Anda di halaman 1dari 1

CIRI-CIRI LOGO SEKSYEN SATU Perisai Kesediaan mempertahankan maruah negara, agama, bangsa, keluarga dan diri sendiri

i dari anasir-anasir jahat. Beret Kadet Remaja Sekolah Memartabatkan identiti dan personaliti murni yang ada pada seorang anggota Kadet Remaja Sekolah. Dua Obor Semangat membara yang ada dalam diri seorang anggota Kadet Remaja Sekolah yang ingin sentiasa melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna. Tangan Berjabat Kesepaduan yang sentiasa dijadikan salah satu tunjang dalam komuniti Kadet Remaja Sekolah serta berpegang kepada pepatah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Warna Merah Keberanian dalam berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Warna Hijau Elemen alam semula jadi yang sentiasa sebati dan menemani anggota Kadet Remaja Sekolah setiap masa. Warna Kuning menjunjung sistem Diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. Warna Putih Penyucian jiwa dalam membentuk perpaduan serta menyemaikan keikhlasan dalam kehidupan. Motto - DOA, USAHA, IMAN, TAWAKKAL Prinsip menyeluruh dalam kehidupan sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama masing-masing. Dalam jalan menuju kejayaan, DOA memberikan harapan kepada manusia, USAHA menunjukkan kegigihan, IMAN menggambarkan kepercayaan yang kukuh dan TAWAKKAL yakni berserah atas segala ketentuan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai