Anda di halaman 1dari 2

O) *.

- ^}4uOO-
1gOO-

Yang dihormati tuan Guru Besar (En Awaluddin bin Nawi )
Guru Penolong Kanan Petang (Pn Hajah Saleha bt Che Hamid)
Ustaz Ustazah , guru-guru dan semua kawan kawan sk Puchong Utama 1

Sempena menyambut hari guru pada hari ini, saya telah diberi peluang untuk berucap sedikit di hadapan
semua murid dan guru. Kita semua sedia maklum , semua sekolah mengadakan sambutan hari guru.
Begitu juga dengan sekolah kita.

"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru
yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima
kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama,
bangsa dan juga negara

Pada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua guru , supaya terus memberikan
kerjasama , didikan dan tunjuk ajar kepada murid-murid kita dan kepada sekolah.Anggaplah murid-murid
ini sebagai anak-anak kita sendiri.

Sebelum mengakhiri ucapan pada harimini, dengarlah sajak dari saya untuk semua guru dan murid-murid
tersayang.

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Kawan kawan ayuh laungkan bersama-sama
(Terima kasih cikgu...terima kasih cikgu..terima kasih cikgu)

Sekianlah sahaja, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh.