Anda di halaman 1dari 22

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO.

7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. J.W. MARRIOTT HOTEL CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) YTL LAND SDN. BHD. YTL CORPORATION BHD YTL LAND & DEVELOPMENT BHD (FORMERLY KNOWN AS TAIPING CONSOLIDATED BERHAD) STAR HILL HOTEL SDN. BHD. 176 TAHUN 2013

AWARD NO: Di hadapan : Tempat

TUAN HAMDAN BIN INDAH - PENGERUSI (Bersidang Berseorangan) : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur. 28.7.2010

Tarikh Rujukan:

Tarikh Perbicaraan: 28.7.2011 & 23.5.2012. Tarikh Sebutan: 20.9.2010, 30.9.2010, 6.1.2011, 10.3.2011, 20.6.2011, 23.8.2011, 26.9.2011, 13.12.2011, 10.1.2012, 13.2.2012, 17.2.2012, 28.6.2012, & 29.11.2012.

Perwakilan

Cik Supathira Nathan dari Tetuan S. T. Nathan & Associates Mewakili Pihak Yang Menuntut . Encik H. C. Yong dari Tetuan Zaid Ibrahim & Co. Mewakili Pihak Syarikat.

Rujukan: Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bersabit dengan pembuangan kerja Vincent Pillai a/l Leelakanda Pillai & 17 Perayu Lain (selepas ini disebut sebagai Yang Menuntut) oleh J. W. Marriot Hotel, Crescent Hotels Sdn. Bhd., YTL Land Sdn. Bhd., YTL Corporation Bhd., YTL Land & Development Bhd., & Star Hill Hotel Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Syarikat). AWARD Kes ini melibatkan 18 orang Yang Menuntut dan 5 Responden yang terdiri dari:(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) Vincent Pillai a/l Leelakanda Pillai Tan Kim Tiong Lai Kum Weng Liew Mei Lin Fung Peck Mun Wong Kim Choy Ng Hock Moon Wong Mee Foong Shaari bin Abdul Majid

(10) Nasir bin Hj. Salleh


2

(11) Mukhtar bin Tahrin (12) Tan Lai Look (13) Lim Meng Sow (14) Lee Yih Shyan (15) Karunakaran a/l Subramaniam (16) Leong Dai Thai (17) Kam Poh Ling (18) Hoo Ming Hua Responden:(1) (2) (3) (4) (5) (6) 2. J. W. Marriott Hotel Crescent Hotels Sdn. Bhd. YTL Land Sdn. Bhd. YTL Corporation Bhd. YTL Land & Development Bhd. Star Hill Hotel Sdn. Bhd.

Kes ini telah dikembalikan semula ke Mahkamah

Perusahaan ekoran dari perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 28.7.2010 yang membenarkan permohonan Yang Menuntut untuk membatalkan Award Mahkamah Perusahaan No. 1290/2007 dalam kes No. 21/4-439/02. 3. Perenggan 3 dan 4 Perintah tersebut berbunyi seperti 3. Bahawa pembuangan kerja Pemohon-pemohon oleh Responden-responden Pertama, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam adalah tidak adil dan/atau tanpa alasan yang munasabah.

berikut:-

4.

Bahawa

Pendaftar Mahkamah Ketujuh) di

Perusahaan untuk lain untuk dan

(Responden 21/3-439/02 Mahkamah mentaksirkan

diarahkan Pengerusi hanya

menetapkan kes Mahkamah Perusahaan No: hadapan gaji Perusahaan

kebelakangan

pampasan Pemohon-Pemohon untuk dibayar oleh Responden-responden Pertama, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam. 4. Pada 18.8.2010 telah Y.A. Yang DiPertua supaya Mahkamah ini

Perusahaan

mengarahkan

Mahkamah

mendengar permohonan Yang Menuntut untuk pengiraan compensation in lieu of reinstatement dan backwages. 5. dan Selepas beberapa kali kes ini dipanggil untuk sebutan perbincangan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju

memanggil seorang Yang Menuntut sahaja untuk memberi keterangan. memberikan Manakala Yang Menuntut yang lain akan dokumen yang menerangkan sejarah

perkhidmatan mereka dan gaji yang diterima beserta faedahfaedah yang lain. Kes Yang Menuntut 6. Pihak Yang Menuntut diwakili oleh peguam Cik Supathira Nathan dari Tetuan S. T. Nathan & Associates. 7. Yang Menuntut pertama, Vincent Pillay telah

mengemukakan satu ikatan dokumen ditanda CL untuk menyokong permohonan semua Yang Menuntut.
4

8.

Mengikut Yang Menuntut sejak diberhentikan kerja kebanyakan Yang Menuntut tidak Sementara yang masih kekal

pada bulan Mac 1999

mendapat pekerjaan lain.

bekerja telah dibayar gaji yang kurang termasuk Yang Menuntut sendiri. Yang Menuntut berkata mereka terpaksa menerima gaji yang kurang kerana dalam industri perhotelan apabila pekerja telah ditamatkan perkhidmatan, adalah sukar untuk mendapat pekerjaan yang lain dengan gaji yang sama. 9. Beliau telah merujuk kepada dokumen CL untuk

menunjukkan tempoh Yang Menuntut-Yang Menuntut yang lain yang tidak bekerja selepas diberhentikan:Di m.s. 43: Wong Kim Choy, Yang Menuntut ke 6 tidak bekerja selama 3 tahun. Di m.s. 57: Shaari bin Abdul Majid, Yang Menuntut ke 9 tidak bekerja selama 6 bulan. Di m.s. 64: Nasir bin Hj. Salleh, Yang Menuntut ke 10 tidak bekerja selama 1 tahun. Di m.s. 68: Mukhtar bin Tahrin, Yang Menuntut ke 11 tidak bekerja selama 1 tahun. Di m.s. 69: Tan Lai Look, Yang Menuntut ke 12 tidak bekerja selama 1 tahun. Di m.s. 90: Karunakaran a/l Subramaniam, Yang Menuntut ke 15 tidak bekerja selama 4 bulan.

Di m.s. 98:

Leong Dai Thai, Yang Menuntut ke 16 (telah menerima bayaran).

Di m.s. 108:

Kam Poh Ling, Yang Menuntut ke 17 tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 113:

Hoo Ming Hua, Yang Menuntut ke 18 tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 29:

Liew Mei Lin, Yang Menuntut ke 4 tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 36:

Fung Peck Mun, Yang Menuntut ke 5 tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 18:

Lai Kum Weng,Yang Menuntut ke 3 tidak bekerja selama 2 bulan.

Di m.s. 50:

Ng Hock Moon, Yang Menuntut ke 7 tidak bekerja selama 2 bulan.

Di m.s. 52:

Wong Mee Foong, Yang Menuntut ke 8 tiada.

Di m.s. 80:

Lee Yih Shyan, Yang Menuntut ke 14 tidak bekerja selama 2 bulan.

Di m.s. 10:

Tan Kim Tiong, Yang Menuntut ke 2 tidak bekerja selama 1 bulan.

10.

Semasa disoalbalas oleh Encik H. C. Yong, Yang

Menuntut bersetuju bahawa kebanyakan Yang Menuntut mendapatkan pekerjaan lain selepas 6 bulan diberhentikan kerja. Ada juga Yang Menuntut yang telah berhenti dan bersara selepas itu. Kes Syarikat 11. Pihak Syarikat sebarang tidak memanggil untuk saksi mahupun memfailkan dokumen mempertikaikan

tuntutan Yang Menuntut. 12. Peguam Syarikat hanya memfailkan hujahan bertulis

yang memohon Mahkamah untuk mengambilkira faktor ekuiti dan perasaan nurani (equity and good conscience) dalam memberi remedi gaji kebelakangan dan pampasan sebagai galang ganti pengembalian ke jawatan asal. Ini kerana masa yang terlalu lama iaitu 13 tahun telah berlalu dan kelewatan tersebut bukanlah kesalahan mana-mana pihak. 13. Beliau merujuk kepada kes Kamari Kasan v.

Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. [2011] 10 CLJ 321 di mana Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Perusahaan yang menghadkan gaji kebelakangan kepada 24 bulan walaupun berlaku kelewatan selama 17 tahun. Di perenggan 5, Y.A. Hakim memutuskan:(5) I quashed the award on the basis of error of law since the Industrial Chairman had based his award on the basic salary of RM2,867 instead of RM4,232.40 which was the sum total
7

of his last drawn salary (basic salary plus contractual allowances as agreed between the parties), but did not accede totally to the other consequential prayers, since I did not find any convincing grounds to depart from the usual rule that the court should only award backwages for up to 24 months last-drawn salary. Further, I disallowed the prayer for reinstatement since it was obvious to me that this was not a proper case to so order. Keputusan Mahkamah 14. Adalah undang-undang yang mantap dalam kes-kes yang dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan, Yang Menuntut hendaklah memohon remedi supaya dilantik semula bekerja sebagai remedi utama. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tuntutan Yang Menuntut boleh ditolak oleh Mahkamah seperti diputuskan dalam kes Holiday Inn Kuching v. Lee Chai Siok Elizabeth [1992] 1 MLJ 230. 15. Sungguhpun undang-undang menetapkan lantikan

semula sebagai remedi utama, ini tidak bermakna Mahkamah dihalang untuk memberikan remedi pilihan seperti memberi gaji kebelakangan dan pampasan sebagai galang ganti lantikan semula. 16. Mahkamah Agung dalam kes R Rama Chandran v. The

Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 telah memutuskan bahawa melantik semula Yang Menuntut
8

akan menyebabkan distress dan penderitaan mental. Oleh itu remedi yang wajar adalah memberikan pampasan atas kehilangan kerja. para D:In the context of the facts of the case before us, it is not in the interest of either the society or the claimant if we were to order reinstatement with full backwages, etc until he retires at 60 years of age under the Society Staff Regulations. The claimant is 51 years old now, has been out of employment for seven years and has lost touch with his work. It is doubtful if he can fit in the society where he used to work and where he was not wanted. Under the circumstances, sending him back to the society will cause him more mental distress and suffering. The appropriate remedy is to grant him compenstion for loss of employment. 17. Dutt Terdahulu Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr. A v. Assunta Hospital [1981] 1 MLJ 304 telah boleh bahawa gantirugi Mahkamah sekiranya Perusahaan Petikan sepenuhnya di muka surat 185

memutuskan memberikan

Mahkamah

Perusahaan

memutuskan lantikan semula tidak sesuai seperti petikan di muka surat 314:We are of the opinion that upon a true interpretations, the Industrial Court may properly award compensation where the dismissal is without just cause or excuse, if in its considered view it does not think retrenchment should be ordered.
9

18.

Persoalan sekarang ialah apakah jumlah pampasan yang

sepatutnya diberikan kepada Yang Menuntut yang telah dibuang kerja secara tidak adil dan sebab yang sah. 19. Peguam Yang Menuntut telah menghujahkan bahawa

Mahkamah sepatutnya memberikan pampasan melebihi dari 24 bulan bermula dari tarikh dibuang kerja 1.3.1999 sehingga tarikh akhir kes dibicarakan pada 5.10.2005 iaitu untuk tempoh 6 tahun 7 bulan 4 hari. 20. Mahkamah sepatutnya tidak terikat dengan peruntukan

Jadual Kedua Seksyen 30(6A) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 yang menghadkan tempoh 24 bulan kerana kes ini diputuskan sebelum pindaan dibuat pada 2008 dan pindaan tersebut tidak mempunyai kuatkuasa kebelakangan (retrospective). 21. Jadual Kedua, perkara I berbunyi seperti berikut:In the event that backwages are to be given, such backwages shall not exceed twenty-four months' backwages from the date of dismissal based on the last-drawn salary of the person who has been dismissed without just case or excuse; 22. Beliau telah merujuk kepada kes Tuanku Jaafar Golf 2006 di mana Mahkamah Perusahaan telah

& Country Resort v. Quek Suan Tsun, Award No. 2220 tahun mengawardkan gantirugi gaji kebelakangan untuk tempoh
10

dari tarikh pemecatan hingga tarikh akhir perbicaraan, selama 6 tahun dan gantirugi sebagai galang ganti dikembalikan semula ke jawatan asal untuk tempoh 5 tahun. 23. MLJ Rujukan juga telah dibuat kepada kes 185 yang mana Mahkamah R Rama telah

Chandran v. The Industrial Court of Malaysia [1997] 1 Persekutuan memberikan award untuk tempoh 88 bulan iaitu dari tarikh diberhentikan kerja 30.4.1988 sehingga tarikh perbicaraan 31.8.1995. 24. Kuasa Mahkamah di dalam untuk menurunkan Akta Award

dinyatakan

seksyen

30(1)

