Anda di halaman 1dari 14

1.

PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA

PENDAHULUAN

Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek

pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan,ia telah diubah pula

menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni fotografi.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang perkembangan sistem

pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana Pendidikan Seni Visual mempunyai rentetan sejarah yang seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.Ianya meliputi peringkat sebelum merdeka,awal merdeka , selepas merdeka sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis serta perkembangan seni halus di Malaysia.

Pendidikan Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar.Corak pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran alQuran,tingkah laku dan akhlak yang baik,pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang pertanian,perikanan dan pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran al-Quran dan pengetahuan asas membaca,menulis,dan mengira(3M) dan diadakan di peringkat yang rendah sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin menyambung pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa dan mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu ,pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan masyarakat Melayu. Berdasarkan Laporan Winstedt,Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah;Cukup untuk kehendakkehendak biasa budak-budak Melayu,yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu,penanam padi dan nelayan.Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik.Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan,kerana ia akan menimbulkan kesulitan nanti.Pada tahun 1916,Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah

Melayu.Sekolah Melayu dan maktab mengajar subjek lukisan.Anyaman diletakkan di bawah subjek Sains Pertanian. Selain itu,Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat) mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik memerhati alam yang didapati darinya,dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dan menyediakan subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.

Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan Menengah,Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905 ,tetapi sekolah ini khas untuk golongan bangsawan sahaja.Pada tahun 1922,Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan kesemua bagi subjek memberi latihan termasuk perguruan dan dan

semua wajib

mempelajari

lukisan,pertanian

pertukangan.Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain.Sukatan Pelajaran yang digunakan ialah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh..Kerja kerja tahun pertama disambung pada tahun kedua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga.Buku teks yang digunakan ialah Kita Rajah-rajah Anyamanoleh guru anyaman Mr.W.Olanguera. Pada tahun 1929,guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab Pedoman Guru Penggal 1(1928) dan Penggal 2(1929) yang disusun oleh O.T.Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan

Tangan.Buku ini sangat penting pada masa itu kerana kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah.Pada tahun 1930,sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari iaitu pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Antara subjek yang diajar ialah Karangan,Ilmu Kirakira,Ilmu Alam,Sejarah Melayu,Kesihatan,Lukisan,Menganyam dan berkebun dan

Senaman.Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung.(anjuran R.O.Winstedt).

Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri China, India,dan negara jiran mengalami banyak perubahan.Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka .Kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum dalam pendidikan.Orang Melayu mula mendesak supaya kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.Sebuah jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes.Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951.Laporan ini mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan

memperkenalkan aliran Kebangsaan.Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan lagi pertikaian kerana menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Pada Lumpur telah ditubuhkan bagi membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing antaranya Pendidikan dan menawarkan Guru Kelas kursus Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Buta dan Pendidikan Cacat Pendengaran, Kaunseling dan sebagainya.Sebenarnya Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala

Kerjaya, Teknologi

maktab ini merupakan sebuah sekolah seni lukis dan juga maktab latihan perguruan . Peter Harris telah mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru pada tahun 1961.Antara kakitangan awal MPIK ialah ialah Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau , Lee Loo For, Cheong Lai Tong dan Jolly Koh. Peter Harris kemudiannya diambil Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan seterusnya oleh Yeoh Jin Leng .Aspek aspek kepakaran seni halus seni grafik dan kraftangan diberi penekanan .Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan, Seni Halus, Seni Arca,

Seni Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. (sekitar 60-an)

Pada

tahun

1960

juga

,satu

jawatankuasa

telah mengkaji

semula

implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.Penyata Rahman Talib itu telah mengesyorkan; Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun.memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai1962, membanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokasional,mengadakan

pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan .Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di Negara ini.Justeru, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan.Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR ialah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains,Tawarikh,Ilmu Alam,Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat,Jawi,Pendidikan AgamaIslam,Lukisan dan Pertukangan Tangan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENIVISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENIVISUAL KBSR(PSV3104) Pendidikan Sebelum Merdeka Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkanaspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativitimelalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan danPertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluansemasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Senidiperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaranmasyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formaldan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaranawal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asasmembaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendahsahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksamemasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayudiasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayuterus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dankokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orangMelayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928)dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang

disusun oleh O.T. Dussek dan MuhammadHashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedahmengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat pentingdigunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu diMalaya etika itu.Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yangdirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Misalnyakaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris

diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula denganlatihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalahkepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakandi sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu danorang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginanuntuk menghasilkan karyakarya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkankepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikanmenengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawansahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolahMelayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenalisebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telahdiajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-samadengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyatketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuanguntuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak barudengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun kedua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teksyang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempatkediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalahkerumitan kaum tentang pendidikan.Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah -sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepadasekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebutditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telahmemburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnyamenyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasaCina dijadikan bahasa pengantar. Pendidikan Malaysia Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan diTanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, AktaPelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru ituKurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah BahasaMelayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, PendidikanJasmani dan lain-lain.Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuaiDr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengankurikulum ynag

baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada KurikulumBaru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telahdisemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yangdikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi KurikulumBersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telahsedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depantermasuklah Pendidikan Seni Visual.Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalammembangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapatdilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yangtelah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahanperubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajarantersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam IbrahimHassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum PendidikanSeni Visual).Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubaldasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hinggatingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaranwajib dan mata pelajaran elektif.Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada

melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalammenghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa.Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isikandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajarioleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran PendidikanSeni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalahuntuk melahirkan insan yang

harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukanasas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasakesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni danwarisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakatdan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalammata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :(a) Melukis dan membuat gambar (b) Membuat corak dan rekaan(c) Membentuk dan membuat binaan(d) Mengenal kraf tradisionalFokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yangkreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolahsekolahkerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan muridmurid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankansemasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai mediakomunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya danidentiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996) Kekuatan dan Kelemahan KLSR Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakansejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:1 . Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.

2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan danmembosankan murid.

3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.

4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Keberkesanan KBSR / KLSR Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihatdari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah .

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh KementerianPendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajiantersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan muridmurid dalam 3M ini adalah lebihtinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincangdan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusanDari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap danyakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca jugamemuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi,satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi muridmurid diluar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR keatas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatansemua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas,kumpulan, rakan sebaya dan

individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapatmemberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan

pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinandan

bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaianadalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan sertamerta. Program pemulihan dan pengayaandijalankan untuk mengambil kira

bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dankebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-muridyang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yangmenunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Darisumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Inimengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnyamelalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialahfokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsungmengurangkan keberkesanan

usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insancemerlang yang dihasratkan

Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR y

Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak kanak. Ini bermaknakaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan. y

Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazanmanakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan padakeupayaan murid membaca, menulis dan mengira. y

Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitukomunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya. y

Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yangdilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan. y

Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yangdilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan. y

Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemahmanakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.

Sistem baru menekankan komponen nilai nilai murni Oleh yang demikian pelajar pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral. y

Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuanmengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan. y

Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan.Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan