Anda di halaman 1dari 15

Definisi Linguistik Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin lingua y a n g bermaksud bahasa.

a. Perkataan itu digunakan dalam bahasabahasa lain menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Linguistics ditakrifkan sebagai the science of languages atau comparat i v e grammar ( Cassell Concise English Dictionary , 1995:790). K a m u s D e w a n E d i s i Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa.Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dank a t a a d j e k t i f n y a a d a l a h l i n g u i s t i k a t a u l i n g u i s t i k . Y a n g b e r i k u t i a l a h t a k r i f a n beberapa istilah linguistik: linguistik (linguistics) Pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lainm e n c a k u p i l i n g u i s t i k a n t r o p o l o g i , p s i k o l i n g u i s t i k , s o s i o l i n g u i s t i k , d a n neurolinguistik. ( Kamus Linguistik , 1997:148) linguistik am (general linguistics) Istilah umum bagi cabangcabangpengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dankaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pe

m e r i a n d a l a m pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian grafemik,s e j a r a w i , p e r b a n d i n g a n , d a n d i a l e k . ( l i n g u i s t i k t e o r i ) ( Kamus Linguistik ,1997:149) linguistik antropologi (anthropological linguistics) L i n g u i s t i k y a n g menerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkajibahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisipersuratan. Contohnya, teknik yang digunakan oleh F. Boas dan E. Sapir.( Kamus Linguistik , 1997:149) psikolinguistik (psycholinguistics) Bidang yang menggabung usaha para ahlip s i k o l o g i , y a n g c u b a m e n e r a n g k a n s a m a a d a h i p o t e s i s t e r t e n t u t e n t a n g pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teorilinguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan,kecerdasan, atau motivasi. ( Kamus Linguistik , 1997:193

DEFINISI LINGUISTIK
DEFINISI LINGUISTIK:
Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latinlingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancislangage-langue; Italia lingua; Spanyol lenguadan Inggerislanguage. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2) Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

STRUKTUR BAHASA Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsurunsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu sepertimorfosintaksis dan leksikosemantik. fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik. morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.
Posted by lepat at 5:08 AM

http://rujuknota.blogspot.com/2010/12/definisi-linguistik.html

PENGENALAN ILMU LINGUISTIK


Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.

DEFINISI LINGUISTIK

Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman"(iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".

Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu "sistem". Manakala, istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan". Parole yang merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada 'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.

Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut "linguis" yang dipinjam daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna "seseorang yang fasih dalam berbagai bahasa". Sebagai contoh, ungkapan "He is quite a linguist" yang bererti "Dia fasih dalam beberapa bahasa". Dalam istilah ilmiah pula, linguist dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa

ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik.

Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.

Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan 'ilmu bahasa ' seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasabahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language '. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.

Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata linguistik merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.
Dicatat oleh dinsenu E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Tiada ulasan:

Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada umum. Linguistik Melayu meliputi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu teori, aplikasi dan antara disiplin. Kajian linguistik dapat diolahkan melalui tiga paksi utama, dengan titik hujungnya dihuraikan di bawah: Sinkronik lwn Diakronik: Linguistik sinkronik (huraian) adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu; sebaliknya, linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa.

Teori lwn Gunaan: Linguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat, manakala linguistik gunaan mempergunakan teori-teori ini untuk bidang-bidang yang lain. Konteks lwn Autonomi: Linguistik konteks adalah berkenaan dengan tempatnya bahasa di dunia ini: fungsi sosialnya, bagaimana ia diperoleh, bagaimana ia dihasilkan dan dikesan. Linguistik autonomi atau bebas mengolahkan bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, selain daripada eksternaliti-eksternaliti yang berkait dengan sesebuah bahasa. Kekadangnya, istilahistilah makrolinguistik danmikrolinguistik dipergunakan untuk istilah masing-masing bagi dikotomi ini. Berdasarkan dikotomi-dikotomi ini, cendekiawan-cendekiawan yang hanya merujuk kepada diri dengan mudah sebagai ahli linguistik atau ahli linguistik teori tanpa sebarang pembatasan, cenderung melibatkan diri dalam linguistik autonomi, teori, dan sinkronik yang telah diakui sebagai teras disiplin ini. Teori Linguistik sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji dengan lebih kurang tersendiri. Bahagian-bahagian berikut kini telah diperakui secara meluas: -Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia. -Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa. -Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan. -Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa. -Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna. -Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi. -Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis. -Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia. -Silistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa. -Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

Kepentingan Ilmu Linguistik Dalam Kehidupan Masyarakat

1) Pemupukan nilai Ilmu lingustik sangat memainkan peranan penting terutama dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti kejujuran, kerjasama, keihklasan dan seumpanya. Ahli bahasa bertanggungjawab membimbing masyarakat dan ia tuntutan kepada ilmuwan. Begitu juga dalam pendidikan, kita mengajar bahasa bukan sekadar untuk membolehkan anak didik cekap berkomunikasi. Kecekapan berkomunikasi tidak sepatutnya dinilai semata-mata daripada sudut kepetahan berbicara. Ada aspek nilai, budaya dan agama yang mesti ditekankan. Linguistik adalah bahagian penting dalam diri manusia dan letaknya pada akal. Tingkah laku dapat diperoleh kemahirannya melalui latihan berulang kali tetapi ilmu linguistik bukan saja membabitkan latihan fizikal seperti bertutur dan menulis dengan betul, malah membabitkan penyemaian sistem nilai, budaya dan persepsi. Isu ini sebenarnya adalah salah satu isu yang tercakup dalam kajian falsafah bahasa. 2) Membentuk Insan Dalam huraian ahli falsafah Islam, linguistik, bersama-sama akal, membentuk konsep diri 'insan'. Istilah haiwan 'natiq dan rational animal' yang digunakan untuk merujuk kepada hakikat manusia, berkait rapat dengan bahasa kerana istilah natiq yang terbit daripada akar kata nutq merujuk kepada akal dan linguistik. Maksudnya, akal dan ilmu lingusitik adalah dua unsur yang membentuk konsep diri manusia dengan pengertian pemilikan kedua-dua unsur itu yang membezakan manusia daripada makhluk lain. Akal dan linguistik menjadi bahagian dalam diri yang batin, iaitu diri yang mengawal dan mengarahkan segala gerak geri dan tindak-tanduk batin, daripada anggota tubuh. Gambaran bagaimana diri batin menguasai yang zahir digambarkan oleh pujangga Melayu dalam ungkapan. 'Ikut kata hati mati; ikut rasa binasa'. Ilmu linguistik sebagai bahagian diri yang batin menjadi alat untuk dua proses utama akal. Ilmu linguistik menzahirkan segala idea dan perasaan dalam akal hingga terbit dalam bentuk lisan atau tulisan, dan dengan demikian idea serta perasaan dapat difahami, ditanggap dan diberi reaksi oleh khalayak. Ilmu linguistik yang menterjemah, mentafsir dan menaakul idea atau perasaan yang diterima oleh seseorang daripada lisan atau tulisan pihak lain ke dalam akal hingga dapat pula akal merumuskannya dan mungkin pula menzahirkan reaksi. Inilah proses yang penting yang memungkinkan manusia saling berkongsi ilmu, maklumat, idea dan perasaan. Inilah juga proses yang memungkinkan berlangsungnya pewarisan sistem nilai, unsur kebudayaan dan seluruh sistem kehidupan bermasyarakat dari generasi ke generasi. 3) Mengangkat Martabat bahasa

Ilmu Linguistik yang dipelajari secara bersungguh-sungguh dan mendalam mampu mengangkat martabat bahasa kebangsaan kita. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) berkongsi pandangan dan bersetuju sepenuhnya dengan rencana Datuk Rejal Arbee dalam Berita Harian, Khamis 23 September 2010. Itulah juga sebenarnya pendirian PLM sejak sekian lama penubuhannya dan tanpa bermusim. Perlu diingat bahawa bahasa Melayu bukannya bahasa kebangsaan orang Melayu seperti tanggapan pihak tertentu seperti zaman sebelum merdeka tetapi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia yang sudah 53 tahun merdeka. Sememangnya apa saja acara atau majlis peringkat kebangsaan dan membabitkan mana-mana pemimpin korporat, hatta menteri sepatutnya menghormati bahasa kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan, atur cara, buku program, bahan cetakan, pengumuman dan sebagainya.