Perhubungan

Perusahaan, 1967 yang berbunyi seperti berikut:30(1) The Court shall have power in relation to a trade dispute referred to it or in relation to a reference to it under section 20(3), to make an award (including an interim award) relating to all or any of the issues. 25. Manakala sub-seksyen (6) dan (6A) menyebutkan

perkara yang perlu diambilkira oleh Mahkamah semasa menurunkan Award:30(6) In making its award, the Court shall not be restricted to the specific relief claimed by the parties or to the demands made by the parties in the course of the trade dispute or in the matter of the reference to it under section 20(3) but may include in the award
11

any

matter

or

thing

which

it

thinks

necessary or expedient for the purpose of settling the trade dispute or the reference to it under section 20(3). 30(6A) Notwithstanding subsection (6), the Court in making an award in relation to a reference to it under subsection 20(3) shall take into consideration the factors specified in the Second Schedule. 26. Jelas di sini Jadual Kedua seksyen 30(6A) menghadkan Mahkamah untuk memberikan gantirugi gaji

kuasa

kebelakangan tidak boleh melebihi 24 bulan. Kedudukan ini adalah dinyatakan selepas pindaan dibuat mengikut Akta A1322 yang berkuatkuasa mulai 28.2.2008. 27. Sebelum ini Mahkamah mempunyai budibicara yang

luas untuk memberikan pampasan mengikut faktor tertentu dan merit dalam setiap kes. Bagaimanapun kuasa budibicara ini tidak boleh digunakan secara sewenang-wenang kerana bertakluk di bawah peruntukan seksyen 30(5) yang berbunyi:30(5) The Court shall act according to equity, good conscience and the substantial merits of the case without regard to technicalities and legal form.

12

28.

Dalam kes Dr. James Alfred, Sabah v. Koperasi

Serbaguna Sanya Bhd Sabah & Anor [2001] 3 MLJ 529, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:In our view, it is in line with equity and good conscience that the Industrial Court in assessing quantum of damages, should take into account the facts, if established by evidence or admitted, that the workman has been gainfully employed elsewhere after his dismissal. Failure to do so constitutes a jurisdictional error of law. 29. Sebagai panduan, untuk mengatasi perbezaan yang dalam membuat award, Presiden Mahkamah

ketara

Perusahaan pada masa itu, Y.A. Harun Hashim telah mengeluarkan Nota Amalan No. 2/1981 memberi garis panduan yang patut dipakai semasa menurunkan award dalam kes-kes yang melibatkan pembuangan kerja. 1987, Pada Nota Amalan ini telah digantikan dengan Arahan

Amalan No. 1/1987 oleh Y.A. Tuan Fong Seng Yee (Presiden pada masa itu) dengan menambah 2 perenggan berikut:(e) Bonus and pay in lieu of leave not taken and other contractual payments may also be ordered to be paid. (f) If there are several Claimants in a case and they are unemployed for varying period, any backpay awarded should reflect the periods of unemployment and amount of pay obtained.

13

30.

Walaupun

Arahan

Amalan

ini

tidak

mempunyai

kuatkuasa undang-undang dan tidak mengikat seperti yang dihujahkan oleh peguam Yang Menuntut, namun Mahkamah ini berpendapat panduan ini amat berguna untuk diikuti kerana ia menepati maksud equiti dan perasaan nurani di bawah seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967. 31. Y.A. Lim Heng Seng dalam kes Nestle Food Storage

(Sabah) Sdn. Bhd. v. Terrance Tan Yeng Yin [2002] 1 ILR 280 telah memberikan pendapatnya seperti berikut tentang rasional menghadkan gaji kebelakangan untuk 24 bulan:The prescription of the multiplier of 24 months strikes a right balance between the interests of the parties. It takes into account a realistic and reasonable time frame for the workman to receive from the setback of his dismissal. It also taken into account the justifiable concern that delays in the statutory process of conciliation, awarded and reference and penalised adjudication should not inflate the quantum of backwages unduly employers by exorbitant awards which have no rational relationship or nexus between loss and liability. The formula affords the workman a monetary backwages which is fair and adequate for loss of earnings arising from his dismissal.

14

32.

Prinsip ini disetujui oleh Mahkamah Rayuan dalam kes

Telekom Malaysia Bhd v. Ramli Akim [2008] 1 CLJ 440 yang dirujuk sendiri oleh peguam Yang Menuntut seperti petikan:(14) Thus, it is our respectful view that while we agree that the quantum of backwages is very much at the discretion of the Industrial Court but the Industrial Court must, in exercising its discretion do so in accordance to established principle of justice and fairness. We believe it is for this reason and to avoid arbitrariness in the award of backwages that the Practice Note was formulated. The rationale for limiting backwages to 24 months was well elucidated in Nestle Food Store Storage (supra). (15) We agree with the above view. To depart

from general practice, without good reasons, would cause undue variation to the existing process of awarding and assessing backwages. On the facts of this case, we are of the view that there were no justifiable circumstances to warrant the departure from the Practice Note.

