Anda di halaman 1dari 42

Disediakan oleh: En Yeap Teik Wei Pensyarah JIP

1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 1

- Jelaskan konsep keguruan sebagai satu profesion - Jelaskan konsep Kod etika perguruan Malaysia dan kepentingannya. - Analisis unsur kod etika perguruan Malaysia dan implikasi kepada akauntabiliti guru. - Mengkaji dan membincangkan ciri-ciri dan kualiti seorang guru yg profesional. Temubual seorang guru cemerlang sekolah masing-masing Buat laporan berdasarkan bukti fakta dari maklumat temubual guru cemerlang yang diperolehi yang diperoleh Laporan ini perlu disediakan : 1.Mengikut format APA, 2.laporan kumpulan 10 hingga 15 m/s 3.Refleksi kumpulan dan individu masing-masing sekurang-kurang 2 hingga 5 m/s. Tarikh terima tugasan PGSR ambilan 2008:3/6/2012 Tarikh serah tugasan :24/8/2012 (rakaman temubual hardcopy, softcopy)
JIP IPGKKB @ copyright control 2

1/27/2013

Profesion
Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan
oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 3

Ciri-ciri Profesion
Perkhidmatan yang unik dan penting dgn matlamat yg jelas unyuk negara. Banyak menggunakan keupayaan dan kebolehan intelek. Mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas.
Pakar dlm tertentu dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 4

Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja dan tdk


mementingkan ganjaran semasa bekerja. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya utk kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahlinya. Setiap ahli profesion mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuatnya

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

Perguruan Menurut Kamus Dewan (1989) perguruan adalah PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan PERKARA YANG BERRKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 6

Maka, profesion perguruan: Pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: Pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

Keguruan dalam Konsep Profesional dan Bukan Profesional


Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 8

Keguruan dalam konsep bukan profesional.


Pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Kemasukan ahli ke dalam profesion tidak sukar dan tidak banyak persaingan. Autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 9

Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

10

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 11

Kod Etika
Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

12

Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan utk meningkatkan;
- tahap kualiti,
-produktiviti

-disiplin dalam perkhidmatan

dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan;


-peraturan,
-peranan nilai, -peradaban, -tingkah laku profesion dalam masyarakat.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

13

Skop Etika Profesional

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

14

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

15

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA


Tanggungjawab terhadap pelajar
Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan


negara Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 16

Tanggungjawab terhadap Pelajar


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Menunjukkan suatu cara pemakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 17

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa


Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa sbg sulit & tidak memberitahu kpd sesiapa kecuali yg berhak 1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control

18

Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara


Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 19

Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan


Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yg baru menceburi bidang perguruan. Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kita sebagai guru. Berusaha dgn sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dgn kemajuan ikhtisas dan sosial. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 20

Kepentingan kod dan etika perguruan


Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
Kod Etika ini dalam bentuk dokumen, supaya usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 21

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 22

akauntabiliti = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti
satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.

Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti keguruan
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 23

Kebaikan Akauntabiliti
Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 24

Sekolah

Komuniti
Akauntabilit i Guru

Tingkah Laku

Profesion

Murid
25

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah


Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih

Perhubungan sosial yang baik .


Kawalan disiplin yang berkesan
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 26

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah


Membina satu program perkembangan kokurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 27

Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku


Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang role model yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan Memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang Mengawal emosi ketika mengajar
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 28

Akauntabiliti Guru terhadap Murid


Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

29

Akauntabiliti Guru terhadap Profesion


Menjadi ahli kesatuan guru Elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan Elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat Elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

30

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti


Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 31

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

Memiliki keterampilan diri sebagai pendidik :


punyai pelbagai ilmu tradisional & moden kefahaman dasar & aspirasi negara yang jelas dan mantap bersahsiah tinggi beretika cemerlang punyai pelbagai kemahiran pengajaran & pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

32

Perlu bergerak pantas sepantas perkembangan & kehendak dunia mana kini. Memiliki, memahami, menghayati & mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang.

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

33

Terhadap murid
Punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (anak didik, ibu bapa & rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan kognitif. Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid. Kenal, hormati dan percayai murid-murid
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 34

Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid. Kenal, hormati dan percayai murid-murid Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis. Menjana idea-idea baru dan menarik bagi muridmurid berfikir mengenainya. Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran. Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzik dan kebudayaan.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 35

Terhadap mengajar
Melakukan refleksi dan kritik kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru. Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman Adil dalam menilai dan menggred Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bersemangat dalam mengajar sesuatu mata pelajaran

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

36

Seorang komunikator yang cemerlang, mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk dan menyepadukan mata pelajaran

1/27/2013

JIP IPGKKB @ copyright control

37

Terhadap disiplin
Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar Seorang yang laparkan ilmu, sentiasa up to date dalam bidangnya Suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 38

Masyarakat & negara


Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Memupuk nilai dan sikap murni pelajar sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri murid-murid. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibu bapa murid.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 39

Masyarakat & negara


Bersopan-santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara. Menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 40

Profesion keguruan
Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 41

SEKIAN
TERIMA KASIH
1/27/2013 JIP IPGKKB @ copyright control 42

Anda mungkin juga menyukai