Anda di halaman 1dari 2

INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ? Lari dan berlari..

Kanak-kanak berlari mengejar rakan Riang bermain di senja hari Membawa senjata palsu melawan musuh Kononnya berperang menuntut merdeka Adakah mereka kenal erti merdeka? Namun, apalah ertinya merdeka kalau kau tidak tahu mensyukurinya apalah ertinya merdeka kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah dan apalah ertinya merdeka kalau kau masih tidak mahu berubah tidak pun menjunjung kasih jauh sekali mengenang budi. Mengibar bendera menjadi tugu negara Bangga berjaya mengalahkan musuh Mereka menjerit mentertawakan yang tewas Mentari melabuhkan tirainya Maka, kini kau telah merdeka kini kau telah mengecapi nikmatnya kini kau telah sedar dan kini kau tahu siapa kawan siapa lawan Adik-adikku.. Mengertikah engkau maksud kemerdekaan? Di sebalik bermain perang menentang musuh Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan? Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira. Kini.. Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua Apa yang mereka rasa? Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 57 tahun dahulu?

Wahai adik-adikku.. Hayatilah erti kemerdekaan Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan Kelak engkau akan faham Mengapa merdeka perlu dipertahankan Mengapa bendera dikibarkan Mengapa tugu negara dibina Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang Pokoknya, tanyalah diri apalah ertinya merdeka kalau hidup asyik bertekak kalau hidup asyik bertuding jari dan kalau hidup bagai musafir yang masih tidak tahu arah berpergian yang masih dangkal dalam keilmuan

Ingatlah tanpa ilmu hatta teknologi mahupun jati diri dan hanya tahu beretorik tidak mustahil kita bakal dijajah lagi. Dan kalau begitulah jadinya... Jangan dikesali lagi... Kerana sudah banyak kali diingati, dan Belajarlah daripada SEJARAH dan Nikmat Kemerdekaan MERDEKA MERDEKA MERDEKA