Seperti yang pernah dinyatakan, PLM menganggap sesiapa saja yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi di negara ini, mereka sebenarnya memang dapat dianggap tidak patriotik kerana tidak menghormati bahasa rasmi negara ini seperti dalam semangat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan tidak memiliki rasa megah bahasa akan bahasa kebangsaan berkenaan. Apakah antara unsur penting yang membentuk negara ini atau dapat dianggap jati diri negara ini, membezakan negara ini daripada negara lain selain budaya dan sebagainya? Tentulah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi antara unsur penting berkenaan. Lima puluh tiga tahun satu tempoh sangat panjang. Di manakah negara lain di dunia ini yang warga negaranya tidak fasih atau tidak menghormati bahasa kebangsaannya sendiri dapat kita temui? Kita dapat menemuinya di beberapa negara termasuk di Afrika Selatan yang masih mengagungkan bahasa penjajahnya sekalipun mereka tetap terkenal sebagai negara miskin dan mundur. 4) Proses Mendapatkan Ilmu Yang terpenting daripada segala peranan ilmu linguistik ialah peranannya sebagai wahana pemerolehan dan pengembangan ilmu. Tamadun atau peradaban timbul hanya dalam kalangan bangsa yang berilmu dan menghormati serta mengamalkan ilmu. Al-Farabi, al-Ghazali dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain menegaskan peranan ilmu linguistik dalam proses pemerolehan ilmu. Apabila kita menerima gagasan bahasa merentas kurikulum yang diketengahkan oleh ahli pendidikan Barat, sebenarnya itulah gambaran mengenai peranan linguistik dalam soal pemerolehan dan pengembangan ilmu. Maka itu, pendidikan ilmu linguistik perlu dipertalikan dengan tujuan itu, bukan semata-mata pemberian kemahiran tanpa pengayaan ilmu anak didik. Demikian pula, proses pendidikan keseluruhannya perlu dapat memanfaatkan ilmu linguistik untuk memberi ilmu secara berkesan dan selanjutnya membolehkan pelajar menjadi pengembang ilmu yang berkesan.

5) Penggunaan Ilmu Linguistik dalam Pengaturcaraan Komputer Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. Sintesis pertuturan danpengecaman pertuturan menggunakan pengetahuan fonetik dan

fonemik untuk memberikan antara muka suara kepada komputer. Penggunaan linguistik pengiraan dalam penterjemahan mesin,penterjemahan dibantu komputer, dan pemprosesan bahasa sejadimerupakan bidang-bidang yang amat berhasil pada tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kuasa perkomputeran yang semakin meningkat. Pengaruhnya telah mempunyai kesan yang besar kepada teori-teori sintaksis dan semantik, kerana pemodelan teori-teori sintaksis dan semantik dengan menggunakan komputer memaksa teori-teori menjadi operasioperasi boleh hitung dan memberikan asas matematik yang lebih ketat. 6) Kepentingan Ilmu Linguistik kepada Para Pendidik Para pendidik berperanan sebagai penyampai ilmu. Penguasaan ilmu linguistik sangat penting. Bagaimana seorang guru boleh mendidik anak muridnya, andainya guru sendiri tidak mengusai bidang tersebut. Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu linguistik.
Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkansekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah resepi dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

