Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Pemulihan

PENGENALAN
Tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira

Definisi
Tansley(1967) : ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolahsekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Konsep
- satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran muridmurid lemah di SR Ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira Dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Rasional
Falsafah:- memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa- selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua. Teori- Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini Pencegahan- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

Objektif
membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin meneruskan proses pembelajaran muridmurid dalam sistem persekolahan biasa

JENIS-JENIS PROGRAM
Pemulihan Dalam Kelas
PROTIM -Program Pemulihan 3M-Membantu murid th 6 menguasai 3M-Dilaksana selepas menduduki UPSR Pemulihan KBSR-dalam kelas biasa-bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari KIA2M-oleh BPK-bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)

Pemulihan Khas
Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS) Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja

Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrik