Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Penyelidikan Kepada Guru Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru

memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuanuntuk:

meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. meningkatkan prestasi pencapaian murid. mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek. membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang. Kepentingan Penyelidikan Kepada Guru Saya katakan semua guru adalah penyelidik. saya katakan semua guru perlu menyelidik... Rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut; Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction) penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (improvement). Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untik memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam hal ini, penyelidikan penilaian (evaluation research) memainkan peranan yang penting. Dalam konteks bilik darjah, guru-guru perlu membuat penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) masingmasing dari semasa ke semasa. Dengan ini, kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki dan penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa terhadap

amalan kita. Jenis kajian yang sesuai dijalankan selain dari penilaian adalah kajian tindakan (action research). Guru-guru di seluruh negara telah didedahkan kepada kepada konsep penyelidikan tindakan (Action Research). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan siri pendedahan melalui kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Sesetengah IPG begitu aktif menjalankan kursus penyelidikan tindakan disamping pensyarahnya melakukan penyelidikan tindakan samada bersendirian, bersama rakan setugas lain atau bersama guru-guru sekolah. Terdapat IPG yang sangat aktif dalam penyelidikan tindakan dan mengadakan seminar penyelidikan tindakan peringkat kebangsaan seperti IPG Perlis, IPG Kinta, Ipoh dan IPG Keningau, Sabah. Beberapa buah IPG lagi yang tidak disebutkan di sini juga aktif dalam penyelidikan tindakan. Penyelidikan dapat membantu guru-guru memberi penjelasan (explanation) terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam amalan P&P, pengurusan bilik darjah dan pengurusan organisasi pendidikan. Guru sebagai pengurus pembelajaran dan pengurus pentadbiran sekolah sentiasa mengalami fenomena tertentu sepanjang menjalankan tugas. Ada fenomena yang memberi impak positif dan sebaliknya. Malahan sering berlaku kita sendiri tidak dapat memahami kenapa keadaan ini berlaku. Penyelidikan dapat membantu memberikan kita penjelasan sekiranya fenomena ini perlu ditangani dengan cara yang betul. Melalui penyelidikan, deskripsi sesuatu fenomena (description) dapat disediakan berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena tersebut. Maklumat statistik melalui penyelidikan dapat disediakan sekiranya diperlukan oleh pihak pembuat dasar (Policy Makers). Penyelidikan juga akan dapat membantu guru menyelesaikan masalah yang timbul semasa melaksanakan tugas harian. Sekiranya kita menyelesaikan masalah tanpa mencari punca masalah sebenarnya, kemungkinan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, malahan masalah lain yang lebih rumit akan menyusul. Teacher is a researcher adalah satu ungkapan yang sering dilaungkan oleh para pakar pendidikan dalam mana-mana seminar, khususnya seminar penyelidikan pendidikan. Selain itu ungkapan lain yang sering dilaungkan adalah guru sebagai pengamal reflektif. Dalam era kualiti diukur dan akauntabiliti ditekan ini, pemastian kualiti

pendidikan adalah amat penting. Oleh itu penyelidikan adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru agar pemastian kualiti pendidikan dapat dicapai bagi memenuhi hasrat negara dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Negara perlu menghasilkan guru-guru yang dapat mengendalikan penyelidikan berasaskan bilik darjah dan dapat menilai aspek-aspek dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan tindakan, amalan reflektif dan penulisan potfolio dan kes digalakkan di kalangan guru-guru. Reflection is the essential tool for developing the professional knowledge base of the teacher. Guru perlu disediakan sebagai seorang pengamal (practitioner) seperti profesion lain iaitu doktor dan jururawat dan dapat mengamalkan konstruktivisme, i.e. mampu membina ilmu baru berasaskan ilmu sedia ada, bukan seperti seorang ahli falsafah atau ahli sejarah. Budaya keintelektualan @ budaya akademia perlu disemai dalam kalangan guru. Suasana budaya bagi sesebuah institusi pendidikan adalah menggalakkan pencarian ilmu, pembelajaran tanpa jemu dan secara berterusan, membolehkan pelajar menerokai idea-idea baru yang boleh meningkatkan perkembangan ilmu. membuka ruang minda pelajar untuk berfikir dengan terbuka, kritikal dan analitikal dan melambangkan kecendekiawanan para ilmuan (guru-guru) dalam institusi tersebut.

http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/guru-perlu-menyelidik-teacher-is.html http://hidayunaim.blogspot.com/2009/04/kepentingan-kajian-tindakan.html

Anda mungkin juga menyukai