Cadangan Dan Rumusan

Ilmu linguistik yang dikurniakan

oleh Allah swt. hendaklah kita syukuri sebagai nikmat yang besar dengan berusaha mengembangkan ilmu dan tamadun kita dalam bahasa sendiri melalui cabang-cabang linguistik kerana ilmu dan sesuatu ajaran lebih mudah diterima apabila disampaikan dalam bahasa sendiri. Oleh sebab itulah negara yang bukan Islam pun, seperti Jepun, Korea, Republik Rakyat China, Jerman dan Percancis tetap mengusahakan pembangunan dengan mengutamakan penggunaan bahasa sendiri, melalui Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, berjaya melahirkan jutaan tenaga pakar dalam

pelbagai bidang yang menyumbangkan fikiran dan tenaga kepada pembangunan negara dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, eloklah kita terus mengupayakan keutuhan dan pengayaan bahasa kita dalam segenap bidang ilmu khususnya dalam cabang ilmu linguistik.

http://www.scribd.com/doc/82782910/isi-linguistik

10PENDAHULUAN Pada semester ini kami telah mempelajari subjek PengantarLinguistik (BMM 3107).Dalam pada itu kami telah dikehendaki membuat satu tugasan berkaitan tajukini.Antara aspek yang perlu dikaji ialah mengenai bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa,susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehinggaabad ke-19 serta menganalisis tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehanbahasa.Perkataan linguistik pada dasarnya berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Tugasan inisememangnya menepati perkara yang dipelajari kerana setiap aspek yang dinilaimerupakan antara yang terkandung dalam bidang linguistik ini. Malah, melalui tugasanini pelajar dapat memperdalam ilmu yang dipelajari.Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, na munsubjek ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannyasahaja memerlukan daya penumpuan yang tinggiserta daya pemahaman yang kritis.Hal ini kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu menerokasusur galur linguistik itu sendiri.Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintif ik.Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secaraemprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benarbenar wujud tanpadipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebihmendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yangsememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasaMelayu. 2 2.0 BIDANG LINGUISTIK Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitulingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagailangage-langue manakala Italia menyebutnya sebagai lingua. Di Sepanyol, bahasadikenali sebagai lengua dan language ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran icsdalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang b ermaksudilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah

economics , physics dan lain-lain.Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkajibahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistikmemenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Selain itu,linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal ber dasarkansesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar. Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa ataukajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the stud y of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics i n c l u d e sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational lingu istics,comparative linguistics, and structural linguistics .Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapatbeberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidanga linguistik seperti linguistikam, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguuistik kontestual.Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi pecahan subbidang. 2.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik umum disebut juga dikenali sebagai linguistik am. Bidang ini mengkaji aspekaspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan pula dike n a l i s e b a g a i linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung denganilmu pendidikan dan psikologi.Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulisbuku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat danmakna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa danb a h a n bahan untuk mengajar bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa y angd i c i p t a i a l a h k a e d a h t e r u s . K a e d a h i n i m e n g a j a r k a n b a h a s a d e n g a n t i d a k menggunakan bahasa asli pelajarnya. Selain i t u , a k t i v i t i l a i n y a n g l a z i m n y a j u g a dikaitkan dengan linguistik gunaan, ialah terjemahan dan perkamusan, Perkara yangdikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisianaspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik gunaan juga menentukansifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentuyang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmubahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik ini juga bertindaksebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakanbahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan

Sebagai contohnya, jika diminta untuk menerangkan struktur bahasa Melayu,kita mungkin tidak dapat menerangkan peraturan dan strukturnya dengan terperinci.W a l a u p u n b e g i t u , k i t a m a s i h m e n g e t a h u i d a n m e n e r a n g k a n s t r u k t u r n y a s e c a r a automatik. Hal ini dapat dirumuskan bahasa setiap bahasa itu bersistem dan apabilabertutur, secara automatik kita dapat menyusun struktur bahasa dengan betu

l. 3.2.2 Bahasa sebagai lambang Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbolatau lambang untuk menerangkan sesuatu. Kemudian, manusia menggunakankombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi yang sistematik disusun secara berurutanuntuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuksemua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. Contohnya, simbol #mempunyai pelbagai nama yang mengelirukan mengikut tempat seperti simbol ukuranberat Amerika, simbol pound iaitu mata wang British dan sharp dalam muzik..Lazimnya, simbol ini disebut hash .Bahasa juga boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar olehpenutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol yang digunakan merujukkepada perkataan atau ungkapan yang membentuk simbol tersebut.

3.2.3 Bahasa adalah bunyi Menurut Kridalaksana(1983:27), bunyi adalah kesan pada pusat saraf sebagai akibatdari getaran gendang telinga yang bertindak balas kerana perubahan-perubahan dalamtekanan udara. Bunyi bahasa atau bunyi ujaran (speech sound) adalah satuan bunyiyang dihasilkan oleh alat ucap manusia yang terdapat dalam fonetik dikenali sebagaifon dan dalam fonemik sebagai fonem.Oleh itu, bahasa adalah bunyi bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh alat-alatpertuturan menghasilkan bahasa. Bunyi bahasa adalah lambang-lambang yang dikonsepsikan melalui pendengaran. Tulisan pula bukanlah merupakan bahasa, tetapitulisan merupakan pemetaan pertuturan. 3.2.4 Bahasa sebagai alat komunikasi Komunikasi merupakan satu bentuk tingkah laku sosial dan untuk memenuhi keperluantersebut mereka yang berkomunikasi perlu menguasai beberapa perkara sepertibagaimana hendak menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiripembicaraan, mencelah perbualan dan mendapatkan penjelasan lanjut. Bahasasebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara,

iaitu secara lisan dan tulisan.Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi menitikberatkan beberapa faktor seperti: Penutur - Penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesejpenutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar. Pendengar pendengar yang berbeza seperti rakan, ibu bapa, orang tua sertayang berbeza status atau mempunyai gelaran akan membuatkan ujaran yangsama ditafsirkan secara berbeza. Latar belakang/ komunikasi hal ini termasuklah masa, tempat, situasi danhubungan antara penutur dengan pendengar. Topik pembicaraan topic yang dibicarakan perlu mudah difahami olehpendengar supaya adanya tindak balas komunikasi. 3.2.5 Bahasa bersifat arbitrari Bahasa bersifat arbitrari bermakna tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyibunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Sifat arbitrariinilah yang menyebabkan bahasabahasa di dunia mempunyai perkataan berlainanbagi merujuk kepada benda yang sama.Contohnya, apabila ditunjukkan gambar seekor kuda. Dalam bahasa Melayukita akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknyadalam bahasa Inggeris, kuda disebut sebagai horse , dalam bahasa Sepanyol disebut caballo , bahasa Perancis membunyikan sebagai cheval d a n b a h a s a J e r m a n menyebutnya sebagai pferd . Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang dapatdilihat, sebaliknya makna sukar dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol tersebut. 3.2.6 Bahasa bersifat unik Bahasa bersifat unik bermaksud tiaptiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongankata seperti kata nama dan kata kerja. Contohnya dalam Bahasa Melayu jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang berbeza.Semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur tetapi mempunyai huraian yangtersendiri. Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memperolehi bahasaitu, iaitu bukanlah seperti mewarisi ciri-ciri fizikal keluarga. Bahasa merupakan sesuatuyang perlu kita pelajari secara tidak langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat disekeliling kita. Sebagai contohnya, jika seorang bayi Cina yang sejak kecil dipeliharadan dibesarkan oleh keluarga Melayu, maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasaMelayu dan bukanlah bahasa Cina.

3.2.7 Bahasa itu universal Setiap bahasa mempunyai sifat sejagat atau universal yang bermaks ud sesuatubahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sa haja. Setiap bahasam e m p u n y a i p e n u t u r n y a d a n t i d a k a d a p e r a t u r a n y a n g m e l a r a n g i n d i v i d u l a i n mempelajari mana-mana bahasa di dunia ini. Secara alamiah, bahasa berpotensiuntuk berbeza dan beraneka. Menurut Anderson (1972), terdapat lapan ciri yangberkaitan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia ini, iaitu