Anda di halaman 1dari 1

PENGEMBARAAN KINI BERMULA...

Di sebuah negeri bernama Pahang di negara Malaysia yang beriklim tropika terdapat sebuah keluarga tupai. Mereka terdiri daripada Papa Tupai, Mama Tupai, anak jantan mereka, Baba dan anak betina mereka, Missy. Mereka tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Yam. Mari kita ikuti kisah pengembaraan mereka yang ingin dikongsi bersama. Pada suatu hari, Papa dan Mama Tupai bercadang ingin mengembara ke seluruh pelusuk negeri untuk mencari buah sakti. Buah sakti ini apabila dimakan dapat mengubati segala jenis penyakit yang dialami oleh seseorang. Baba dan Missy begitu teruja sekali untuk memulakan pengembaraan. Pengembaraan pertama mereka adalah di sebuah negeri yang mempunyai gunung tertinggi di Malaysia. Sedang Papa dan Mama Tupai berjalan, Baba berkata Papa, Mama tengok tue. Mengapa semua orang berkumpul di situ?. Tanpa berkata apa-apa, papa,mama dan Missy bergegas ke tempat orang yang berkumpul. Oh, rupa-rupanya ada orang tengah menari. Patutlah semua orang berkumpul. Tarian yang dipersembahkan oleh golongan wanita dan lelaki itu sungguh memikat hati Baba. Papa Tupai menerangkan tarian tersebut lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang. Missy ingat, buah sakti tadi, rupa-rupanya bukan. Missy berkata. Missy berasa sangat hampa. Pengembaraan mereka diteruskan lagi ke negeri....................

TAHUKAH KAWAN-KAWAN SEMUA.. 1. APAKAH JENIS TARIAN TERSEBUT? 2. APAKAH CIRI-CIRI TARIAN TERSEBUT?