15

33.

Justeru berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas dan remedi yang patut diberikan kepada Yang

keterangan yang telah dikemukakan ke Mahkamah, adalah diputuskan Menuntut-Yang Menuntut adalah seperti berikut:Yang Menuntut Pertama Gaji akhir ialah RM9,810.00 sebulan. Mula dilantik pada 1.6.1998 dan ditamatkan pada 1.3.1999. Tidak bekerja 1 bulan. Remedi yang munasabah ialah 1 bulan gaji kebelakangan dan 1 bulan gaji galang ganti lantikan semula. Secara pukal (lumpsum) Mahkamah memberi award RM20,000.00. Yang Menuntut Kedua Gaji akhir ialah RM5,500.00 sebulan. sebulan Secara selepas global itu dengan yang gaji Bekerja selama 6 bulan dan mendapat pekerjaan baru RM4,400.00. ialah jumlah munasabah

RM10,000.00. Yang Menuntut Ketiga Gaji akhir ialah RM3,640.00 sebulan. Mula bekerja pada 15.5.1997 hingga 31.3.1999. semula selepas Telah bekerja 2 bulan dengan gaji RM9,000.00.

Oleh itu award yang patut diterima ialah 2 bulan gaji kebelakangan dan 2 bulan ganti rugi galang ganti lantikan semula berjumlah: RM3,640.00 x 4 = RM14,560.00.

16

Yang Menuntut Keempat Gaji akhir ialah RM8,000.00 sebulan. Dilantik pada 12.5.1998 dan diberhentikan pada 1.3.1999. Mendapat pekerjaan di Dorset Regency Hotel pada 1.4.1999 dengan gaji yang sama. Oleh itu award yang munasabah ialah 2 bulan gaji berjumlah RM16,000.00. Yang Menuntut Kelima Gaji akhir ialah RM2,700.00 sebulan. sebulan selepas ditamatkan Bekerja gaji lebihkurang 2 tahun dan mendapat pekerjaan baru dengan RM3,000.00. Dengan itu Mahkamah memberikan 1 bulan gaji kebelakangan dan 2 bulan gaji galang ganti lantikan semula bersamaan RM2,700.00 RM8,100.00. Yang Menuntut Keenam Gaji akhir ialah RM4,280.00 sebulan. September 2002, apabila ditawarkan Tempoh bekerja bekerja 2 tahun. Selepas itu tidak bekerja sehingga dengan Marco Polo Restaurant. Oleh itu Mahkamah memberi award 12 bulan gaji kebelakangan dan 2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan berjumlah: 14 bulan x RM4,280.00 = RM59,920.00. x 3 =

17

Yang Menuntut Ketujuh Gaji akhir ialah RM3,450.00 sebulan. pada Februari 1999. Lebihkurang 3 Tarikh bulan lantikan Ogos 1997 dan ditamatkan perkhidmatan kemudian telah ditawarkan bekerja di Swiss Garden dengan gaji RM3,000.00. Mahkamah berpendapat pampasan secara global berjumlah RM18,000.00 adalah munasabah. Yang Menuntut Kelapan Gaji akhir ialah RM3,745.00 sebulan. bekerja hampir 2 tahun. Tempoh Beliau bernasib baik

kerana ditawarkan bekerja dengan New World Hotel sebaik saja diberhentikan dengan gaji RM3,500.00. Oleh itu award yang berpatutan ialah dalam bentuk pukal (lump sum) berjumlah RM10,000.00. Yang Menuntut Kesembilan Gaji akhir ialah 31.3.1999. RM3,710.00 sebulan. Mula bekerja pada 15.5.1997 dan diberhentikan pada Tidak bekerja selama 6 bulan selepas diberhentikan. Oleh itu remedi yang wajar ialah gaji 2 bulan untuk 2 tahun perkhidmatan dan 6 bulan gaji kebelakangan. Jumlah ganti rugi ialah: RM3,710.00 x 8 = RM29,680.00.

18

Yang Menuntut Kesepuluh Gaji terakhir ialah RM3,745.00 sebulan. Dilantik pada April 1997 dan diberhentikan pada Mac 1999. Selepas itu bekerja sebagai 'freelance florist' mulai April 2000 dengan gaji RM3,000.00. Oleh itu award yang wajar ialah 2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 12 bulan bayaran gaji kebelakangan 12 x RM3,745.00. Jumlah keseluruhan ialah RM52,430.00 (14 x RM3,745.00). Yang Menuntut Kesebelas Mula bekerja pada 16.6.1997 dan diberhentikan pada Mac 1999 dengan gaji akhir RM2,675.00. Selepas itu tidak bekerja selama 1 tahun. Mulai 1 November 2000 bekerja dengan Sheraton Imperial Hotel KL dengan gaji RM1,405 + service point RM1,035.00. Dengan itu Mahkamah memberikan 2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 12 bulan gaji kebelakangan berjumlah:14 x RM2,675.00 = RM37,450.00. Yang Menuntut Kedua belas Gaji terakhir RM3,240.00 sebulan. 1999. Tarikh mula bekerja Mei 1997 dan tarikh akhir berkhidmat Mac Mendapat kerja di Hotel Renaissance Kota Bharu pada Julai 2000 dengan gaji RM2,800.00.

19

Dengan itu Mahkamah memberikan gantirugi 2 bulan gaji untuk 2 tahun bekerja dan 12 bulan gaji kebelakangan x RM3,240.00 = RM45,360.00. Yang Menuntut Ketiga belas Mula bekerja pada Mei 1997 dan diberhentikan pada Mac 1999. Gaji terakhir RM6,420 sebulan. Mendapat kerja baru di Damai Laut Resort dengan gaji RM6,000.00 sebulan. Oleh itu Mahkamah memberi satu jumlah RM10,000.00 sebagai pampasan gaji kebelakangan dan galang ganti dilantik semula. Yang Menuntut Keempat belas Gaji terakhir RM10,650.00 sebulan semasa diberhentikan pada Mac 1999 setelah berkhidmat hampir 3 tahun. Pada 3.5.1999 mendapat kerja di New World Hotel, Filipina dengan gaji USD2,900. Dengan itu Mahkamah memberi award 3 bulan gaji untuk 3 tahun perkhidmatan dan 2 bulan gaji kebelakangan bersamaan 5 bulan x RM10,650.00 = RM53,250.00. Yang Menuntut Kelima belas Gaji terakhir semasa diberhentikan pada Mac 1999 ialah RM2,996.00. Tempoh bekerja selama 2 tahun. Pada 1.7.1999 telah mendapat kerja baru di Tong Shin Hospital dengan gaji RM2,700.00.

20

Untuk itu Mahkamah memberi award 2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 6 bulan gaji kebelakangan. Jumlah semua 8 x RM2,996.00 = RM23,968.00. Yang Menuntut Keenam belas Mula bekerja pada 3.7.1997 dan diberhentikan pada 31.3.1999. Gaji terakhir RM3,745.00 sebulan. Selepas diberhentikan telah mendapat kerja di Legend Hotel dengan gaji RM900.00. dengan gaji RM1,500.00. Untuk itu Mahkamah memberikan 2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan satu jumlah global RM30,000.00 sebagai pampasan gaji kebelakangan. Jumlah semua RM3,745.00 x 2 + RM30,000.00 = RM37,490.00. Yang Menuntut Ketujuh belas Gaji terakhir RM3,510.00 selepas bekerja selama 2 tahun. Lepas 1 bulan diberhentikan telah ditawarkan bekerja di Dorsett Regency Hotel KL dengan gaji RM4,680.00. Dengan itu Mahkamah memberi pampasan untuk 3 bulan gaji x RM3,510.00 = RM10,530.00. Pada bulan Ogos berpindah ke Mandarin Palace (M) Sdn. Bhd.

21

Yang Menuntut Kelapan belas Mula dilantik pada Mei 1997 dan diberhentikan pada Mac 1999. Gaji terakhir RM3,240.00. Tidak bekerja selama 3 bulan sebelum mendapatkan pekerjaan di Renaissance Hotel Kota Bharu dengan gaji RM4,900.00. Dengan itu Mahkamah memberikan pampasan 2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 3 bulan gaji kebelakangan dengan jumlah 5 x RM3,240.00 = RM16,200.00. 34. Akhir sekali Mahkamah memerintahkan Syarikat

membayar jumlah gantirugi di atas kepada semua Yang Menuntut melalui peguam mereka Tetuan S. T. Nathan & Associates dalam masa 30 hari dari tarikh Award.

DIPERTURUNKAN PADA

21 JANUARI 2013.

( HAMDAN BIN INDAH ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR

22