAT (ATT)

Disediakan oleh: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Selangor

ABIM CAWANGAN NEGERI SELANGOR Program Aku Teruna Terhebat

PENGENALAN|

Menyedari dan menginsafi fenomena gejala sosial di kalangan remaja yang berlaku pada hari ini, maka kami ABIM Selangor merasa terpanggil untuk menjalankan satu program pendidikan khusus kepada remaja-remaja lelaki sebagai satu langkah menangani masalahmasalah sosial di kalangan mereka. Sebagai sebuah NGO yang berteraskan dakwah dan tarbiah, kami berpendapat usaha-usaha pencegahan dapat dilakukan melalui siri-siri pendedahan dan pendidikan yang berterusan. Kami prihatin terhadap masa depan remaja-remaja yang akan menjadi pewaris kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Bimbingan dan tunjuk ajar secara ikhlas dan berterusan amat perlu dititik beratkan kepada remaja agar mereka akan menjadi warga yang berguna pada agama, bangsa dan negara kelak. Melihatkan masalah sosial terutamanya gejala rempit, seks bebas dan budaya liar yang lain yang melibatkan kebanyakannya remajaremaja lelaki, kami telah merangka satu program jati diri remaja iaitu: Aku Teruna Terhebat. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh setiap masyarakat khususnya pihak sekolah dan IPT.

OBJEKTIF PROGRAM| Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;


1) 2) 3) 4) Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam. Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan seks bebas. Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu. Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam .

BUTIRAN PROGRAM| Butiran lanjut program adalah seperti berikut:


Jangka masa pelaksanaan 8.00 pagi sehingga 1.30 petang Sasaran penyertaan Pelajar lelaki tingkatan 1 sehingga 5 (1 tingkatan untuk setiap program) Tempat pelaksanaan Kawasan sekolah adalah lebih diutamakan. Tarikh pelaksanaan Tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama Penganjur Pihak sekolah yang berminat Dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Negeri Selangor

PENUTUP|

Semoga dengan terlaksananya Program Aku Teruna Terhebat ini, sedikit sebanyak akan mampu mengubah keadaan sosial remaja ini. Kita hanya berusaha untuk membantu memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka, selebihnya bertawakallah kepada Allah agar mereka diberikan hidayah dan seterusnya bergantunglah kepada diri mereka untuk meneruskan kejayaan dan kecemerlangan.

Sekiranya berminat untuk melaksana program ini di tempat anda, sila hubungi pengarah dan penyelaras projek dakwah ABIM Cawangan Negeri Selangor melalui telefon bimbit 012-689 1738 atau e-mel kepada abimkualaselangor@gmail.com. Terima kasih.

|1