Anda di halaman 1dari 4

Nama: ________________________

Tahun: 5 __________

KISAH TELADAN

Pada suatu hari, Nabi Musa naik ke Bukit Tursina dan bertanya kepada Allah mengenai orang yang akan berjiran dengannya di syurga nanti. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Akhirnya, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. Khinzir itu didukung dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. Khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu, khinzir itu dilap sampai kering serta dipeluk dan dicium. Kemudian, dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar. Khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan serta dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". Tanya Nabi Musa. "Aku beragama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Jadi, mengapa kamu membela khinzir? Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan, sebenarnya kedua khinzir itu ialah ibubapaku. Oleh disebabkan mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir. Soal dosa, itu urusan mereka dengan Allah. Aku tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak.", Sambungnya. "Setiap hari aku berdoa agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ditukarkan kembali wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum

memakbulkannya lagi.", tambah pemuda itu. Maka, ketika itu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya! Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun tetap dia berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud, "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Jawab soalan kefahaman berikut berdasarkan teks Kisah Teladan

1. Mengapakan rupa ibubapa pemuda tersebut berubah kepada rupa khinzir ? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

2. Mengapakah pemuda tersebut dinaikkan maqamnya sebagai anak soleh ? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

3. Nyatakan pengajaran yang anda perolehi daripada kisah ini. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai