Anda di halaman 1dari 26

Pendidikan Moral (2)

DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI

TEORI DAN SISTEM NILAI

TEORI DAN SISTEM NILAI


1. KEMORALAN SOSIAL 2. KEPERIBADIAN MULIA 3. TEORI TELEOGIKAL
UTILITARIANISME 2. EGOISME
1.

4. TEORI DEONTOLOGIKAL
PRINSIP KEWAJIPAN 2. EKSISTENSIALISME
1.

1. TEORI KEMORALAN SOSIAL


Ethos: Hukum, adat resam, kebiasaan dan tradisi Mores: adab, sopan, santun, tradisi yg menentukan piawaian sesebuah kelompok Hasil drp takrifan ini lahirnya teori kemoralan sosial (kemoralan konvensional/ tradisionalisme) Peraturan yg ditentukan oleh masyarakat dijadikan sebagai undang2 dan diberi autoriti dalam masyarakat

Samb
Masyarakat mesti menerima bagi menyekat segala perbuatan buruk spt mencuri, tamak, dengki dan sebagainya. Setiap masyarakat mempunyai adat resam dan pantang larangnya yg tersendiri.

CIRI-CIRI TEORI KEMORALAN SOSIAL

Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

KELEMAHAN TEORI KEMORALAN SOSIAL


Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat oleh masy Berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada kerana masa dan keadaan telah berubah. Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan Tidak semua peraturan yg dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan. Cth: diskriminasi kaum dll

2. TEORI KEPERIBADIAN MULIA


Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle. Aristotle : kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna

Sifat dan ciri2 keadilan, murah hati, keberanian dan lain2 adalah termasuk dlm kategori peribadi mulia

CIRI-CIRI
Peribadi Mulia tidak berlaku secara semulajadi, tetapi menerusi latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah (tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang).

JALAN TENGAH
perlakuan atau perasaan Berlebihan Jalan tengah Terlalu kurang

takut Perasaan malu Perasaan marah

gopoh Terlalu malu Panas hati

berani Sopan Sabar Kemurahan hati

pengecut penakut Muka tebal Kurang semangat kedekut

Pendapatan Pemborosan dan perbelanjaan

Tindakan yg berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yg salah, jahat, buruk dan tercela Cara yg betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.

KRITIKAN TERHADAP TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatansederhana berbeza antara individu dengan individu yg lain. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Terdapat beberapa nilai yg tidak boleh diambil secara pertengahan, cth keadilan, mengumpat, bercakap benar dll

3. TEORI TELEOGIKAL
Teori ini menilai baik dan buruk sesuatu tindakan itu selepas ia dilakukan. mementingkan kesan atau akibat sesuatu perbuatan itu yang dilakukan. Terdapat dua teori hasil daripada teori ini iaitu Utilitarianisme dan Egoisme

1.

UTILITARIANISME
Diperkenalkan oleh Jeremy Bentham: manusia sentiasa berhadapan dengan keseronokan dan kesakitan. Maka manusia yg bermoral hendaklah mencari keseronokan dan kebahagian Seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang banyak menghasilkan kebaikan atau keseronokan Kebaikan dan keseronokan ditentukan hasil daripada tindakan itu sendiri

Samb
John Stuart Mill: sesuatu perbuatan itu dianggap benar adalah mengikut kebahagian (keseronokan) yg dihasilkan.

Tindakan bermoral apabila menghasilkan keseronokan maksimum dan tindakan tidak bermoral apabila menghasilkan kesakitan atau penderitaan. CONTOH Kes pengeboman Hiroshima bertujuan menghentikan peperangan dunia yang telah banyak mengorbankan nyawa manusia.

KELEMAHAN TEORI UTILITARIANISME


Membenarkan seseorg melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan. Keseronokan dan kebahagian tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam keadaan tertentu bertentangan antara keduanya Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai matlamat hidup. Terdpt nilai lain yg lebih baik spt kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dll Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.

Samb
Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan Nietzsche: bagi mencapai kebahagian manusia perlu berhadapan dengan rintangan yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.
Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorg kerana berbeza citarasa dan pengalaman

UTILITARIANISME TENTANG ISU PEPERANGAN


Seseorang itu mesti mengimbangi kemudaratan dan kebaikan yang timbul hasil daripada peperangan. Jika hasilnya membawa kepada kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan peperangan boleh dilakukan. Contoh: utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar-bandar di Jerman walaupun ramai mangsa yang tidak berdosa menjadi korban untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. Ini kerana jika pihak Nazi menang dunia akan hilang sifat kemanusiaannya dan kezaliman akan berleluasa.

2. EGOISME
Nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu jahat jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. CONTOH: Saya menolong kawan yang dalam kesusahan hanya jika saya mendapat keuntungan

CIRI-CIRI
Individu mesti menentang pengorbanan diri dan diganti dengan pemeliharaan, pembesaran, pengasihan dan kepentingan diri dan ego. Peraturan mesti bersifat individualistik. Sesiapa yang mematuhi peraturannya sendiri akan menjadi kuat, maju, cekap dan berkuasa.

KELEMAHAN TEORI
Ditentang oleh golongan agama dan pendokong demokrasi dan mereka yang berjiwa kemasyarakatan. Penentang mengatakan Nietzsche jahil tentang agama dan kewujudan manusia. Beliau seorang aties yang tidak bermoral .

DEONTOLOGIKAL
Mementingkan penilaian perbuatan semasa. Teori ini juga melihat proses perbuatan tersebut. Tindakan yang bersesuaian dengan undang-undang dan bertanggungjawab dikatakan bermoral, jika tidak sebaliknya. Sesuatu tindakan itu mungkin diterima oleh sesuatu masyarakat tetapi mungkin dianggap salah dan tidak diterima oleh masyarakat yang lain.

DEONTOLOGIKAL
PRINSIP KEWAJIPAN Tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu satu tanggungjawab. CONTOH: Tunaikan janji.
EKSISTENSIALISME Nilai baik buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. CONTOH: Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.

PRINSIP KEWAJIPAN-IMMANUEL KANT

Good Will (tekad baik) Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.

Categorical Imperative (Perintah Mutlak Tanpa Syarat) Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan.

CONTOH
GOOD WILL Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika. CATEGORICAL IMPERATIVE Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.

KRITIKAN
Grassian: terdapat tafsiran yang salah tentang konsep kewajipan. Seperti merotan anak sebagai kewajipan jika tidak anak tersebut bersikap biadap. Perintah mutlak membimbing seseorang mematuhi prinsip atau peraturan moral tanpa kekecualian. Durkeim menganggap bahawa kita tidak boleh dan tidak patut melakukan sesuatu yang tidak bermakna pada diri kita hanya atas sebab telah diperintahkan berbuat demikian.

Anda mungkin juga menyukai